Aku tak pandai nak menulis. Tapi aku nak kongsikan pengalaman aku sendiri yang asyik pegang phone sebagai pedoman. Aku berkahwin pada usia yang muda dan rezeki Allah nak bagi, aku dikurniakan anak anak dengan jarak yang dekat. Boleh kata selang setahun aku mengandung. Cukup setakat itu maklumat aku.
Terus kepada apa yang aku nak kongsi dengan pembaca adalah kesilapan diri aku sendiri. Aku leka dengan telefon. Balik kerja, aku terus pergi kedai makan bungkus lauk. Kebiasaan anak–anak akan disuap makan oleh pengasuh sebelum aku ambil setiap petang lepas habis bekerja.
Asyik Main Phone
Sampai rumah capai telefon terus buka facebook scroll baca newsfeed. Anak–anak aku biarkan main sendiri. Sejujurnya aku kurang berkomunikasi dengan anak dan suami sebab perhatian aku hanya dekat telefon.
Tapi tak bermakna kerja rumah aku tak selesai. Tanggungjawab aku sebagai ibu dan isteri tetap aku buat. Sampai 1 hari suami aku tegur perangai aku yang tak boleh lekang dari telefon. Penah aku beriya ajak dia keluar berdua, konon nak luang masa berdua, sudahnya aku jadi bosan. Bila bosan aku capai telefon, baca status dalam fb, baca blog, baca tips yang orang lain kongsi. Bila aku rasa sesuatu yang aku jumpa tu menarik, aku tunjuk dekat suami. Tapi suami tarik muka. Saat tu aku dah fikir dlm hati dah kenapa.
Masa nak bagi tidurkan anak anak pon aku cepat rasa bosan. Sebab rasa mcm lama sangat nak bagi diaorang ni tidur. Jadi sambil aku tidurkan anak anak aku sambil surt internet. Bila aku nak tidur pon aku akan mengadap lagi telefon. Selalunya aku akan follow page dlm facebook. Setiap komen aku baca. Waktu tu rasa macam tak ada telefon macam tak lengkap hidup. Kalau dah smpai pejabat pon, aku sanggup patah balik untuk ambil telefon kalau aku terlupa nak bawa telefon.
Anak anak jangan cakap la. Setiap masa nak perhatian. Bila buat je perangai aku akan melenting terus sebab aku rasa “me” time aku dengan telefon dikacau. Banyak kali suami aku tegur sikap aku. Tapi aku ego. Aku rasa kerja rumah aku dah siapkan semua jadi tak ada masalah kan semua tu.
Makin Ego
Masalah aku semakin menjadi jadi dengan suami. Sebab aku ego bila dia tegur aku pasal telefon macam tak logik langsung. Macam tak nampak ke aku dah siapkan semua kerja kot. Pergi kerja tak pernah pakai seluar kedut. Pagi tak pernah miss lagi aku buatkan air sblm dia pergi kerja. Kenapa nak kena besarkan benda ni.. Tu apa yang aku fikir.
Ada satu masa aku bergaduh besar dengan suami sebab telefon. Gaduh yang sebelum ni aku dah janji untuk kurangkan masa dengan telefon tapi aku buat juga lagi. Sebab apa? EGO. Aku rasa apa aku buat tu betul. Tak ada salah. Surf internet je kot. Bukan scandal ke, mengarut apa ke. Nampak tak betapa melampaunya aku? Waktu tu dalam kepala aku hanya ada perkataan CERAI.
Ya. Aku rasa mungkin cerai tu jalan yang terbaik buat aku dan suami. Hakikatnya bila bergaduh dengan suami, ego dan emosi main peranan tambah bg jadi api. Benda yang betul pon nampak salah. Aku nampak waktu tu semuanya salah suami aku. Aku ungkit apa yang jadi dalam perkahwinan kami dari A smpai Z. Dia terduduk menangis sebab tak sangka aku boleh cakap semua benda tu dekat dia. Dia cakap dengan aku dia tak akan lepaskan aku sebab pada awal dia minta izin untuk berkahwin dengan aku ibu bapa aku, dia akan jaga aku smpai habis nyawa dia. Tapi sekiranya dalam diri aku memang dah tak ada dia, buatlah apa yang terbaik untuk diri aku.
Esoknya kami masing masing teruskan rutin bekerja. Macam biasa aku act like nothing happen last night sebab aku rasa puas hati dah luahkan semua. Aku tak peduli sbb aku rasa aku dengan anak anak boleh hidup tanpa dia. Aku dah fikir lepas cerai nak duduk mana, anak nak hantar taska mana dsb. Mula dari hari tu jugak suami aku ignore aku sepanjang masa. Balik rumah macam orang tak balik. Aku masak dia tak makan, baju dia asing basuh, tidur dekat ruang depan. Suara dia aku dengar bercakap dengan anak sahaja.
Tersedar Dari Kesilapan
Aku tersedar apa yang buat adalah salah bila kawan aku ajak makan dekat luar. aku usung semua anak pergi restoran tu. Tapi dalam keadaan anak rapat macam aku memang aku tak boleh nak makan. anak nak main kejar sana sini. Waktu tu aku sedar yang selama ni suami aku yang tolong jaga anak bila kami keluar makan. Selama ni dia yang jaga anak bila aku sibuk memanjang dengan telefon. Anak anak lagi ceria bila diaorang bersama papa. Bukan dengan mama. Di mana aku selama ni. Kenapa anak tak boleh peluk cium aku mcm mana diaorang peluk cium papa diaorang.
Aku menangis depan suami aku minta ampun. Aku memang nekad nak berubah. Aku nak suami dengan anak anak aku. Aku fikir aku kuat nak bercerai. Tapi kuatkah aku bila aku bangun pagi suami aku tak ada di sisi. Kuatkah aku nak bela anak anak aku sendiri yang selama ni suami tolong aku besarkan anak. Kuatkah aku nak hidup sorang diri sedangkan selama ni aku ada tempat untuk bersandar? Aku tak kuat. Sedikit kekuatan pon tak ada untuk aku nak isi borang failkan penceraian yang sudah siap aku cetak.
Berdepan dengan suami aku tanya pada dia, sudi lagi tak terima aku lepas apa yang aku dah buat. Suami aku jawab 2 benda.
Yang pertama Mana mungkin dia nak buang perempuan yang dia lamar untuk jadi teman sehidup semati dunia akhirat?
Yang kedua, mana mungkin dia nak buang ibu kepada anak anak dia?. Terus aku teringat kali pertama dia melamar aku. “Sudi tak nak jadi teman hidup dia dunia & akhirat”. Aku rasa sangat bersalah dan nekad nak berubah. Telefon aku bila sampai rumah memang duduk dlm handbag. Bila berbunyi orang call baru aku capai. Lepas tu masuk semula dalam bag. Masa lapang lepas anak anak dah tidur baru aku baca mesej dlm whatsapp.
Sekarang aku sendiri dah tak kisah kalau telefon tertinggal ke, data internet habis ke, aku dah tak kisah. Sebab nilai masa aku untuk keluarga lagi tinggi dari telefon. Seronok bila balik kerja tak sempat turun dari kereta lagi anak lari menerpa dekat aku smbil peluk cium. “Abang rindu mama hari ni.” Lagi sorang tanya “Kenapa mama balik lambat. Banyak kerja ke.?
Jom kita balik rumah. “Bahagia yang tak boleh ungkap dengan kata kata. Terima kasih Allah.
Doakan aku istiqomah di jalan ini.
Sumber: Taqiudin Abd Jamil
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila sebut nak kahwin 2 atau 3, memang orang lelaki ‘menggeletis’ dan suka sangat. Tapi sebaliknya bagi seorang isteri yang cukup pantang bila sebut ‘madu’. Sedangkan kalau tak mampu adil dan ada isteri seorang pun tak mampu nak jaga, baik lupakan saja.
Tak dinafikan orang lelaki cukup suka bab-bab bercakap tentang ‘madu’. Mungkin ada suami yang hanya sekadar bergurau manja dengan isteri. Tapi tak kurang juga yang beria-ia dan pasang angan-angan untuk ada dua tiga orang isteri.
Itu bagi yang rasa mampu tidak perlu persoalakan, Cuma isterilah yang kena redha. Sedangkan kalau suami tak mampu adil, jangan mimipulah untuk pasangan dua atau tiga.
Sedihnya, ada yang sanggup kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan isteri pertama. Tak kurang juga isteri pertama terima dengan hati terbuka.
Janji-janji manis sebelum berpoligami, selepas itu timbul masalah lain. Tak mampu adil dan peritnya, isteri pertama yang menjadi mangsa.
Bagi yang tak mampu adil, kes-kes ini boleh dipertikaikan di mahkamah dan ada cara yang betul untuk isteri mendapatkan haknya. Inilah antara ulasan yang diberikan oleh Peguam Syarie: Amalina Adam tentang isu poligami dan tidak mampu berlaku adil.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami Atau Isteri Tak Perlu Kasihan Pada Orang Lain, Buat Baik Ada Hadnya!
Hidup Lebih Baik Selepas Berpisah, Bila Dapat Lalui Hidup Tanpa Fikirkan Orang Lain
Info Menarik Lain DI SINI
Tak Mampu Adil, Jangan Nak ‘Pasang’ Lain
“Kalau takut tidak berlaku adil dan menzalimi, maka hanya seorang isteri sahajalah ya!”
Betul. Tidak dinafikan bahawa menyekat poligami itu sebenarnya tidak membawa ke mana-mana pun sebab pada akhirnya suami dan wanita itu akan berkahwin juga di sempadan ataupun melalui pernikahan secara tertutup dengan berwalikan bapa wanita itu sendiri di mana-mana negeri.
Yang kesalnya apabila kita menyemak alasan-alasan mereka, rata-rata menyatakan alasan “berkemampuan” dan “nak elak maksiat serta takut berlaku zina”. Bila diteliti semula, apa fikiran bakal pasangan ini hanya berfikir tentang zina semata-mata sahajakah?! Emm!
Apabila siasatan dijalankan lagi, didapati pula suami itu masih bertanggungan dengan rekod tuntutan nafkah anak yang tertunggak bagi 4 orang anaknya dan saman penghutang penghakima (SPP) akan dilaksanakan selepas ini oleh bekas isterinya yang terdahulu sebelum suami itu berkahwin kali kedua. Permohonan poligami kali ini adalah bagi perkahwinan yang ketiganya.
Jadi dimanakah kemampuan yang sebenarnya yang suami sebut-sebutkan dan tercari-cari itu?? Kemampuan yang bagaimana pula? Elak maksiat dan takut berlaku zina bagi suami yang sudah berkahwin??!
Kalaulah sudah berpoligami tetapi wujud kezaliman yang berterusan, maka isteri itu boleh mengangkat dan mengadu kesnya bagi tuntutan Fasakh di Mahkamah Syariah.
Waallhu’alam.
Mingguan Wanita : Kalau mampu dan adil tidak menjadi persoalan. Daripada isteri ‘makan hati’ lebih baik selesaikan cara baik. Jangan lepas tangan. ‘Habis madu sepah dibuang’. Sedih.
Sumber: Peguam Syarie: Amalina Adam
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Membesar dengan adik-beradik, memang akan ada drama bertengkar sampai buat orang tua pening kepala. Tapi itu semua normal, hakikatnya adik-beradik tetap saling menyayangi. Akhirnya, sains membuktikan yang kehadiran adik mahupun kakak akan membuatkan kehidupan anda jadi lebih baik lagi.
Kajian ini dijalankan pada tahun 2010 dan dicatatkan dalam The Journal of Family Psychology. Melibatkan 400 keluarga yang mempunyai adik beradik yang pelbagai. Usia mereka antara 10 ke 14 tahun. Hasilnya, kehadiran kakak menyuntik mental yang positif di kalangan adik-beradik mereka.
Keputusan kajian itu juga menunjukkan mereka yang punya adik-beradik ini akan lebih mudah bersimpati, pandai berkomunikasi dan bijak menyelesaikan konflik. Manakala, seorang profesor dari University School of Family Life, Laura Padilla-Walker menjelaskan walaupun adik beradik ada yang saling bertelingkah, selagi adanya perasaan sayang, gaduh itu tak berpanjangan.
Kalau Adik Beradik Bergaduh..
Semasa adik beradik ini bertelingkah, mereka sebenarnya sedang belajar bagaimana untuk mengatur emosi. Inilah kemahiran yang amat bermanfaat untuk mereka menjalani kehidupan. Dan walaupun adik kakak kadangkala tak sebulu, tak dinafikan ketiadaan salah seorang akan membuatkan kehidupan menjadi sunyi.
Sebab itulah adik beradik perempuan lebih banyak bercakap berbanding lelaki. Jika anda ada seorang kakak, anda akan lebih banyak bercakap tentang masalah kehidupan.
Anda juga perlu tahu yang anak lelaki yang membesar dengan kehadiran seorang kakak, akan lebih baik dalam berkomunikasi dengan pasangannya. Yang lebih menarik dari kajian ini, dibuktikan bahawa selepas ketiadaan orang tua kelak, kakaklah yang akan mengambil alih tanggungjawab mak ayah untuk memastikan adik-beradiknya saling bersatu.
Anugerah Adik Beradik Cuma Sekali
Sebab itulah anda kena faham di sini, mungkin hari ini anda ada berselisih faham dengan adik beradik. Anggaplah itu cuma pertelingkahan atau perselisihan pendapat yang kecil yang terjadi pada kalian.
Ini kerana, biar apa pun terjadi, air dicincang takkan putus dan adik beradiklah yang akan sentiasa mengingat dan membantu anda kelak. Justeru, pastikan anda saling rapat dan menjaga anugerah hubungan adik beradik yang Allah berikan untuk anda. Yang mana, hadiah tuhan beri ini cuma satu saja di dunia ini.. Jagalah ia.
Sumber : goodfullness.net
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jarang anak tak minat air kultur atau probiotik ini melainkan mak ayah langsung tak pernah bagi minum. Sekali rasa, mesti anak pantang tengok!
Tetapi kata Dr Taufiq Razif, bukanlah tak boleh bagi langsung cuma kena berpada-pada. Biar ada limit dan mak ayah patut tahu kandungan gula dalam air kultur.
Jangan Bagi Anak Kita Minum Minuman Probiotik Setiap Hari!
Anak saya sendiri pun, minuman kultur ataupun probiotik ni lah benda pertama yang dia akan terkam kalau ikut saya ke pasaraya.
Kenapa?
Sebab benda ni MANIS! Memang fitrah anak-anak sukakan benda benda manis ni. Ingat ke bila ada tulisan ‘less sugar’ ni boleh la percaya rupanya bila check balik memang kandungan gulanya sangat tinggi.
Kandungan Gula Yang Tinggi
Tak kira apa pun yang mereka tulis, minuman probiotic ni akan tetap ada kandungan gula yang tinggi. Sebab dalam minuman ni ada bakteria yang hidup. Gula dalam tu bukan cuma sebagai perasa tetapi juga sebagai makanan pada bakteria hidup kat dalam tu!
Kalau kita buat perbandingan dengan air coca cola yang super manis sendiri pun kita rasa terkejut dah. Kandungan gula dalam coca cola 10.6g per 100ml. Tetapi dalam minuman probiotik boleh sampai 18.3g per 100ml! Banyak ke sikit tara tu!
“Nak tengok kesihatan anak kita 20 tahun akan datang tengok kandungan gula yang kita duk suap anak kita tiap hari.”
Nota: Air kultur atau Probiotik ni bukan tak boleh minum langsung cuma jangan la jadikan rutin. Sekali sekala tu tak apa lah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI