Samperit Cheese Unicorn, Tak Pakai Mixer Kacau Dengan Senduk Boleh Jadi

Share

Musim cuti sekolah dan kena kuarantin di rumah, mak-mak memang kena sediakan macam-macam makanan. Dari pagi sampailah ke malam, anak-anak selalu minta makanan. Salah satu resipi yang boleh dicuba dengan anak-anak ialah Samperit Cheese Unicorn yang comel ni. Warnanya yang lembut, lembut dan rangup, anak-anak mesti suka. Paling penting nak buat cukup mudah, tak perlu guna mesin pengadun (mixer), kacau dengan senduk pun boleh jadi.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Zulaikha ini sebagai rujukan;

“Terima kasih hampa semua yang kata samperit ibu comei. Sebagai tanda terima kasih ibu kat hampa,hari ni ibu share lagi sekali resepi berserta dengan cara ibu buat samperit ni yea. Mohon doakan suami ibu yang dah 2 tahun terlibat dengan kemalangan kembali pulih ingatannya yea. Ibu halalkan semua resepi ni ye”

Bahan-Bahan:

400gm Tepung jagung sepeket
Seketul Butter
50gm Cream cheese
4 sudu menggunung Tepung custard
Setengah tin Susu pekat
1 penutup Esen vanilla
Choc chip

Cara Membuat:

1.Ni kejadian lepas letak butter,cream cheese,esen vanilla dan susu. Tak yah nak pakai mixer. Bukan payah pun, kacau je dengan senduk. Kacau-kacau manja je..JANGAN KACAU SAMPAI KEMBANG.

2. Dah agak-agak sebati, masukkan tepung custard. Banyak macam tu tau, 4 sudu makan.

3. Haaa..ni hasilnya lepas campur tepung custard, lepas tu masukkan tepung jagung sikit-sikit. Ibu buat 3 kali tuang.

4. Dah jadi doh yang lembut, licin dan tak lekat kat tangan macam kat gambar tu..bahagikan 3 bahagian, 2 kecil dan 1 besar.

5.1 bahagian kecil letak warna biru atau warna apa-apa yang suka.

6.1 bahagian lagi letak warna merah atau warna apa-apa yang suka juga.

7.Lepas tu cubit-cubit doh tu dan uli macam ni. Ibu syorkan gunakan warna-warna lembut dan kurangkan penggunaan warna untuk hasilkan biskut yang cantik.

8.Pastu satukan doh yang dicubit tadi tu, kemudian uli dia jadi macam dalam gambar tu.Panjang dalam 15cm. Dah tu ambil sikit.

9.Letak dalam acuan macam kat atas tu. Lepas tu tekan la..jangan boh penuh acuan, buat sikit-sikit dulu. Masa ni terap siap-siap adunan samperit ni sampai siap sebab masa ni adunan sangat senang dan mudah cantik untuk diterap. Ni ibu pakai acuan tembaga bunga pecah 12. Bunga pecah 15 dok dalam sinki..lupa basuh.

10.Sementara nak letak choc chip atas dia, panaskan oven 10 minit. Dah siap semua, sedia untuk dibakar dengan suhu 170°c selama 40 minit atau sampai masak. Ikut oven masing-masing. Api atas bawah yea.Nak tau dia dah masak belum, tolak sikit dia meluncur lajuu. Kalau agak-agak kesat tu, belum masak lagi tu.

Selamat mencuba!

Info Ekstra!

  • Ada yang guna 10, 12 dan 15. Kalau nak bunga halus, guna acuan pecah 15. Ibu guna pecah 12 dan 15. Kalau yang 10 nampak kasar sangat.
  • Satu adunan boleh dapat hampir 200 biji, terpulang pada berapa tinggi dan besar kita tekan.

Baca Lagi Di Sini:Biskut Bandung Susu, Kos Paling Jimat Sebab Cuma Guna 2 Bahan!

MW: Cuti di rumah, boleh cuba resipi ni buat dengan anak-anak. Anak-anak mesti suka!

Sumber: Aisyah Zulaikha

IKLAN