Keunikan masakan Minang atau Padang adalah terletak pada cara hidangannya. Kebiasaannya masakan tradisional masyarakat Minang adalah dihidangkan dengan pilihan lebih 10 jenis lauk walaupun yang memakannya seorang saja.

Padang-on-Wheels antara barisan restoran yang mengangkat masakan Minang atau Padang sebagai menu utama. Restoran ini diusahakan oleh dua adik-beradik iaitu Abjda Zulkifli, dan Sukinah dan memilih masakan Padanf kerana nenek mereka berasal dari Padang Sumatera.

“Nenek kami memang berasal dari sana dan datang merantau di Malaysia. Masakan-masakan yang ditawarkan di restoran adalah merupakan makanan harian di rumah kami. Selalu menikmati hidangan sebegini membuatkan saya terfikir untuk sajikan makanan di restoran.

“Keunikan masakan Padang adalah daripada seekor lembu itu, segalanya akan dimasak dengan cara yang berbeza. Dalam erti kata lain, seekor lembu itu dimasak sepenuhnya seperti ada tulang, urat, otak dan daging.

“Selain itu sambal merah dan hijau juga turut menjadi kegemaran pelanggan di restoran kami. Sambal merah sebenarnya lebih pedas dan ia mempunyai aroma tersendiri daripada sambal hijau,”ungkap Abjda Zulkifli.

Rupanya Keunikan Masakan Minang Terletak Pada Penggunaan Bahan Asli & Berkualiti

Sambalnya Mesti Pedas

Manakala tambah Sukinah, sambal berlado adalah bahagain utama dalam masakan Minang. Paling penting sambalnya pedas dan juga tidak manis. Selain itu bahan yang digunakan juga pelbagai dan asli kerana menggunakan lengkuas, serai, santan yang pekat serta berkualiti.

Sebenarnya di Padang-on-Wheel, kebanyakan masakan Minang yang di sajikan telah dimalaysiakan. Sebenarnya setiap resipi adalah resipi olahan daripada ibu dan nenek dua beradik ini.

Bagi yang ketinggalan menonton MWTalkshow tengahari tadi, ikuti siaran ulangan malam nanti pada jam 8 malam nanti di Astro 105 dan Prima HD 121 bagi mengupas tajuk Keunikan Minang.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI