makan-durian

Tengah musim durian kan sekarang ini. Macam-macam variasi durian ada. Bagi penggemar durian, anda perlu tahu akan hal ini sebelum makan durian.

Menurut Saintis Prinsipal, Dr Suri Roowi 9 poin penting yang anda perlu hadamkan tentang durian sebelum menikmatinya. Tentunya saranan yang dikongsikan ini akan membantu anda, bukan saja menikmati durian dengan enak, malah menjaga kesihatan tubuh dengan baik.

Kerana, durian ini orang tua-tua kata ‘tajam’. Sebagaimana penjelasan yang diterangkan Dr Suri, dalam durian itu sendiri ada bahan yang boleh membantu anda yang mengalami masalah susah tidur.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Makan Durian?

a. Durian kaya bahan asid amino tryptophan – Bahan ini menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).

Cari PEMBUKA DURIAN di sini : https://invle.co/clb6wfz

b. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur. Bahan organosulfur (bahan bau) bersifat antikanser, antioksidan, antimikrob dan melindungi jantung.

IKLAN

c. Jika kita makan 100 g durian, kandungan kalorinya adalah 147 berbanding nasi – 151

d. Pesakit kencing manis tidak boleh makan durian secara berlebihan. Ada kajian menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis. Namun, peratus penurunan gula darah oleh kulit durian lebih rendah berbanding glibenklamid (‘ubat’ hospital)

f. Ada kajian menunjukkan makan isi durian pada kadar tinggi boleh tingkatkan kadar denyutan jantung. Justeru makan ikut kadarnya

Elak Ambil Durian Bersama Paracetamol

g. Durian kaya potassium. Kandungan potassium dalam isi durian adalah 426 mg dalam 100g isi durian. Justeru untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang, dinasihatkan jangan makan berlebihan

IKLAN

h. Elak makan durian bersama paracetamol. Ini kerana dikhuatiri boleh sebabkan kesan toksik. Ujian ke atas tikus mendapati kombinasi durian dan paracetamol boleh menyebabkan suhu badan turun mendadak dan ia mungkin mendatangkan kesan toksik.

i. Durian juga tidak boleh dimakan bersama-sama minuman alkohol. Kes klinikal menunjukkan seorang wanita di India mati selepas makan durian bersama minuman beralkohol. Kombinasi alkohol dan durian boleh menyebabkan kembung perut.

Memandangkan tapai juga mengandungi alkohol walaupun pada kadar yang rendah, memakan buah durian bersama tapai sebaiknya dielakkan.

IKLAN

Justeru makanlah durian ikut kadarnya dan mengikut cara yang betul.

Mingguan Wanita : Memang sedap buah durian ini, sekali rasa boleh jadi nak lagi dan lagi. Eloklah ambil pesanan Dr Suri Roowi ini agar dapat berkadaran dalam menikmati durian.

Sumber/Foto : Dr Suri Roowi / Tom Fisk via Pexels
Ph.D KMN
Principal Scientist

Rujukan;
a. Methods Find Exp Clin Pharmacol 2008, 30(10): 739
b. Tocmo, R. et al. doi: 10.3389/fnut.2015.00001
c. Michael J. Brown. Durio – A Bibliographic Review
d. Roowi, S. (2017). Petua dan Penawar (Siri 5). Utusan Malaysia. 19 Jan 2017.
e. Buku Ubat Dari Dapur

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI