
Sedapnya dapat makan Sambal Tumis Tempoyak Petai dengan nasi panas. Makan lauk tu pun sahaja dah cukup, tak perlu cari lauk lain lagi dah. Musim durian ni, kalau ada durian lebih bolehlah buat tempoyak dan buat resipi ni. Memang sedap! Dijamin makan nasi bertambah-tambah.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Maryam Abas ini sebagai rujukan;
“Fav siape ni..baik ngakuuuuu.Lauk untuk anak dara hari ni.Mamanya hanya mampu teriakkk bucu katil je. Nak makan tak berani pedas sangat.”
Sambal tumis tempoyak cara saya
Bahan-Bahan:
Tempoyak
Cili api kampung
Daun kunyit
Bawang merah hiris
Petai
Ikan bilis

Cara Membuat:
1. Panaskan minyak masak, goreng dulu ikan bilis kejap, angkat dan ketepikan.
2. Tumbuk cili padi + secubit garam dan gaul bersama tempoyak.
3. Dalam minyak yang sama tadi..tumis cili padi dan tempoyak sehingga naik bau.Hmmmmmmmm satu rumah bau.

4. Masukkan segelas air, kacau kejap sehingga agak-agak sedikit pekat boleh masukkan ikan bilis, hirisan bawang merah dan daun kunyit diracik.Tak perlu masuk garam lagi dah sebab tadi dah tumbuk dengan cili.
5. Masukkan aji atau gula jika suka.Masukkan petai, kacau kejap je dan tutup api gas. Biar petai tu fresh.Siap dihidang!

Selamat Mencuba!
MW: Sedapnya sambal tempoyak ni, makan dengan nasi panas dah tak cari lauk lain dah! Mak-mak kena cuba buat sendiri dekat rumah nanti.
Sumber: Maryam Abas
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Resipi MEE CELUP Ala Thai Padu, Berpeluh Dahi Tak Cukup Semangkuk!

Mee Celup memang cukup popular di Thailand. Rasa masam, manis, pedas memang secukup rasa. Apatah lagi kuahnya dihirup panas-panas, memang padu, berpeluh dahi makan tak cukup semangkuk! Nak buat pun mudah je, dan berbaloi untuk hidangkan sekeluarga.
Bagi peminat Mee Celup Ala Thai kena cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Iza Abu Bakar ini.
Memang feveret sangat mee celup ni. Biasa orang letak daging atau perut lembu tapi disebabkan Kak Za sejenis tak makan daging lembu apatah lagi organ dalaman, jadi Kak Za guna daging ayam sebagai heronya. Hahaha.
Ok, jom kita mula.
RESIPI MEE CELUP ALA THAI BERPELUH DAHI TAK CUKUP SEMANGKUK
Bahan-Bahan:
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 inci halia – dihiris halus
Akar ketumbar (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Ayam
Gula melaka
1/2 cawan kicap manis
Sos ikan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Mee kuning – dicelur
Taugeh secukupnya (Kak Za tak letak sebab stok tak de)
Kacang tanah – (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
Kangkung – (boleh juga letak sawi)
Daun ketumbar – dihiris
Chili flakes
Limau nipis – (diperah jusnya sebagai penambah rasa)

Cara Membuat:
1. Mula mula panaskan minyak di dalam periuk.
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan halia hingga garing dan berbau wangi.


3. Masukkan ayam, biarkan seketika, baru masukkan air. Biarkan sehingga mendidih dan merenih.

4. Kemudian masukkan sos ikan, kicap manis dan gula melaka.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.

6. Keluarkan isi ayam dan carik carikkan halus.
7. Ok, untuk hidangkan mee celup ni ada kekdahnya tau. Mula mula ambil mee yang dicelur dan letakkan ke dalam mangkuk.
8. Kemudian letakkan kangkung atau sawi, taugeh, daun ketumbar yang dihiris dan isi ayam yang dicarik carikkan tadi.
9. Siramkan kuah di atas bahan dalam mangkuk tadi dan taburkan chili flakes serta kacang tanah yang telah ditumbuk. Perahkan sedikit jus limau nipis sebagai penambah rasa.

10. Boleh juga dimakan bersama sambal kicap. Memanggg paduuuu bebb, berpeluh dahi. Hahaha.
Ok, selamat mencuba ya.

Baca Lagi Di Sini:
Tip Pilih Tepung Beras, Rupanya Setiap Jenis Ada Kegunaan Masing-masing
Akar Ketumbar, Minyak Bawang Putih, Buat Kuetiaw Sup Thailand Bertambah Sedap!
DAUN KETUMBAR Kekal Segar Selepas SEBULAN, Simpan Dalam Bekas Kering Kedap Udara!
MW:Sedapnya resipi Mee Celup yang dikongsikan ini. Terbayang hirup kuah sup yang masam, manis, pedas secukup rasa, memang padu berpeluh dahi tak cukup semangkuk. Kena cuba buat sendiri di rumah memang berbaloi.
Sumber: Iza Abu Bakar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Chef Wan Kongsi Resipi Buat Kuah Mee Rebus Udang Jadi Lebih Sedap!

Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Redzuawan Ismail,60 atau lebih dikenali sebagai Chef Wan. Air tangannya cukup terkenal di serata dunia malah ramai yang mengagumi kehebatannya yang lincah beraksi didapur. Rupanya, dalam banyak-banyak resipi yang beliau hasilkan, Mee Rebus Udang merupakan antara kesukaan maknya, Noraini Abdullah, 87 atau Che Ani.
Baru-baru ini, bapa kepada pelakon Serina dan Chef Riz ini, bermurah hati sudi ‘belanja’ resipi Mee Rebus Udang kesukaan ibunya buat pengikut di instagramnya, malah sudi berkongsi tip untuk menjadikan kuahnya bertambah sedap!
Meskipun tiada sukatan tertentu, resipi ini merupakan ramuan asas dalam membuat kuah Mee Rebus Udang yang mak-mak boleh cuba nanti.
Jom godek perkongsian oleh Chef Wan ini;
“Emak kata dia suka nak makan Mee Rebus Udang saya.Jadi saya menggunakan 1 kilogram Udang basah yang akan dikisar halus nanti bersama stock kulit udang, sebelum saya masukkan kedalam rempah-rempah yang ditumis wangi ini. Lalu saya masuk kan keledek yang kedua-dua ini dikisar halus.”
“Tambah beberapa asam keping untuk mengurangkan rasa ‘manis’ keledek dan udang.”
“Boleh juga seimbangkan kuah dengan garam dan gula melaka.Sayangnya saya hanya dapat sedikit keledek berwarna oren, jadi saya campurkan dengan keledek berwarna ungu dan keduanya dilenyekkan bersama.
“Sebenarnya saya suka gunakan kedua-dua jenis keledek ini, sebab kuahnya lebih cantik lagi warna tak la birat kan.”
“Udang yang besar sebagai hiasan pada mee rebus bila dah siap nanti.
Disamping itu, bahan-bahan sampingan bagi melengkapkan Mee Rebus pula seperti berikut;
1.Tahu goreng (dipotong kiub)
2.Hirisan Daun Sup dan Daun Bawang
3.Limau Kasturi/ Nipis
4.Bawang Goreng
5.Kentang rebus (dipotong kiub)
6.Cucur Udang (yang dibuat sendiri)
7.Optional saya suka buat sambal yang manis dan pedas.Jika ada Sotong kering lagi best.
8. Telur Rebus
9.Letak cili hijau lebih dan Limau kasturi dan bawang goreng baru ada power lagi.
Sementara itu, didalam video ini yang dikongsikan, bahan-bahan asas yang digunakan untuk menumis ialah cili merah, cili kering, bawang merah, bawang putih, udang kering, halia,serai dan lengkuas.
“Saya berharap agar resipi yang ikhlas diberikan ini akan menjadi sebahagian resipi koleksi Mee untuk apa majlis pun terutamanya kepada anak-anak muda yang baru belajar memasak.”
“Saya berharap, resipi ini seperti resipi-resipi yang ada didalam buku resipi masakan saya yang lain, yang akan memberi kegembiraan dan kebahagiaan di meja makan anda.”
“Bila masak lebih selalu la rajin sedekah kepada jiran tertangga atau pun saudara mara yang tinggal berdekatan. Mudah-mudahan segala sedekah dan amal jariah kita mendapat keberkatan dari Allah.”
A post shared by chef wan (@_chefwan58) on
Selamat Mencuba!
A post shared by chef wan (@_chefwan58) on
Kredit: Instagram _chefwan58
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kek Oreo Viral Versi Kukus, Bajet Bawah RM10 & Guna Dua Bahan Je

Terkini, resipi yang menjadi viral ialah Kek Oreo Versi kukus pulak. Mudah sangat nak buat Kek Oreo ni, guna dua bahan je pun mak-mak dah boleh jadikan kek yang sedap. Yang paling penting mudah dan jimat bajet sebab tak sampai Rm 10 pun. Hanya perlu guna Biskut Oreo dan air susu kotak coklat Dutchlady.
Jom cuba perkongsian resipi menarik oleh Hana Ramli ni.
Bahan-Bahan:
Dua Bungkus Biskut Oreo
Sekotak Susu Coklat (250ml)

Cara Membuat:
1.Masukkan susu dan Biskut Oreo ke dalam mesin pengisar (blender). Pastikan blender bebas dari bau bawang dan lada.

2.Kisar seperti dalam gambar.
3.Isi la adunan dalam bekas apa apa pun dan kukus. Kalau nak tahu masak ke belum, cuba cucuk guna garfu. Kalau masih ada adunan yang melekat pada garfu tu bermakna kek oreo kita belum masak. Kukus lagi.

4.Ni selepas siap kukus, ermmmm moist gittuuuu. Biar dia rest sejuk dulu sekejap.

5.Akhir sekali, tuang la topping apa-apa pun, tak letak topping pun takpa. Sedap

Kek oreo dua bahan, yang bahagian topping tu saya double boil chocolate.
Selamat Mencuba!
Sumber: Hana Ramli
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

