Sanggup block bekas pasangan! Mak, ayah yang bercerai, jangan sampai anak jadi mangsa. Sesungguhnya bila mak, ayah bercerai, masalah anak menjadi perebutan selain daripada harta sepencarian.
Bayangkan anak-anak terpaksa memilih sama ada untuk tinggal bersama mak atau ayah setelah berlakunya penceraian antara mak dan ayah.
Bukan sesuatu yang mudah untuk ditelan, namun anak-anak terpaksa akur dengan ketentuan dalam usia yang mentah. Oleh itu mak, ayah jika kalian memilih untuk bercerai, fikirlah tentang anak-anak.
Sanggup Block Bekas Pasangan!
Jangan jadikan mereka mangsa keadaan. Kongsi Peguam Syarie, Cahaya Mata Nur Ain, jangan block, halang atau sekat!!!
Biasa kita dengar kan, kalau laki bini bercerai, ada anak, masing-masing sibuk hendak berebut hak jagaan. Sudah dapat hak jagaan, halang pulak pihak yang lagi satu daripada tengok anak atau bermalam dan akses dengan anak tersebut.
Mengapa situasi ini terjadi? Jujur saya katakan dalam hal ini, majoritinya adalah golongan bapa yang tertindas. Mengatakan ibu tak bagi tengok anak, nak call atau video call pun tak boleh sebab nombor sudah di block.
Ads
Mak, Ayah Yang Bercerai
Tapi nafkah nak tiap-tiap bulan atau, ibu guna alasan sebab bapa tak bagi duit, jadi tak boleh jumpa anak.
Malah tak kurang juga golongan para ibu yang tertindas. Masih belum ada hak jagaan lagi, wujud juga golongan bapa yang sudah bawa lari anak, yang block nombor ibu dari berkomunikasi untuk tahu segala perkembangan anak-anak tersebut.
Ada yang bernasib baik, ibu rela hati bagi anak pada bapa, sampai satu masa sudah kahwin lain, bagi pelbagai alasan tak bagi ibu kandung tengok anak, alasan nak jaga hati ibu tiri.
Jangan Sampai Anak Jadi Mangsa
Wahai ibu… wahai bapa… Yang bercerai itu, laki bini saja. Jangan sampai anak-anak jadi mangsa. Istilah kasarnya, nak buat anak sama-sama, perlukan kerjasama suami isteri, kenapa bila dah cerai, masing-masing berebut anak, dan tidak boleh bertolak ansur?
Ads
Nampak sangat ibu, bapa yang halang pihak satu lagi untuk akses anak-anak umpama takut dengan baying-bayang sendiri. Masing-masing hendak tunjuk dia sajalah yang boleh jaga anak, ada pulak tu siap hasut anak-anak bencikan ibu atau bapa dia. Sekali fikir macam kanak-kanak bukan ?
Saya tak boleh hendak fikir bagi siapa yang sanggup bertindak atau berbuat sedemikian. Di mana hati anda sebagai seorang ibu atau bapa? Di mana sifat perikemanusiaan anda.
Mingguan Wanita : Memang berpisah bukanlah dambaan setiap pasangan yang telah berkahwin, namun jika tertulis begitu apalah daya kita sebagai manusia. Namun bila berpisah, mak ayah tolonglah matang dan jangan ikutkan dendam di hati, jangan pisahkan anak-anak dengan mak atau ayah kandungnya.
Ibu ini, Firda Ashaary berkongsi kisah. Tentang perbualannya bersama pelajar psikologi yang menjelaskan tentang cara seseorang berfikir itu bagaimana.
Katanya, pemikiran seseorang itu juga dipengaruhi oleh ‘warna minda’ yang tersendiri. Haa.. macam mana tu. Hadamkan penjelasannya. Patutlah kadang ada mak-mak yang terlebih ikut emosi dan sebaliknya.
Ada sorang pelajar psikologi bagitau aku,
“Cara berfikir seseorang tu dipengaruhi oleh ‘brain colour’ tersendiri.”
Ikut psikologi, brain color ada 4 warna.
Disebabkan dia explain kat aku guna bahasa rojak, jadi aku pun tulis istilah rojak jugak lah yer. Mudah faham.
Kata beliau,
Ada 4 jenis pemikiran otak kita ni yang kita sebut dalam bentuk kaler. Red, blue, purple dan green.
Ini bermaksud setiap orang ada pattern pemikiran untuk memudahkan kita detect karakter diorang, cara pikirnya dan cara diorang bekerja. Dan actually cara pemikiran kita dipengaruhi oleh DNA kita dan juga boleh dipengaruhi orang sekeliling yang kita selalu attach.
Kata beliau lagi,
Green brainer. Orang otak hijau ni jenis orang redah dulu baru pikir. Orang gini selalunya orang otak bisnes. Takda nak pikir jadi ke, boleh ke. Janji buat dulu. Fikir kemudian.
Otak merah atau red brainer adalah orang yang jenis analisa segala maklumat, buat pertimbangan risiko then baru buat keputusan. Maknanya dia sedia terima risiko yang dia sedar je. Jenis pikir jauhhh dan panjang. Banyak kira-kira.
Otak biru atau blue brain pula jenis banyak emosi. Mudah touching, kadang sentap. Dia
lebih mudah proses maklumat guna naluri. Logik sense dia kurang. Sejenis suka main emosi pun yer jugak ni.
Akhir sekali, Purple brain atau otak ungu. Sejenis yang suka option. Sukakan pilihan. Kita bagi option, then bagi detail pastu kita kena lead according to apa dia nak. Lebih kurang gitu la. Bukan memilih tapi dia suka ada option. Takda option dia stress. Jenis suka compare itu, compare ini.
“Ohhh, tengkiu kongsi ilmu baru dengan aku. Aku baru tau hari ni. Lepas ni boleh la aku belajar psikologi jugak. Cam best ja.” seloroh aku.
“Takyah la noks. Kadang best, ada jugek part tak best.” ujar beliau.
Sebelum end of the conversation beliau kata,
“Kau ni sejenis otak hijau. Jenis redah dulu, pikir kemudian. Tak peduli apa orang nak cakap, lantakkan je. Takde masa nak pikir deep to detail. Redah je dulu. Nanti jumpa la jalan. Simple je perkiraan orang otak hijau ni.”
Katanya lagi,
“Orang gini cepat move on. Bagusnya dia, yang lepas, lepas. Dah jom hadap esok pulak. Sejenis mudah campak. Kadang ada orang tak suka orang gini, selfish diorang kata.”
Aku dah gelak-gelak.
Sambung beliau lagi,
“Tapi aku suka orang jenis ni sebab boleh manipulate ikut minat dan energy dia. Sejenis simpan dalam jugak, simpan buat pekasam, kadang pendendam pun ye tapi tak kelihatan. Orang gini tak tunjuk dalaman berlumut ke apa. Janji luar tenang. Tenang dan menang. Ikut track nya sendiri. Tak berlumba dengan orang lain.”
“Satu yang bahaya orang otak hijau macam kau, once sabar tu kat puncak incase meletop. Siap la, sekampung kena tempias.”
Aku tersengih dan mengangguk perlahan.
Yelah, yelah. Betullah tu.
Aku memang spesis mak kau hijau!
Sumber/Foto : SuffianSuffiya
Manusia dan psikologi kehidupan.
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Semakin besar ahli keluarga, semakin besarlah belanja. Benarlah kata-kata yang sedang viral betapa hidup berkeluarga ini bukanlah satu benda yang murah. Khairunnisa Hamzah, berkongsi realiti perbelanjaan dapur keluarganya yang setiap 2 minggu boleh mencecah RM1000.
Itu pun, kadangkala cuma mampu bertahan seminggu saja. Dan ini yang ibu ini senaraikan. Mengapa sehingga sebegitu sekali kosnya. Namun, percayalah biarpun kos untuk membesarkan anak-anak boleh mencecah RM1000, rezeki untuk anak-anak itu tetap ada.
Saya tertarik dengan statement berikut,
“Berkeluarga ini bukanlah satu benda yang murah”
Tadi sahaja saya baru kongsi cerita dengan mak tentang perbelanjaan kami beli barang keperluan harian dan belanja dapur yang mencecah 1 ribu ringgit yang hanya bertahan 2 minggu, jika bernasib baik. Jika tidak, hanya 1 minggu sahaja.
Itu belum termasuk kecederaan barang atau keperluan yang tiba-tiba perlu.
Nak tahu mak kata apa?
Mak kata, “Kasar kau belanja”
Saya terdiam…
Tapi kemudian saya terpaksa cerita balik macam mana kita yang ada anak ramai ni nak hidup setiap hari.
1. Kalau masak maggi, 1 bungkus besar terus kena masak. Kalau 1 pek saja mana cukup. Boleh buat anak-anak bergaduh.
2. Goreng ayam, itu pun dah potong kecil-kecil. Tapi anak tengah nak makan, tengah membesar, lapar, nak lagi, kenalah masak lagi.
3. Ikan kalau masak siakap seekor yang harga rm11, tak cukup untuk 7 beranak. Yang kecil saja kuat makan ikan, nasi dia tak nak. Tapi masak juga sekor sebab nak bertahankan kos.
4. Udang kalau masak, dapat sorang seekor tu dah kira baik. Kalau buat rencah mee terpaksa belah 2, kemudian belah lagi 2. Biar ada, biar sama-sama merasa.
5. Buah kena beli banyak. Kalau tak, anak nak makan keropok saja. Budak-budak cepat lapar. Kalau buat cekodok saja pun dia boring nak telan juga. Muak. Tapi.. Satu epal mana cukup, kena potong 2-3 epal sekali ngadap makan. Itu untung kalau 2-3, datang hujan, lapar, 5-6 biji kena potong lagi.
6. Itupun petang-petang berpeluh masak keropok ikan. Habis sebungkus, hidang sekali hadap saja. Mak pelik sebab keropok ikan rumah mak boleh sampai berkulat tak ada orang makan.
7. Roti pun mak pening tengok kita beli macam nak buka kedai. 2-3 hari habis roti tu semua, licin. Kita nak makan pun tak sempat pegang. Habis sekejap saja anak-anak makan.
8. Eh, kalau nak listkan bab makanan je, tak habis ler…tu belum lagi hal vitamin, supplement dan makanan sunnah. Kalau ada rezeki lebih, bolehlah diberikan pada anak-anak semua. Kalau tak, hanya pada yang sakit sahaja jika ada yang tak sihat lebih-lebih lagi apabila tibanya musim hujan.
10. Susu anak, setiap minggu nak kena beli. Seminggu saja habis.
11. Pampers pun nak kena beli lagi dan lagi.
Selalu cuak harga pampers dengan susu berapa bila nak beli. Selalu naik harga.
12.Tu belum hal kasut sekejap je dah tak muat.
Kasut koyak, selipar tercabut,
13.Bab pakaian lagi jangan cakap, kejap saja lusuh, koyak, lepas tu banyak yang dah kotor sebab tak hilang kena kotoran degil. Yang koyak tu dah beberapa kali jahit, bukan tak jahit.
Ni kalau pakaikan pakaian apa ada, mesti kena sound “Apalah kau pakaikan baju anak-anak”
Tapi itulah, bila beli kang kata “Kau belanja kasar”
Anak ramai, belanja besar.
Nak beli satu, nanti yang lain tuntut mereka punya juga.
Tapi itulah, dalam belanja-belanja, kita pun tak boleh nak hitung balik rezeki datang dari celah mana.
Pernah seorang tokey kedai lampu yang sedang mengandung bertanya saya anak ada berapa orang?
Bila saya jawab 5, dia usap perutnya yang sedang tunggu masa. Dia kata…
“You happy kan? I dulu satu anak saja. Bila tambah lagi 1, makin happy. Sekarang sudah nak 3, i happy. U happy tak? Lagi anak banyak, lagi happy kan? Nanti itu rezeki makin banyak”
Saya angguk dan jawab “Setuju”
Tak tahulah dia nak sedapkan hati ke apa. Tapi beriya dia minta saya jawab dengan jawapan yang boleh sedapkan hatinya.
Saya doakan dia mudah bersalin dan berkata, “Kalau dalam Islam, setiap anak itu membawa rezeki. Allah dah siapkan rezeki masing-masing. Kami sekarang jaga anak saja, tumpang rezeki mereka”
Kawan,
Ada anak ke tak ada anak ke bukan kerja kita.
Anak berapa in total pun bukan kerja kita.
Kerja kita ialah jalankan amanah dan tanggungjawab yang Allah dah berikan kepada kita.
Masa saya dapat biasiswa zaman universiti dahulu, ayah kata, “Anak orang lain boleh beli motor, kereta dengan duit biasiswa. Awak, sampai habis belajar pun tak ada apa”
Bagi saya, keluar universiti dengan sihat jasad, sihat mental, sihat keputusan, itu adalah pulangan yang paling berbaloi.
Macam hal anak sekarang ini,
Duit memang habis tapi anak sihat, berakal, berakhlak, berpendidikan dan tidak merempat, itu pulangannya terhadap apa yang kita belanja setiap hari.
Ini bukan saja-saja,
Tapi amanah Tuhan yang akan dipertanggungkawabkan hari-hari.
Kata saya pada mak,
“Nak buat macam mana, bu. Banyak hidupan di rumah yang perlu dipelihara sekarang ini”
Buat semua ibu ayah di luar sana,
Bertabahlah..
Terus kuat.
Reda, ikhlas,
InsyaAllah, Allah bagi kita rezeki kesihatan, kudrat dan kemampuan di luar fikiran.
Mingguan Wanita :Inilah realitinya kehidupan berkeluarga lagi-lagi yang punya anak ramai. Kos belanja dapur mencecah RM1000 untuk dua minggu bertahan, itulah kenyataannya. Dengan harga barangan dapur yang semakin tak murah dari sehari ke sehari. Semoga mak ayah terus dimurahkan rezeki olehNya.
Sumber/Foto : Mommy Dekor, Khairunnisa Hamzah
Senibina kehidupan di rumah
#makanaklima
#mommydaddydecor
#DekorDekorCinta
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tidak boleh hidup tanpa suami kacak, wanita ini sanggup merana selama tiga tahun dalam rumah tangga toksid. Tenyata cinta itu memang buta.
Walaupun tak bahagia, wanita ini kuat menempuh dugaan selama tiga tahun biarpun realitinya dia tak bahagia.
Seorang wanita di Hunam, China dikatakan sanggup bertahan didera dari segi mental dan fizikal oleh suaminya selama tiga tahun kerana suaminya yang mempunyai wajah yang kacak.
Lapor portal berita Mirror Press, lelaki itu pada awal perkahwinan hanya melemparkan perkataan kesat dan lama kelamaan mula naik tangan.
“Wanita itu dikenali Li sanggup memaafkan suaminya setiap kali lelaki itu meminta maaf dan mendakwa tidak boleh hidup tanpa suaminya,” ujar portal berita itu.
Wanita itu turut didakwa sudah bertahan dengan sikap suaminya itu kerana lelaki itu mempunyai wajah yang kacak dan merupakan cinta pertamanya.
Menurut sumber, ibu bapa dan ahli keluarga juga sudah menasihati wanita tersebut untuk berpisah dengan suami, namun wanita itu enggan mahu melepaskan.
Malahan menerusi portal berita itu, suaminya yang berwajah kacak itu sudah bersetuju menceraikan isterinya yang sedang mengandung itu dan berjanji akan menjaga bayi dalam kandungan itu.
Mingguan Wanita : Mungkin wanita ini memberi peluang kepada suami, tetapi tempoh tiga tahun yang diberi bukan satu jangka waktu yang pendek. Cukup-cukuplah dan sayangilah diri sendiri dan anak yang bakal lahir.