Rupanya masih hidup, pelakon veteran Bollywood dikatakan meninggal dunia akibat dibunuh anak sendiri. Sebelum ini dunia digemparkan apabila Veena Kapoor didakwa telah dibunuh anaknya sendiri.
Veena Kapoor didakwa telah dibunuh oleh anak lelakinya sendiri dalam satu pergaduhan akibat harta.
Selepas membunuh ibunya, mayat Veena dibuang oleh suspek ke dalam sungai berhampiran Matheran di daerah Raigad, Mumbai.
Malah pelakon itu juga dilapor dipukul dengan teruk menggunakan kayu besbol selepas bergaduh dengan anak lelakinya yang sebelum ini menetap di Amerika Syarikat (AS).
Rupanya Masih Hidup
Pelakon veteran wanita itu tampil menafikan berita tersebut. Rupanya dia masih hidup dan mangsa yang dilaporkan mati dibunuh itu adalah individu berbeza meskipun memiliki nama sama.
Pelakon itu juga telah tampil membuat laporan polis bersama anak lelakinya, sekali gus menghentikan berita palsu yang mengejutkan dunia hiburan Bollywood itu.
“Ini berita palsu. Saya Veena Kapoor masih hidup dan berada dalam keadaan baik, belum mati.
“Jangan percaya khabar angin. Memang ada wanita yang mati dibunuh dan memiliki nama sama dengan saya, tetapi itu bukan saya.
“Saya tinggal di Goregaon, wanita yang dibunuh itu menetap di Juhu,” kongsinya seperti mana dilaporkan portal Hindustan Times.
Ads
Dihujani Panggilan Telefon
Sejak berita kematian palsu Veena Kapoor tersebar, dia dan keluarga dihujani panggilan telefon sehingga emosinya terganggu dan tidak dapat fokus kepada kerja yang dilakukan.
“Saya sakit kepala kerana terpaksa melayan panggilan yang tanpa henti kerana berita ini dan ia juga menganggu kesihatan saya,” sambungnya.
5 ustaz datang membantu, kehilangan pelajar UniKL di Pulau Mawar tidak temui sebarang jejak. Puluhan anggota keselamatan dan orang ramai turut membantu dalam pencarian seorang pelajar universiti swasta, Muhamad Akmal Hakimi namun menemui jalan buntu.
Sejak semalam operasi sudah ditamatkan berikutan tiada sebarang jejak ditemui. Namun ahli keluarga mangsa, masih mengharapkan keajaiban terjadi di mana anaknya itu ditemui selamat dan kembali ke pangkuan keluarga.
Memetik laporan Harian Metro, bapa mangsa, Ishak Kamis berkata mereka sekeluarga mengharapkan keajaiban dan anaknya itu ditemui selamat walau pun usaha mencarinya ditamatkan semalam.
Ishak berkata, sejak kehilangan Akmal pada 3 Februari lalu di mana anaknya itu keluar mendaki seorang diri, keluarganya sentiasa berdoa dan tidak berputus-asa untuk terus mengesan Muhamad Akmal meskipun operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan.
Menurutnya, keluarga reda apabila dimaklumkan SAR selama enam hari itu dihentikan selepas tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif.
Keluarga mengharapkan anak mereka ditemui semulaHampir seminggu hilang, jejak Akmal masih menjadi tanda tanya. Mungkinkah ada kaitan dengan perkara misteri seperti bunian kerana penduduk asal di situ mendakwa pulau ini dikaitkan dengan Si Bongkok Tanjung Puteri
Katanya, dia bersama anak sulung, Mohd Mirza Khusairi, 25, juga tidak ketinggalan bagi menyertai operasi SAR bersama anggota penyelamat daripada pelbagai agensi dan malim gunung.
“Mereka sudah menjalankan tugas dan saya difahamkan operasi mencari sudah dilakukan di seluruh pulau termasuk kawasan perairan, namun tiada sebarang kesan ditemukan.
“Saya sekeluarga bersedia menerima apa jua yang berlaku selepas SAR ditamatkan namun kami tidak akan berputus asa berdoa anak pulang ke pangkuan keluarga,” katanya ketika dihubungi.
Usaha pencarian dilakukan orang ramai termasuk pasukan keselamatan di Pulau Mawar ini
Kehilangan Pelajar UniKL Di Pulau Mawar Tidak Temui Sebarang Jejak
Ishak berkata, sebagai langkah alternatif, dia sekeluarga akan meneruskan ikhtiar pencarian menerusi perubatan Islam.
“Saya akan teruskan pencarian dengan memanggil ustaz dan mereka yang mahir dalam perubatan Islam ini.
“Sejak dia hilang, sudah lima ustaz termasuk dari Kuala Lumpur tampil membantu menjejak anak saya itu.
“Saya mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang mahu membantu menjejak Akmal,” katanya.
Semalam, Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah menyatakan SAR dimulakan sejak 3 Februari lalu ditamatkan selepas enam hari.
Bapa mangsa membuat laporan polis berkaitan kehilangan Muhamad Akmal di Balai Polis Kluang awal pagi Jumaat lalu selepas pemuda itu tidak pulang ke rumahnya di Taman Makmur, Kluang sejak 1 Februari lalu.
Polis kemudiannya menerima laporan berkaitan penemuan motosikal dipercayai milik mangsa dalam keadaan baik dan tidak berkunci di kawasan berhampiran Pulau Mawar kira-kira 11.30 pagi pada 3 Februari lalu dan melancarkan SAR jam 5 petang pada hari sama.
Operasi SAR membabitkan anggota dari polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Daerah Mersing, malim gunung dan penduduk.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selama ini macam mana cara kita peram buah. Simpan buah dalam guni, bungkus surat khabar atau letak saja dekat dapur sampai buah muda berubah warna dan tunjukkan tanda dah masak. Rupanya ada cara tepat macam mana nak peram buah bagi masak dengan elok.
Buah yang masak biasanya kita simpan dalam peti sejuk. Letak sekali dengan sayur-sayuran dalam satu bahagian rak peti. Rupanya cara ini salah ya puan-puan. Buah akan sebabkan sayur cepat rosak.
Fahamkan alasannya dan cara betul peram buah ini dikongsikan oleh Tuan Ashraf Shuib, penulis buku Jimat Dari Dapur dan usahawan pertanian, Abi Melon. Semoga selepas ini hasil buah yang diperam cantik kejadiannya.
“Saya suka makan buah-buahan tempatan. Kalau ke kedai buah, bukan semua buah yang dijual sedia untuk dimakan. Ada yang kena peram dulu.
“Kalau ada pilihan, saya akan beli sedikit buah yang masak dan sedikit buah yang belum masak. Makan buah yang masak dulu, dan peram buah yang belum masak.
“Jadi buah yang dibeli boleh dimakan dalam beberapa hari dan tak rosak.
“Dalam proses untuk masak, buah-buahan akan keluarkan gas ethylene. Lagi banyak gas yang dihasilkan oleh sesuatu buah, lebih cepat buah tu akan masak.
“Biasanya buah yang kena peram dulu adalah pisang, mangga, betik, ciku, avocado, kiwi dan nanas.”
3 Cara Peram Buah
Cara 1
Masukkan buah yang ingin diperam dalam beg kertas dan diletakkan bersama dengan sebiji pisang yang dah masak. Kemudian tutup beg kertas. Jika tiada beg kertas, boleh gunakan kotak. Jangan letakkan dalam beg plastik.
Periksa buah yang diperam tu setiap hari untuk elakkan terlebih masak.
Pisang masak cepat ranum kerana banyak keluarkan gas ethylene. Jadi, bila diletakkan bersama buah yang belum masak, buah tersebut akan cepat masak.
Selain pisang, boleh juga digantikan dengan epal kerana epal juga keluarkan gas ethylene yang banyak.
Cara 2
Basuh buah yang ingin diperam. Keringkan buah. Boleh lap dengan kain bersih atau tisu. Kemudian tanam keseluruhan buah di dalam beras. Periksa buah setiap hari.
Jangan lupa tengok dalam beras, nanti buah masak ranum, beras pula akan rosak.
Cara 3
Letak calsium carbide (kabat) atas kertas surat khabar. Renjiskan kabat dengan sedikit air. Bungkus calsium carbide dengan surat khabar. Apabila calsium carbide terkena air, ia akan membebaskan gas acetylene. Gas acetylene juga berfungsi seperti gas ethylene, mempercepatkan proses buah masak.
(*Calsium Carbide mengandungi arsenic dan phosphorus, yang dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan).
Tips
Peram dulu buah dan hanya letakkan buah yang sudah masak ke dalam peti sejuk. Suhu sejuk akan melambatkan pengeluaran gas ethylene dan buatkan buah masak tersebut tahan lama.
Asingkan sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum diletakkan di dalam peti sejuk.
Buah yang diletakkan di dalam peti sejuk masih lagi akan keluarkan gas ethylene dan akan menyebabkan sayur lebih cepat rosak.
Lumrah dalam perkahwinan, pastinya ada dilambung badai apatah lagi usia perkahwinan yang masih muda. Tidak ada angin dan ribut, pelakon dan pengacara terkenal, Zulin Aziz mengejutkan peminat dan pengikutnya di akaun Instagram dengan berkongsi hantaran mengenai status rumah tangganya.
Dalam hantaran yang dikongsikan Zulin memberi bayangan rumah tangganya dengan Farhan Norzaini yang berusia 14 bulan seperti tidak dapat dipertahankan lagi.
Bersama sekeping foto pernikan mereka pada 20 Februari 2022 itu, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz turut menulis kapsyen yang mencetus tanda tanya ramai.
“Mungkin sampai sini saja kisah kami. Tiada persefahaman.
“Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang. InshaAllah,masa merawat semuanya.”
Nafi Untuk Content, Marketing, Prank
Dalam pada masa yang sama, Zulin juga menafikan yang tiada persefahaman dengan suami dan hantaran yang dikongsikan tersebut hanya sekadar content, marketing dan prank. Bagi pengacara ini perkara ini bukan mainan dan hanya orang gila sahaja yang melakukan sedemikian. Zulin juga menafikan ia gimik untuk tujuan pelancaran lagu mahupun produk.
Peminat Terkejut Perkongsian Zulin
Rata-rata pengikut Zulin terkejut dengan hantaran yang dibuat artis berkenaan.
Sebilangan besar daripada yang memberi komen mengharapkan perkara itu tidak benar dan mereka mendoakan yang terbaik buat rumah tangga Zulin dan Farhan.
Zulin, 34, dan Farhan, 36, disatukan sebagai suami isteri pada 20 Februari 2022 di Masjid Negara.
Pernikahan mereka berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).
Mingguan Wanita: Apa juga yang berlaku semoga dimudahkan segala urusan buat Zulin Aziz dan suami.Semoga dapat menyelasaikan segala pertelingkahan dengan baik, sekaligus mempertahankan perkahwinan yang baru dibina.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.