Ibu mentua, Puan Zaila Hafni tak pernah berubah sejak dulu sampailah sudah beranak cucu. Jadualnya bermula 5.30 pagi dan berakhir jam 10 malam. Baca catatan yang dikongsi daripada pemerhatian menantunya ini, ramai suri di luar sana boleh jadikan ikutan.
Bagaimana tersusunnya jadual suri senior ini. Andai anda suri yang mahu berjinak-jinak berniaga online dari rumah, atau wanita kerjaya yang sepenuhnya bekerja dari rumah amat bagus mengambil contoh rutin yang diamalkan oleh Hanizah Binti Mohd Lot berusia 59 tahun.
Baca Perkongsiannya
Beraya di rumah mak tahun ni agak lama juga sebab suami cuti panjang. Walaupun dah terbiasa dengan rutin harian mak, tapi sesekali duduk lama tu terikut-ikut juga bila saya dah balik rumah sendiri.
Yang baik, apa salahnya kita ikut, kan?
Saya perhatikan rutin mak memang sama setiap hari. Sejak dulu. Kira konsisten begitu dan dah jadi kebiasaan atau tabiat dah. Saya pernah terbaca satu artikel, membincangkan kenapa perlu kita develop satu tabiat atau rutin; supaya kita boleh buat kerja dengan pantas dan tak terlalu berfikir (maksudnya kita tak ambil masa yang lama untuk fikir sebelum buat sesuatu kerja). Bila dah lama-lama, dah ada rutin biasa, kerja yang kita buat pun makin cekap dan cepat siap.
Saya kira sebab inilah kerja rumah mak selalu siap awal. Kadang-kadang pukul 9.30 pagi mak dah boleh berehat dah sekejap.
Sini saya kongsikan secara kasar rutin harian mak mentua saya, suri rumah sepenuh masa, berdasarkan pemerhatian saya sendiri.
5.30 – 6.30 pagi: Bangun, mandi, solat Subuh
Ads
6.30 pagi: Masuk baju dalam mesin basuh, masak air, kemas dapur, siapkan minum pagi (selalunya oat)
7.00 pagi: Siram pokok, sapu laman rumah dan dalam rumah
7.30 pagi: Jemur kain, kemas porch, susun kasut
8.00 pagi: Kemas dalam rumah, rehat kejap tengok tv
8.30 – 9.00 pagi: Sarapan, kadang-kadang keluar pergi pasar
Ads
Kalau tak ke pasar, mak sarapan ringan-ringan makan roti ke biskut ke cicah air panas sambil tengok tv rancangan kegemaran mak. Selalu anak-anak dah tolong rekodkan.
Kalau Mak Penat, Mak Baring Kejap
Sebab mak memang buat kerja non stop kalau dah mula. Kaki mak pun tak berapa kuat, mudah bengkak kalau berdiri lama atau banyak berjalan. Kalau tak keluar pergi pasar tu memang mak rilek-rilek la kejap sebelum mula masak lauk tengah hari.
11.00 pagi – 1. 30 petang: Masak atau berurusan dapur
1.30 petang: Angkat kain jemuran kalau ada yang dah kering. Kadang mak balik-balikkan baju bagi cepat kering atau alih ke tempat yang kena banyak cahaya matahari
Ads
2.00 – 4.30 petang: Lipat kain, makan, rehat
Kadang bila dah petang, mak rehat-rehat saja sebab kerja semua dah selesai. Tengok tv ke, telefon anak-anak ke, layan Whatsapp ke (mak boleh baca cuma tak pandai nak taip). Kadang tu saya perhati mak kemas porch atau rearrange barang-barang kat dapur.
Menjelang maghrib, mandi dan solat. Kalau mak tak makan tengah hari, lepas maghrib baru mak makan. Ada masa mak dah letih masak jadi mak kurang selera nak makan tengah hari. Mak tak makan nasi, makan yang ringan-ringan saja.
9.30 – 10.00 malam: Tidur
Begitulah gambaran kasar rutin harian mak mentua saya. Ada hari keluar ke pasar lambat sikit. Ada hari ikut abah keluar ke mana-mana (kalau abah cuti). Ada hari cucu temankan, ada 2 orang anak buah sekolah dekat rumah mak, lepas sekolah balik ke rumah Uwan. Ada hari anak-anak bawa keluar ke mana-mana atau mak berjalan ke rumah anak-anak.
Saya cuba juga ikut rutin mak, mana yang terdaya dan sesuai dengan saya. Saya ambil sebagai panduan, selebihnya saya cuba adapt dengan rutin saya untuk jaga baby, kerja menulis, membuat editing, ajar anak membaca dan berbisnes online.
Sumber/Foto: hifzaila.blogspot.my
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selalu kita dengar, kalau isteri minta apa-apa kena tunggu waktu yang sesuai atau mood suami. Bimbangnya kalau tak kena ‘time’ sesuai harapan punah dan apa yang diangankan hanya berlalu begitu saja.
Sebab itulah, kalau sudah lama kahwin dan tahu peel pasangan. Lumrah suami, sebolehnya dia ingin lengkapkan apa saja keperluan untuk isteri dan keluarga. Bila tak mampu atau tunaikan, tentu ada rasa kecewa dan sedih.
Tapi, kalau isteri beri pujian atas tanggungjawabnya seorang suami, secara automatik, isteri tak minta apapun, pasti akan diberi. Percayalah. Bak kata Dr Taufiq Razif ini kena ada ilmu penunduk suami.
Apa yang dikatakan ilmu penunduk ini. Jom ikuti perkongsiannya.
Saya nak kongsi satu ilmu penunduk suami yang halal dipakai oleh para isteri
Okay kita kena tahu suami ini fitrahnya seorang Provider. Dia akan buat apa sahaja asalkan dia boleh provide makanan, keperluan dan segala perkara yang diperlukan oleh isteri dan keluarganya.
Itulah kenapa ada lelaki yang boleh kena tekanan jiwa bila mereka dah tak mampu nak jadi Provider pada ahli keluarga sebab di situ fungsi utama depa.
Provider ni paling lemah kalau kita puji pencapaian dan kemampuan mereka contohnya :
“Abang, sayang rasa beruntung sangat dapat suami yang rajin macam abang “
“Abang, terima kasih tau bagi duit belanja bulan ni. Saya nampak betapa rajinnya abang bekerja siang malam untuk kami anak beranak “
“Abang tahu tak apa beza abang dengan Jutawan? Jutawan rajin rajin kerja pun dapat duit je tapi abang rajin rajin kerja dapat saya. Kikiki “
Lepas pakai ayat penunduk macam ni jangan pelik kalau tiba-tiba suami minta nak topup akaun Shopee isteri semua ataupun tiba-tiba je ajak masuk kedai emas. Paling tidak pun bagi duit suruh belanja kedai Eco.
Sebab apa? Sebab tangki emosi Provider ni mudah penuh kalau dipuji usaha dan kemampuan mereka. Masa tu mereka akan lemas dengan pujian dan pada masa tu juga lah mereka jadi paling lemah, nak minta apa pun mintalah, mereka akan angguk je.
Tapi apa pun, jangan salahguna ilmu ni tau. Sekali sekala time gaji tu bolehlah.
Mingguan Wanita : Isteri kena tahu ilmu penunduk suami. Ada masanya nak minta apa-apa pun tengok keadaan suami. Silap percaturan, yang murah pun belum tentu dapat. Tapi kalau betul caranya, tak minta pun boleh dapat. Hihhihi.
Selama ini siang dan malam, isterilah siang dan malam uruskan anak. Tak berkira sebab anak memang sudah menjadi amanah pada dia. Lepas anak dah besar sikit, lahir pula yang kedua dan ketiga. Rutin menjaga anak kecil berulang dari anak pertama hingga ketiga.
Isteri sebenarnya tak meminta pun dipuji melangit tetapi jangan sesekali suami menyalahkan isteri lebihkan anak. Kemudian mencari pengganti disebabkan isteri sibuk dengan anak. Jika diberi pilihan, dia sendiri mahu lebihkan semua orang, tetapi ianya di luar kemampuan.
“Saya ada orang lain sebab awak asyik sibuk dengan anak!”
Sedia atau tidak, bila anda sebagai seorang lelaki berkahwin, anda pasti akan dikurniakan zuriat… Apa yang perlu anda tahu bila sudah dapat zuriat?
Anak yang baru lahir tidak mampu menguruskan dirinya sendiri… Anak yang baru lahir tidak mampu untuk makan dengan sendirinya… Anak yang baru lahir perlukan bantuan orang lain untuk buat sesuatu bagi pihak dirinya…
Dari dia kecil, sehinggalah dia dapat menguruskan diri sendiri dengan sebaiknya… Mungkin ketika 4 tahun, mungkin 5 tahun dan sepanjang tempoh tersebut, anda perlu menyibukkan diri untuk bersama isteri menguruskan dan membesarkan anak anda…
Anak adalah tanggungjawab bersama…
Jika ketika ini pun anda masih nak disuap makan oleh isteri, jika ketika ini pun anda masih nak tangan anda dibasuh isteri, jika ketika ini pun tuntutan anda sebagai suami masih sama ketika seperti tiada anak, maka anda hanya tahu untuk buat anak…
Alasan isteri sibuk dengan anak sehingga anda ada masa untuk cari lain, ada orang lain dan berlaku curang menunjukkan ANDA TIDAK BERSAMA ISTERI dalam menguruskan dan membesarkan anak anda…
Sekiranya anda terlibat secara langsung dalam proses ini, ketahuilah yang sebenarnya anda TIDAK ADA MASA untuk berkenalan dengan orang lain atau curang…
Anda terpaksa bangun pukul 3 pagi untuk bancuh susu, anda terpaksa tukar lampin pada bila-bila masa, anda terpaksa fokus kepada apa yang dibuatnya dan ini akan menjadikan anda letih sehingga tak ada dalam fikiran anda tentang ISTERI SIBUK dengan anak sehingga anda rasa terabai…
Tiada pengabaian jika anda faham yang isteri perlu beri perhatian kepada kehadiran ahli keluarga yang baru… Kegagalan untuk memahami dan meletakkan perkara ini sebagai alasan untuk mempunyai orang lain di belakang isteri menandakan anda bukan seorang yang cerdik…
MW: Melihat anak sihat, makan minum terjaga dan rumah berkemas adalah perkara-perkara membahagiakan seorang isteri. Naluri seorang ibu dia akan lebihkan anak bukan kerana tidak sayangkan suami tetapi anak yang masih kecil perlukan perhatian.
Oleh itu, suami fahamilah keadaan isteri dan jangan pula sibuk mencari pengganti. Sebaiknya sibukkan diri membantu isteri menguruskan anak, barulah tiada masa terfikir untuk curang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Orang yang berhati busuk tak mustahil akan melakukan perlakuan buruk, sihir cinta. Dalam al-Quran juga tercatat tentang sihir. Bermakna aktiviti ini memang wujud di tengah-tengah manusia dari dulu lagi. Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj menerima kiriman e-mel dari seorang isteri.
Tentang suaminya yang disihir cinta selepas sehari diijab kabul. Demi sayang wanita ini terus setia sampai 13 tahun lamanya. Sampailah akhirnya ini yang isteri itu alami.
Kisah Dari E-mel Isteri Yang Menderita Akibat Sihir Cinta
Saya amat tertekan sekarang. Tolong saya! Masalah saya adalah suami saya yang tidak mempunyai perasaan. Saya sudah berkahwin 13 tahun dengannya. Sebelum berkahwin dia amat penyayang dan romantik.
Selepas berkahwin keesokan harinya, dia terus berubah sama sekali. Saya masih mampu bertahan sampai sekarang demi anak dan juga famili. Mereka semuanya baik.
Saya tak tahan dengan sikapnya yang tak pernah ambil tahu perasaan saya atau apa saya buat.Saya tak boleh menyentuhnya sama sekali. Saya juga tak boleh berbual dengannya seperti pasangan lain.
Dia pernah menghalau saya jika saya sentuh atau cuba bermanja dengannya. Jika saya berbual dengannya dia akan suruh saya diam dengan nada menengking. Apa salah saya.
Saya pernah minta dia melepaskan tapi dia enggan. Saya mempunyai tiga orang anak dengannya. Seks juga mengikut kemahuannya. Saya tak boleh mendekati suami dan hanya dia yang boleh mendekati saya.
Saya amat sedih melihat orang lain bahagia dan mesra dengan suami. Tapi sayatak begitu. Saya selalu membawa diri bagi menenangkan hati. Pernah saya bertanyakan tidakkah dia mencintai dan menyayangi saya. Sebaliknya, saya yang dimarahi.
Katanya saya gila. Bukankah kita sudah berkahwin, kenapa nak tanya semua itu?
Saya bekerja, tapi suami cuma duduk di rumah. Masanya dihabiskan di meja komputer dan bermain piano. Sekarang saya nak tahu, saya gila atau dia yang gila? Sampai bila saya nak memendam rasa.
Tanda-tanda Gangguan Sihir Panggilan
1. Selalu alami mimpi ngeri
2. Bermimpi mendengar orang memanggil nama
3. Selalu was-was, selalu syak wasangka pada teman atau orang yang mencintainya termasuk isteri atau suami
4. Mimpi jatuh dari tempat tinggi
5. Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya
Nasihat Untuk Mereka Yang Alami Gangguan Sihir
Bawalah suami berubat kerana agak mustahil kasih sayang boleh berubah selepas sehari disahkan menjadi pasangan suami isteri.
Biasakanlah diri mengamalkan bacaan surah al-Falaq
Sumber: Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...