peranakan jatuh

Banyak punca sebenarnya boleh sebabkan peranakan wanita jatuh/terkeluar atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami alami ‘tombong’. Selain kerap mengandung dan bersalin, rupanya wanita yang memiliki berat badan berlebihan atau obesiti juga boleh menyebabkan peranakan jatuh.

Memang bimbang bila peranakan jatuh. Kesannya pada wanita boleh menjejaskan kesihatan dan kehidupan seharian. Antaranya gangguan pembuangan air kencing, gangguan hubungan kelamin, sakit pinggang, gangguan kesihatan dan membuatkan rasa tidak selesa.

Jom tambah ilmu kesihatan, jemput baca perkongsian oleh Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak mengenai punca-punca yang boleh sebabkan peranakan jatuh.

Peranakan Jatuh / Tombong

Peranakan jatuh atau urogenital prolapse adalah keadaan di mana rahim dan organ terdekat dengan rahim seperti pundi kencing, usus dan rektum ( tempat simpanan tahi sebelum dikeluarkan ) turun ataupun tersasar dari tempat asalnya, atau biasa orang panggil ‘peranakan jatuh’.

Kedudukan rahim ni berdekatan dengan pundi kencing, rektum dan usus dan bersambung antara satu sama lain. Maka jika rahim tu ‘jatuh’ atau turun ke bawah, rahim ini akan menarik turun organ-organ yang telah dinyatakan. Peranakan tu orang ingat rahim sahaja, tapi saya lebih suka anggap peranakan tu rahim dan apa-apa organ yang berdekatan dengan rahim ( pelvic organs )

9% wanita akan mengalami simptom-simptom peranakan jatuh ni. Dan secara kesuluruhan, wanita yang akan melalui pembedahan untuk membetulkan peranakan yang jatuh dalam 11-19% dalam hidupnya.

Rupanya Obesiti Antara 7 Punca Boleh Sebabkan Peranakan Jatuh, Ini Penjelasan Doktor

 

IKLAN

Apa yang sebabkan peranakan jatuh?

1. UMUR

Peluang untuk dapat peranakkan jatuh berganda dengan bertambahnya 10 tahun umur. Contoh – Mak esah punya peluang untuk dapat peranakan jatuh pada umur 50 tahun lebih kurang 2%. Bila umur beliau dah jadi 60 tahun , peluang meningkat menjadi 4%. Kalau umur beliau lanjut menjadi 70 tahun peluang menjadi 8%. Begitulah seterusnya. Ini contoh sahaja, bukan bermakna umur 50 tahun risiko dapat peranakan jatuh adalah 2%. Saya bagi analogi je supaya mudah faham. Kenapa ada kaitan dengan umur? Otot bernama Levator ani mengalami pengerasan dan seterusnya kurang anjal. Walaupun mak esah tak pernah beranak sekalipun, peluang nye tetap berganda bila umurnya meningkat. Kalau beranak banyak lagi lah kan?

2. MENGANDUNG & BERSALIN

Mengandung seterusnya bersalin meningkatkan peluang untuk mendapat peranakan jatuh. Lagi banyak beranak, lagi senang kena. Orang tak pernah beranak pun tak terlepas ye. Kebanyakkan wanita yang sudah beranak lebih kurang 50% akan mendapat peranakan jatuh. Yang tak pernah beranak dalam 2% ( sikit tapi tak bermakna takda dapat langsung ). Sekali lagi proses melahirkan tu menyebabkan otot levator ani mengeras dan menjadi kurang anjal. Ada kajian yg cakap ada kaitan kerosakkan saraf pudendal masa bersalin – masa faraj kembang di saat kepala bayi nak keluar.

Jangan lupa koyakkan masa bersalin tak kisah la sikit ke banyak ke ataupun guntinga episiotomi turut menyumbang kepada kejadian peranakan jatuh.

Bila dah cerita mcm ni, ramai plak takut nak beranak normal sebab risiko di kemudian harinya dapat peranakan jatuh. Berpusu-pusu pula orang mintak beranak secara C-section pula kan? Ni nak bagitahu, utk mengelakkan 1 masalah peranakan jatuh, 7 orang wanita perlu menjalani C-section dan perkadaran ini adalah tak berbaloi dan tak signifikan. Yelah operation C-section bukan macam picit jerawat kat muka, pelbagai komplikasi yang tak diingini boleh berlaku. Maka sebab tu saya cakap tak berbaloi untuk mintak c-section dengan pemikiran untuk mengelakkan peranakan jatuh pada masa hadapan. Pikir betul betul. Kalau ada sebab utk C-section yang mana doktor fikirkan perlu, tu dah lain cerita.

3. OBESITI

Lagi obes seseorang wanita tu, lagi tinggi peluang untuk dapat peranakan jatuh. Ada kaitan dengan tekanan yang tinggi di dalam perut sekaligus menekan organ-organ peranakan ni turun. Ha ape lagi? Kuruskan badan !

IKLAN

4. MEROKOK

Baguihla gomen dah kuatkuasakan larangan merokok kat premis awam. Tu pun masih ada yang degil merokok sana sini. Merokok akan sebabkan wanita tu batuk-batuk lama seterusnya tekanan dalam abdomen naik lama kelamaan akan menekan organ peranakan supaya turun. Dahla merokok, pastu berat badan pula berlebihan, lagi lah senang peranakan jatuh.

Rupanya Obesiti Antara 7 Punca Boleh Sebabkan Peranakan Jatuh, Ini Penjelasan Doktor

5. PEKERJAAN

Pekerjaan yang melibatkan sesorang tu kena angkat benda-benda berat teramat untuk suatu jangka masa yang lama akan menyebabkan peranakan jatuh. Kalau sehari dua angkat berat takda isu.

6. SEMBELIT

Untuk mereka yang ada masalah sembelit untuk suatu jangka masa yang panjang, kena meneran teruk semasa berak berpotensi dapat peranakan jatuh.

7. KELUARGA DENGAN PERANAKAN JATUH

Risiko untuk menjalani pembedahan untuk membetulkan peranakan jatuh meningkat jika mak, kakak atau adik beradik ada juga masalah peranakan jatuh

IKLAN

Rawatan untuk masalah peranakan jatuh bergantung betapa teruknya keadaan, kesesuaian pembedahan dan ape yg pesakit mahu. Ada yang sesuai pakai gelang ( Ring pessary ). Ada yang perlu operation untuk betulkan kedudukan pernakakan, ada yg perlukan rahim dibuang ada yang tak perlu apa-apa. Again, bergantung kepada permasalahan pesakit.

Dah baca kan? Ada saya cakap bersenam pegi workout atau gym atau pergi marathon, jalan terkengkang kengkang atau tak makan jamu atau tak berurut tak bersengkak tak makan produk suplemen menyebabkan peranakan jatuh ? ?

JANGAN MENGARUT ler

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

MW: Jadi buat para wanita, mohon ambil berat 7 punca ini yang boleh menyebabkan peranakan jatuh. Semoga menjaga kesihatan diri baik luaran mahupun dalaman. Jika ada sebarang masalah kesihatan, segeralah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan awal.

Sumber: Dr Muhammad Izzat

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI