Rutin Penjagaan Kulit Sebegini, Berkesan Buat Wajah Glowing Dengan Cepat

Rata-rata wanita idamkan kulit yang cantik, wajah glowing lagi berseri. Keserian wajah menyerlahkan keyakinan dalam diri mereka. Sayangnya, persekitaran kerja mahupun gaya hidup sedikit sebanyak menghalang impian miliki kulit cantik menjadi nyata.

Masalah kekurangan tidur dan udara yang kotor juga menjadi punca kulit kelihatan kusam tidak bermaya. Bagi mengatasi permasalahan ini, anda sebenarnya memerlukan satu rutin penjagaan kulit yang betul. Malah, konsisten agar kesan glowing yang diidamkan jadi lebih cepat.

Percayalah! dengan tip yang MW kongsikan ini, anda mampu miliki kulit wajah glowing yang diidam-idamkan.

Rutin Penjagaan Wajah Yang Betul Agar Wajah Glowing Dengan Cepat

Rutin Penjagaan Kulit Sebegini, Berkesan Buat Wajah Glowing Dengan Cepat

 

Pertama : Penting Tahu Jenis Kulit Sendiri

Fahami apakah jenis kulit wajah anda. Adakah ianya normal, kering, berminyak, sensitif atau kombinasi. Kulit kombinasi ini separuh permukaan wajah berminyak dan separuh lagi kering. Zon T akan kelihatan lebih berminyak, manakala bahagian pipi lebih kering.

Anda lakukan sendiri ujian mudah ini untuk mengenalpasti jenis kulit. Cuma perlu sediakan blotting paper atau kertas minyak dan tisu. Sebelum itu, cuci wajah dari sebarang solekan. Keringkan dan jangan sentuh selama 30 minit.

Dengan tangan yang bersih, tekap blotting paper pada kulit wajah. Lihat hasilnya, jika sedikit atau tiada kulit menggelupas, ianya jenis normal. Jika kulit rasa ketat dan ada cebisan kulit tertanggal tapi tiada sebum (minyak) pada blotting paper, ia kulit kering.

Sekiranya blotting paper yang disapu pada pipi, tepi dagu dan tepi dahi, memerangkap sebum sama banyak, ianya kulit berminyak. Untuk kulit kombinasi, pula sebum akan terperangkap dengan banyak ketika anda menekap pada pipi dan Zon T. Dan terdapat cebisan kulit tertanggal.

Jika kulit berasa gatal dan kemerah-merahan selepas anda menggunakan sesuatu produk atau memakan sesuatu, jelas itu tanda kulit sensitif.

Kedua : Pilih Pencuci Muka Sesuai Dengan Kulit Wajah Anda

Penting untuk anda pilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah. Pilihlah pencuci jenis yang lembut, dapat membersih sehingga ke dalam liang pori-pori. Pencuci muka sedikit berasid iaitu pH yang hampir dengan pH kulit wajah anda adalah pilihan terbaik.

Produk pencuci hendaklah khusus untuk penjagaan wajah, bukannya keseluruhan badan.

Perlu anda ketahui, Nutox Renewing Treatment adalah produk pelopor penjagaan kulit wajah dari sarang burung. Terbukti berkesan memberikan kulit wajah glowing untuk semua jenis kulit. Malah, pemakai boleh merasai khasiat sarang burung dalam semua rangkaian produk Nutox ini.

Formula yang diperbaharui ini, membantu anda mendapatkan kulit wajah yang sihat lagi berseri. Produk ini juga bebas paraben dan pewarna.

Rutin Penjagaan Kulit Sebegini, Berkesan Buat Wajah Glowing Dengan Cepat

 

Ketiga : Pakailah Toner Dan Pelembap Muka Selepas Mencuci

Ramai yang menganggap toner atau penyegar ini menyebabkan kulit dehidrasi. Tanggapan ini salah sebenarnya. Jangan takut ya, jika anda telah memilih toner yang sesuai dengan jenis kulit.

Dan jangan lupa sapukan pelembap dengan jumlah yang betul. Langkah ini, wajib selepas anda menggunakan toner.

Keempat : Jangan Lupa Pakai SPF Sunblock

Tinggal di Malaysia ini membuatkan wajah terdedah dengan sinar UV. Sebab itulah perlunya memakai SPF Sunblock sebagai pelindung matahari dari menyentuh kulit wajah anda.

Sekali lagi, pilihlah sunblock yang sesuai dengan jenis kulit. Sekurang-kurangnya dari SPF30, untuk kesan perlindungan lebih baik. Anda sebenarnya memerlukan SPF50+. Ahli dermatologi juga menyarankan agar memilih produk dengan Watery Essence yang memberi kesan lebih ringan dan bebas minyak.

Kelima : Pemakanan Yang Betul Dan Senaman Itu Pun Penting!

Kulit wajah berseri juga bergantung dengan cara pemakanan yang betul dan aktiviti senaman yang dilakukan. Apabila mengamalkan diet pemakanan seimbang mengikut carta piramid makanan, semakin mudah wajah tampak berseri.

Aktiviti senaman pagi, seperti berjogging dan berbasikal juga membantu anda mendapatkan kulit yang menawan. Jangan lupa, sinaran matahari pagi memberikan anda vitamin D secara semulajadi. Sebab itulah disarankan bersenam di luar rumah pada waktu pagi.

Setelah anda memahami kesemua tip penjagaan di atas, tibalah masa untuk anda mengetahui keberkesanan Nutox Renewing Treatment untuk wajah anda.

Rutin Penjagaan Kulit Sebegini, Berkesan Buat Wajah Glowing Dengan Cepat

Produk Ini Bantu Dapatkan Kulit Wajah Glowing

Anda sedia maklum rangkaian penjagaan kulit Nutox Renewing Treatment mengandungi sarang burung yang bagus untuk kulit wajah. Ia bukan sekadar direka untuk memperbaharui kulit malah mengekalkan kelembapan dan menyerikan kulit wajah dengan Actistem Gold Nest.

Teknologi terobosan Tri-Lumines Complex™ juga direka khas untuk membalikkan proses kerosakan kulit. Tri-Lumines Complex™ ini terdiri daripada bahan-bahan yang terbukti mesra kulit iaitu Betaine, Niacinamide dan Lime Caviar.

Dua produk bintang dari rangkaian ini, Moisturizing Essence dan Ampoule terbukti secara klinikal dan diuji secara dermatologi berkesan memastikan kulit jadi lebih sihat, lembut dan terhidrat kepada pemakainya.

Rutin Penjagaan Kulit Sebegini, Berkesan Buat Wajah Glowing Dengan Cepat

 

Nutox Renewing Treatment Moisturizing Essence pula menyerap dengan cepat dan mendalam ke kulit wajah anda. Ia memberi kesan kelembapan segera dan terbukti secara klinikal memberi penghidratan sehingga 72 jam.

Manakala, Nutox Renewing Treatment Ampoule memberi kesan kelupasan dan memperbaiki pori-pori. Malah menghasilkan kulit wajah berseri serta merta pada pemakaian kali pertama. Dan formula ini terbukti secara klinikal.

Ia juga meningkatkan keberkesanan penyerapan bahan aktif lain dari rangkaian produk yang anda gunakan.

Rutin Penjagaan Kulit Sebegini, Berkesan Buat Wajah Glowing Dengan Cepat

Setelah mengetahui kebaikan rangkaian penjagaan kulit Nutox Renewing Treatment mengapa anda tidak mencubanya sendiri. Anda boleh membuat belian di

Mahu dapatkan info lanjut mengenai produk ini, layari :

Website: https://nutox.my/
Facebook: http://facebook.com/NutoxStayYoung
IG: https://www.instagram.com/nutox_my/
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCnYudtwZkZ474gv1OwVuKAQ
Messenger: http://m.me/nutoxstayyoung



Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI