Saharul Ridzwan jual kereta honda milik isteri. Sebelum ini ramai yang berasa sebak apabila pelakon Saharul Ridzwan mendedahkan dirinya terpaksa menjual kereta milik isterinya, Deena Amir.
Ternyata perkongsian tersebut sangat menyentuh hati warganet. Apatah lagi kenderaan jenis Honda Jazz itu sangat istimewa sementelah ia hadiah ulang tahun keempat perkahwinannya dengan Deena.
Saharul telah berkahwin dengan Deena atau nama penuhnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir pada 16 September 2016.
Hasil perkongsian hidup, pasangan bahagia itu diserikan dengan kehadiran tiga orang anak iaitu Muhammad Luth Ali, 8, Fateema Azzahra, 5, dan Khadijah Alkubraa, 2.
Saharul Ridzwan Jual Kereta Honda Milik Isteri
Untuk rekod sebelum ini Saharul menjual aset-aset peribadi lain seperti kereta Mercedes Benz dan sebuah kondominium di Cyberjaya pada tahun lalu.
Perkara itu dilakukan untuk mengurangkan beban kewangan dan kestabilan keluarga.
Terbaru menerusi perkongsian video Instagram akaun @rd_garage_ dan @fglmotorsports, wakil jualan kenderaan berkenaan menerusi laman sosial Instagram Saharul beralih kepada Kenderaan Serba Guna (MPV).
Ads
Tidak lagi memilih kenderaan jenis sedan atau hatchback, Shaharul membeli sebuah Toyota Alphard baharu.
“Terima kasih atas kepercayaan, Saharul Ridzwan ! Hari penyerahan yang cukup bermakna bersama seorang gentleman sejati, soft spoken dan family man yang saya hormati.
“Bukan kali pertama berurusan, tapi setiap kali tetap rasa istimewa. Semoga kenderaan baru ini membawa lebih banyak momen indah bersama keluarga tercinta!” kongsi akaun @rd_garage_ dan @fglmotorsports.
Rezeki Anak-Anak
Pada video tersebut Saharul dilihat bersama isteri dan anak-anak di bilik pameran kereta untuk mengambil kenderaan baharu mereka.
Video tersebut juga jelas memaparkan kegembiraan mereka anak-beranak menerima kenderaan baharu dibeli.
Kata Saharul, dirinya terdahulu berminat dengan Toyota Voxy sebelum memilih Toyota Alphard.
Ads
“Dulu masa saya tolak (jual) Mercedes, saya tanya Toyota Voxy.
“Selepas setahun, Alhamdulillah ALLAH beri rezeki. Rezeki anak-anak,” katanya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang Penat! Itulah mungkin jawapan yang jujur dan telus, terlafaz dari bibir bila ditanya apa rasanya bila dikurniakan anak-anak yang ramai? Mana tak penat, lebih-lebih lagi kalau jarak usia antara anak itu dekat.
Dulu Lain, Sekarang Lain
Pada zaman sekarang, anak lima, enam dan ke atas dikira sudah ramai. Jika tengok mak ayah kita dulu, steady je ada anak sampai berbelas orang. Tak ada masalah pun nak bela. Malah ramai mak ayah yang membuktikan anak ramai bukan penghalang untuk anak-anak itu berjaya di dunia dan di akhirat.
Tapi di zaman sekarang, anak dua tiga orang pun dah cukup kata mereka. Nak kejar kualiti katanya, bukan kuantiti. Bila anak sikit, mereka boleh berikan perhatian sepenuh katanya. Namun sudah semestinya jawapan itu tak mewakili pasangan lain ye.
Memang Ada Faktor Pendorong
Banyak faktor yang mendorong sebenarnya kenapa pasangan hari ini makin kurang yang ramai anak. Antaranya, mak-mak zaman sekarang juga keluar bekerja. Jadi tugas menjaga anak-anak bukan 100% di bahu mereka dan mereka terpaksa membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya.
Nak tak nak, terpaksa menggunakan khidmat pengasuh atau nurseri. Itu juga faktor mengapa zaman sekarang ramai pasangan memilih untuk merancang keluarga. Nak hantar anak ke pengasuh juga bukan murah ye!
Selain itu, kesibukan dengan kerjaya membuatkan ramai wanita yang memilih untuk menjarakkan kehamilan.
Faktor Duit Juga Main Peranan
Ya, tak dinafikan. Di zaman ini, serba-serbi nak duit. Bayangkan, anak tiga orang boleh mencecah ribuan ringgit belanja sebulan hanya untuk pengasuh dan susu serta lampin. Belum lagi hal-hal lain. Jadi, ramai yang merancang jumlah anak mengikut kemampuan diri.
Memang Anak Ramai itu Rezeki
Memang masih ada mak ayah yang memilih untuk mempunyai anak ramai. Memang itu rezeki mereka kerana anak-anak adalah ‘rezeki’ yang Allah SWT kurniakan. Ada orang yang inginkan anak tapi tak berjaya memilikinya. Jadi, bersyukurlah memiliki ramai anak.
Mak ayah yang memilih untuk mempunyai anak ramai, antaranya kerana mereka ini juga sudah ‘terbiasa’ di kelilingi oleh ahli keluarga yang ramai. Misalnya memang memiliki adik beradik yang ramai dan itu yang membuatkan mereka juga cenderung untuk memiliki ramai anak.
Jadi, soal penat dalam mengasuh anak-anak itu perkara biasa. Lebih-lebih lagi pada waktu mereka sedang kecil. Tapi itulah cabaran yang perlu ibu bapa tanggung.
Penat Tapi Pelaburan Berbaloi!
Kena INGAT, anak-anak kita adalah saham kita bukan saja di dunia bahkan juga di akhirat. Jadi, didiklah merreka dengan sebaik mungkin walau sesukar apa pun. Yang penting, didik mereka dengan ilmu agama agar mereka ini dapat mendoakan kita kelak.
Zahirah Macwilson ‘tayang’ wajah anak kedua, agak-agak Inara Raisa iras mama atau papanya. Zahirah MacWilson melahirkan anak keduanya, Inara Raisa pada 31 Mei lalu.
Zahirah Macwilson ‘Tayang’ Wajah Anak Kedua, Agak-agak Inara Raisa Iras Mama Atau Papanya
Terbaharu melalui hantaran di laman Instagramnya, Zahirah berkongsi gambar anak keduanya itu.
Ramai yang tidak sabar untuk melihat Inara besar nanti.
Meninjau di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan warga maya yang geram dengan kecomelan Inara.
Berikut antara komen-komen rakan selebriti dan warga maya:
Untuk info, Zahirah dan Aiman Hakim Ridza telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Isaac Raees pada 5 Januari 2021.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bawa anak-anak bersendirian ke pasaraya untuk membeli barang keperluan rumah adakalanya merupakan satu cabaran. Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan situasi yang tidak terjangka.
Bayangkan ketika berada di kaunter pembayaran pasaraya baru perasan tak bawa beg duit.Apatah lagi bila bawa anak-anak yang mula nak meragam dengan barang yang banyak, memang kalut dibuatnya! Hanya berjiwa mak-mak sahaja yang memahami keadaan ini.
‘Kerana Saya Seorang Ibu’
Baru-baru ini, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengesahkan laporan bahawa beliau telah membayar barang keperluan harian yang dibeli seorang wanita, di sebuah pasar raya.
Pada awalnya beliau enggan mengulas mengenai insiden yang didedahkan di media sosial itu.Namun, ketika ditanya mengenai perkara itu, pada satu majlis di sini, hari ini, Ardern dengan pantas menjawab: “Kerana saya seorang ibu”.
Bayar Barang Dibeli
Insiden itu didedahkan oleh seorang pengguna Twitter, Helen Burness yang juga rakan kepada wanita terbabit.
Kejadian berlaku selepas ibu kepada dua anak yang sedang beratur di kaunter bayaran di hadapan Ardern, menyedari bahawa beliau tidak membawa dompetnya.
“Ardern membayar barang yang dibeli rakan saya di sebuah pasar raya ketika beliau terlupa membawa dompetnya dan ketika itu, dua anaknya sedang menjerit.
“Insiden ini menyebabkan kita lebih menyayanginya (Ardern),” kata Burness di Twitter.
Perdana menteri berusia 38 tahun itu, melahirkan seorang perempuan Neve pada Jun lalu. Ardern menerima banyak pujian selepas kejayaannya mengendalikan serangan dua masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu.
MW: Murninya dan baiknya hati Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern ini. Sangat memahami situasi ‘kecemasan’ dan tak terjangka sebegini dan meletakkan dirinya sebagai sebagai seorang ibu juga.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...