Sandwic Daging Burger SEDAP, Tambah Bahan Ni Rasanya Lebih Berperisa & Berjus

Share

Sesekali nak makan burger, memang berbaloi jika buat sendiri di rumah. Jika selalu goreng burger kosong begitu sahaja, rupanya bila ditambah bahan-bahan lain rasanya lebih berperisa dan berjus.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli’ ini.

Sandwic daging burger. Saya kalau teringin makan burger, dagingnya saya suka tambah bahan lain untuk membuat rasanya lebih berperisa dan berjus.

Bahan campuran:

3 keping daging burger
1/2 bawang kuning – dipotong dadu
1/2 daun sup
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 biji telur ayam

Cara Membuat:

1.Kacau semua sekali hingga sebati.

2.Bahagikan kepada dua dan bentukkan bebola.

3.Panaskan sedikit minyak masak dan letakkan bebola daging tadi. Leperkan dan masak seperti biasa di atas kuali leper.

4.Letak sekeping keju di atas daging dan tutup periuk. Kita biarkan keju cair.

5.Letakkan dahulu roti gardenia, sayur salad, dan tomato.

6.Kemudian letakkan daging burger bersama keju cair.

7.Sos atas citarasa masing² macam saya lebih suka sos lada hitam untuk dilawan bersama rasa lemak keju.

8.Tutup dengan roti gardenia.

9.Potong dua untuk dimakan bersama pasangan anda.

Saya tak tambah sebarang garam sebab bagi saya daging sedia ada memang dah ada rasa masin.

Baca Lagi Di Sini:
Peniaga Burger Kongsi Ilmu 12 Tip Masak Burger Rasa Luarbiasa Sedapnya!


Burger Home Made Ala ‘Big Mac’, Yang Penting Kena Tahu Cara Buat Sosnya!

MW:Jadi mak-mak yang nak goreng burger sendiri di rumah, cuba tambahkan bahan-bahan ni agar dagingnya rasa lebih berperisa dan berjus.

Sumber: Zurina Zulkefli

IKLAN