Saharul Ridzwan diuji sakit di hari jadi isteri, Saharul Ridzwan syukur keikhklasan pasangan menjaganya “aku nampak kasih sayang Allah. Pelakon Saharul Ridzwan memuat naik satu coretan di instagramnya di mana dirinya dalam keadaan terbaring di hospital.
Mengakui nikmat kesihatan adalah nikmat tak ternilai dari Allah namun apa yang membuat ramai tersentuh hati, hari diriny dimasukkan ke hospital itu adalah hari jadi isteri kesayangannya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir.
Katanya, walau ada perancangan lain bagi meraikan hari istimewa suri hatinya tapi Allah maha mengetahuinya. Bahkan pelakon yang sudah mempunyai dua anak ini turut memberikan nasihat agar menghargai pasangan selagi ada masa diberikan Allah.
Diuji Sakit Di Hari Jadi Isteri
Dulu, tiap kali lalu tepi hospital ni, aku cuma pandang sepintas lalu. Dekat je, 5 minit dari rumah. Tak pernah terlintas aku akan “check in” sini. Tapi hari ni, aku ada di sini, dan ujian ni buat aku belajar sesuatu, nikmat kesihatan tu memang tak ternilai. Bila Allah tarik walaupun sekejap, semua rasa terhenti.
Kadang-kadang nikmat yang Allah bagi tu, kita tak nampak. Hanya bila diuji, baru kita mula perasan kasih sayang-Nya ada di sebalik semua kesakitan.Semalam, asbab satu perkara kecil, semua perancangan tergendala. Siapa sangka, dari nikmat yang biasa kita abaikan, Allah tarik sekejap untuk ajar sesuatu yang lebih besar.
Hari ni birthday isteri aku. Kesian dia, ulang-alik jaga aku kat hospital sambil uruskan anak-anak di rumah. Sebagai suami, hati ni rasa berat, sebab dia layak sambut hari ni dengan senyuman dan rehat, bukan dengan beban tambahan. Tapi aku sedar, Allah bagi aku peluang untuk nampak betapa kuat dan ikhlasnya dia.
Kesakitan ni buat aku berfikir. Setiap nafas, setiap detik, semua pinjaman dari Allah. Dan dalam susah ni, aku nampak kasih sayang Allah, melalui isteri aku yang tak pernah penat menjaga. Maha hebat Allah, tak pernah tinggalkan hambaNya walau sekejap.
Mungkin ada yang baca ni tengah rasa berat juga. Tapi percayalah, di sebalik ujian, ada kasih sayang Allah yang kita tak nampak. Cuba cari, cuba rasa. Sebab setiap luka, setiap sakit, ada pelajaran yang Dia nak ajar.
Ads
Doakan aku cepat sembuh, dan kalau ada masa, peluk orang yang kau sayang hari ni. Sebab kita tak tahu, berapa banyak hari lagi Allah bagi peluang macam ni.
“Kesakitan adalah tarbiah. Rahmat Allah datang dalam bentuk yang kita tak pernah jangka.”
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
12 ahli keluarga ibu ayah Yana Samsudin Positif Covid-19. Berita yang dikongsi oleh ibu kepada dua cahaya mata ini begitu sedih.
12 Ahli Keluarga, Ibu Ayah Yana Samsudin Positif Covid-19
Seperti yang diluahkan menerusi entri di akaun Instagramnya, Yana menerangkan ibu dan ayahnya di Yong Peng, Johor juga dijangkiti. Walaupun berita tersebut memberi kegusaran di hati isteri kepada Fadzil Zahari ini namun dia kekal positif mengenangkan keluarga di kampung.
“Keputusan (ujian calitan) keluar hari ini. Semua ahli keluarga di Yong Peng, Johor positif Covid-19,” kongsi Yana di Instagram miliknya.
“Allah Maha Besar Maha Mengetahui segalanya. Mak, Abah dan semuanya, tolong kuat ya. Kami jauh,” tulisnya.
Mohon Doakan Kesejahteraan Buat Keluarga
Malah Yana juga akui dia cuba untuk kekal positif menerima berita yang tersebut dan memohon orang ramai agar terus mendoakan kesejahteraannya buat keluarganya.
“Alhamdulillah, terima kasih yang mendoakan. Insya-ALLAH kami semua akan kekal positif. semoga mereka kuat kat sana. Begitu jugak dengan mak dan abah mertua. Semoga sihat-sihat juga,” luahnya.
Mohon Doakan Kesejahteraan Buat Keluarga
Malah Yana juga akui dia cuba untuk kekal positif menerima berita yang tersebut dan memohon orang ramai agar terus mendoakan kesejahteraannya buat keluarganya.
“Alhamdulillah, terima kasih yang mendoakan. Insya-ALLAH kami semua akan kekal positif. semoga mereka kuat kat sana. Begitu jugak dengan mak dan abah mertua. Semoga sihat-sihat juga,” luahnya.
Yana pada masa yang sama juga menitipkan pesan agar masing-masing saling bertanya khabar mereka yang berada di sekeliling dalam keadaan pandemik yang tidak dijangka ini.
“Keadaan berjauhan dengan orang tua, kita faham sangat macam mana rasanya. Ibu bapa kita, bapa mertua, mak mertua atau pakcik makcik ada yang tinggal berdua sahaja atau berseorangan kat rumah.
“Jiran jiran rajinlah tanya khabar. Tolong-tolong tengok kan. Anda sendiri kena aktif update keadaan diri sendiri. Sejam sekali atau dua jam sekali kat group komuniti.
“Semoga kalian yang sedang menerima dugaan ini juga diberikan kekuatan dan di mudahkan segala urusan dunia akhirat,” pesan Yana ibu kepada Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea.
Mingguan Wanita : Semoga ibu, ayah dan ahli keluarga Yana Samsudin diberi kesembuhan dari wabak Covid-19.
Alhamdulillah, Syawal yang tinggal beberapa hari lagi, memberikan sejuta rahmat dan seribu kebahagiaan yang paling bermakna buat pelakon Anzalna Nasir seisi keluarga. Ini kerana setelah menanti sekian lama untuk mendapat cahaya mata, pelakon cantik manis Anzalna Nasir,31 telah selamat melahirkan anak pertama pada hari Jumaat , 31 Mei lalu.
Bayi lelaki tersebut merupakan cucu lelaki pertama yang dinanti-nantikan bagi keluarga Nasir, memandangkan Anzalna mempunyai lima beradik perempuan serta 3 anak saudara perempuan.
Berita gembira ini dikongsikan oleh Pelakon Memori Cinta Suraya menerusi video pendek didalam laman Instagram beliau.
“Jumaat, 31.5.19. Syukur Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Setelah sekian lama menantikan kehadiran cahaya mata, akhirnya, bertemu jua! Raya yang paling bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan untuk kami” kata Anzalna
Sementara itu, di laman instagram suami pelakon ini, Hanif Zaki juga mengucapkan rasa syukur dan mengumumkan kelahiran anak lelaki pertama mereka.
“Segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam. Alhamdulillah , isteri saya telah selamat melahirkan anak lelaki kami pada 31/5/2019, Jumaat yang lalu. Perasaan yg tak dapat saya gambarkan. Both baby and mummy are well and ready to rock my world, syukur” ujarnya.
Pelbagai perasaan bercampur baur, sebak, gembira dikongsikan didalam video tersebut. Seluruh ahli keluarga menanti dengan penuh debaran dan teruja dengan kelahiran tersebut di hospital.
Terdahulu, Anzalna dan Hanif berkahwin pada 21 Februari 2016 dan pada awal tahun lalu pasangan ini mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata pertama setelah lebih 3 tahun berkahwin.
MW: Tahniah buat Anzalna, suami dan seisi keluarga atas kelahiran cahaya mata pertama. Semoga anak yang dilahirkan sihat sempurna dan menjadi penyeri dalam rumahtangga. Selamat berpantang sewaktu raya nanti!
Ramai melahirkan simpati terhadap kemelut yang melanda Zahnita Wilson, figura yang pernah menghiasi dunia seni dan peragaan tanah air ini apabila kes rumah tangganya menjadi perhatian umum.
Nantikan Temubual Eksklusif SEMBANG WANITA XTRA BERSAMA ZAHNITA WILSON DI YOUTUBE MINGGUAN WANITA.
Meskipun masih dalam keadaan trauma, Zahnita kini memilih jalan berbeza dalam hidupnya. Setelah melalui pelbagai pengalaman hidup, Zahnita mengambil langkah berani untuk membina hidup baharu untuk mengembangkan lagi bisnes pai Zahnita Humble Pie yang diusahakannya itu.
Ternyata, keputusan itu membuahkan hasil apabila bisnes pai yang diusahakannya semakin mendapat perhatian dan tempahan yang memberangsangkan daripada orang ramai.
Menerusi hantaran dalam Instagramnya, dia sedang menyiapkan tempahan 3,000 pai.
“3,000 biji pai sedang dalam pembikinan. Kini saya mempunyai mesin pengadun industri seberat 9 kilogram.
“Kalian semua telah melonjakkan jumlah pesanan. Terima kasih banyak-banyak,” tulisnya pada bahagian kapsyen.
Dalam usahanya untuk memberi fokus sepenuhnya kepada perniagaan ini, Zahnita mengejutkan ramai apabila menolak tawaran menjadi model kempen Hari Raya Jakel, walaupun tawaran tersebut dikatakan mencecah angka enam digit.
Keputusan Zahnita menolak tawaran menjadi model Hari Raya Jakel bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, bagi Zahnita, memberi fokus kepada perniagaan yang sedang berkembang lebih penting pada masa ini.
“Saya sangat berbesar hati dengan tawaran itu, tetapi masa saya kini terhad. Bisnes ini memerlukan komitmen penuh, dan saya mahu memastikan ia berjaya sebelum memikirkan hal lain,” jelasnya yang ditemui secara eksklusif oleh krew Mingguan Wanita di kediamannya hari ini.
Tambah Zahnita lagi, dia tidak akan kembali ke dunia modelling lagi dan ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan pai yang semakin mendapat sambutan di kalangan pengemarnya.
Mengimbas langkah pertamanya dalam perniagaan pai, Zahnita mengakui ia bermula sebagai hobi yang akhirnya berkembang menjadi sumber pendapatan. Dengan jenama yang dikenali sebagai , Zahnita Humble Pie menawarkan beberapa jenis pai dengan resepi istimewa yang dirumus sendiri.
“Memasak adalah terapi buat saya. Bisnes ini bukan sahaja memberi saya peluang untuk berkreativiti, tetapi juga cara untuk menjana pendapatan yang stabil. Melihat reaksi pelanggan yang menikmati pai saya memberi kepuasan yang tak tergambar,” katanya.
Mencari Kestabilan Hidup Baharu
Bagi Zahnita, perniagaan pai ini adalah simbol kebangkitan dirinya selepas melalui pelbagai cabaran dalam hidup. Dia mahu membina sesuatu yang boleh memberikan kestabilan kepada dirinya dan anak-anak.
“Setiap orang berhak untuk memulakan hidup baharu, tidak kira apa yang telah berlaku. Bagi saya, hidup adalah tentang membuat pilihan yang terbaik untuk masa depan,” tambah Zahnita.
Dengan sokongan padu daripada pelanggan dan peminat, Zahnita yakin perniagaannya akan terus berkembang.
“Saya juga berharap usaha ini dapat dikembangkan dan saya mahu membuat 1 Juta Pai untuk dihantar ke Palestin suatu hari nanti. Itu adalah cita-cita dan harapan saya dalam bisnes ini.
“Doakan saya terus berjaya dalam perjalanan baharu ini. Saya percaya, rezeki akan datang jika kita ikhlas dalam usaha,” katanya penuh harapan.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...