Cerita pengembara 9 hari makan telur rebus selepas kemalangan di Kemboja, Mingguan Wanita paparkan tak lama dulu. Rupanya ada cerita di sebalik cerita akan kembaranya ini.
Lelaki ini cuma menunggang motosikal jelajah negeri dan negara secara solo. Cuma kembaranya itu banyak dilakukan di luar dari Malaysia.
Bila bermotosikal secara solo, banyak cabaran yang perlu dilalui. Kadangkala kejadian tidak terjangkau terjadi.
Sebab itu, fizikal dan mental perlu kuat.
Ketika misinya mahu jelajah Vietnam, Laos dan Kemboja inilah kejadian kemalangan menimpanya di bumi Kemboja.
Sejarah Mohamad Dan Kembara Bermotor, Di Sinilah Mulanya..
Minat kembara bermotor ini bermula sejak zaman remaja lagi. Sayangnya, ia terpendam begitu saja. Kalau ada pun lebih pada melancong.
Sehinggalah bulan November 2017, selepas dia pulang bercuti dari Korea, kawannya meminta untuk temankan ke Ho Chi Minh, Vietnam selama empat hari.
“Apabila di sana, teman saya tadi tidak dapat pulang. Pada masa itulah, saya mula berfikir untuk kembara sambil menaiki motosikal. Saya gabungkan minat kembara dengan menaiki motosikal.
“Di sana, saya mencari sesiapa yang menjual motosikal dan kebetulan, pelancong Sepanyol sanggup menjual motsikal jemana Honda Vin dengan harga USD200.
“Bayangkan dari Ho Chi Minh dengan jarak 834 km, saya menaiki motosikal untuk pulang ke Malaysia. Sepatutnya, saya boleh sampai ke Malaysia hanya dua hari.”
“Tapi saya ambil masa 5 hari semata-mata nak menikmati keindahan pemandangan dan keramahan penduduk tempatan.”
Itu cerita bermulanya kembara. Setakat ini, Mohamad telah bermotosikal ke Indichina selama 5 setengah bulan, Korea, Australia dan terbaru dia berbasikal dan bermotor ke Himalaya India.
Ads
“Biasanya, saya lebih suka kembara dengan basikal atau bermotor secara solo kerana ia lebih memberi kepuasan. Jika saya kembara ke mana-mana negara, jangka masa itu ikut visa. Kadang sebulan ada sampai tiga bulan.”
Ini Cerita Sebenar Di Sebalik 9 Hari Makan Telur Rebus Di Kemboja
Menyingkap tentang kemalangan yang dialaminya. Mohamad menerangkan kejadian itu berlaku selepas 10 hari dia memasuki Kemboja dari Vietnam.
Ia berlaku tiba-tiba apabila sebuah kereta memotong laju dan menekan brek secara tiba-tiba sehingga dia melambung ke atas kereta.
“Saya terbaring di atas jalan dan pemandu itu terus meluncur laju. Apa yang saya takutkan bimbang kereta itu akan ‘gostan’ dan melanggar saya kerana di sana, apabila kemalangan berlaku, mereka ingin mangsa mati untuk memudahkan kes dan membayar pampasan.
“Syukur saya selamat dan saya dibantu oleh orang yang melalui jalan itu. Mereka menelefon polis dan berehat seketika.
“Kebetulan, dalam beberapa meter ada sebuah kedai. Jadi di situlah saya berehat sebelum ke hospital,” katanya menceritakan saat kejadian itu.
Rupa-rupanya, Mohamad di hantar ke klinik dan dia hanya meminta ubat tahan sakit. Disebabkan tak tahan dengan kesakitan yang dialami, dia meminta dihantarkan ke hospital memandangkan pengelangan tangannya patah.
Ads
“Jarak tempat saya ke hospital itu sejauh 60-80 km. Mujurlah ada van pelancong yang bawa saya ke hospital. Inilah hospital yang paling dekat,” katanya yang memerlukan masa selama sebulan untuk sembuh.
Sebenarnya, dia boleh saja minta dihantarkan ke hospital Phnom Penh yang fasilitinya lebih baik. Lagipun dia ada insurans perjalanan.
Sebab nak merasa cara rakyat marhaen, dia memilih hospital di Kemboja.
“Kalau hendak ceritakan tentang keadaan hospital itu, segalanya sangat daif terutamanya kelengkapan yang disediakan. Saat itu, barulah kita rasa bersyukur kerana kelengkapan hospital di Malaysia jauh lebih baik daripada sini.”
Layanan Baik, Sayangnya Susah Cari Makanan Halal
Sepanjang berada di hospital itu, Mohamad diberi layanan yang baik cuma kekurangannya susah nak dapatkan makanan halal.
“Pihak hospital ada kantin yang menjual makanan dan sukarelawan bekalkan makanan percuma setiap hari tetapi status halal amat diragui. Jadi, saya lebih rela membeli makanan di luar pagar hospital yang berdekatan.
“Setiap hari saya akan meminta tuan kedai rebuskan telur untuk alas perut saya pada hari itu.” Nanti dia akan menuturkan bahasa Cambodia dengan peniaga di sana.
Ads
“Alhamdullilah, saya boleh berbahasa Cambodia, walaupun tidak berapa fasih. Cukup untuk mereka memahami,” katanya yang belajar dengan kawan-kawan Cambodia semasa di Malaysia.
Bila dah fasih berbahasa mudahlah untuk Mohamad memahami apa yang berlaku di hospital itu.
“Yang sedih, apabila sesetengah kes yang tiada kelengkapan yang mencukupi, mereka akan hantar pesakit ke hospital Phnom Penh.
“Cuma bila mereka daripada keluarga miskin dan tidak berkemampuan menampung kos rawatan, jalan terbaik untuk mereka adalah bawa pesakit keluar daripada hospital dan berubat cara kampung.”
Macam dirinya, terpaksa membuat keputusan tak meneruskan rawatan di hospital itu kerana bahagian paha yang semakin sakit.
“Saya kira perlu rawatan urutan tradisional. Mungkin hentakan yang kuat semasa kemalangan sebabkan sakit tak mahu kebah.”
“Kebetulan ada tukang urut lawat pesakit di situ, saya pun ambil keputusan tinggal di kampung dan berurut di sana. Sampai saya betul-betul sembuh.”
Keluarga Pun Tak Tahu Mohamad Kemalangan Di Luar Negara
Sepanjang tempoh rawatan pemulihan, Mohamad langsung tidak memberitahu keluarga di Malaysia. Ini kerana tidak mahu keluarga bimbang.
“Bila dah pulih sepenuhnya, baru saya cerita. Lepas pulih itu pun saya tak terus balik Malaysia, tapi terus ke Indochina.
“Kalau saya balik Malaysia waktu itu, belum tentu dapat kembara dalam masa terdekat. Tentu-emak saya larang kembara buat sementera waktu,” selorohnya yang tak kenal erti serik.
Hari Raya Aidiladha lalu, Mohamad telah berbasikal dan bermotor selama sebulan di kawassan pergunungan Himalaya India.
Pada pertengahan bulan 12 ini, saya merancang kembara bermotor dari Malaysia, Thailand, Myanmar, Laos dan Cambodia.
Dalam misi kembaranya itu, dia cuma menaiki motosikal model Honda Vin 110cc, Royal Enfield 350 klasik dan Yamaha Sporty 100.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Jika sebelum ini, menerusi program Rancangan Makanan Tambahan (RMT), cuma anak dari keluarga perbendapatan 40 peratus terendah (B40) saja yang menikmati kemudahan ini, kini tak lagi. Kerana sarapan percuma ini diperluaskan kepada seluruh pelajar.
Tulisnya dalam facebook beliau,
BERMULA JANUARI 2020, SARAPAN PERCUMA AKAN DISEDIAKAN BUAT SEMUA ANAK-ANAK DI SEKOLAH RENDAH SELURUH NEGARA
Anak-anak kita memerlukan jadual pemakanan yang tepat dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan mereka terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat mengambil berat aspek pemakanan murid dan sentiasa menggerakkan pelbagai inisiatif penting untuk memastikan anak-anak kita perutnya sentiasa terisi dengan makanan berkhasiat.
Program Sarapan Percuma Berpandukan Menu Sihat, Dan Enak
Sehubungan itu, bermula dari Januari 2020, KPM bakal melancarkan program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara. Melalui program ini nanti, anak-anak akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma.
KPM akan terus meneroka apa sahaja ruang bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah dengan penuh kegembiraan.
Mekanisme pemberian sarapan percuma ini bagi setiap sekolah bagaimana pun belum diperjelaskan secara menyeluruh.
Semoga dengan pelaksanaan sarapan percuma ini akan membantu anak-anak untuk lebih fokus memberi tumpuan dalam setiap sesi pembelajaran di dalam kelas.
Dan tentunya pengumuman ini memberi berita gembira kepada ibu bapa malah para pelajar yang bakal menikmati kemudahan lebih baik menerusi program ini.
Anak dijangkiti Covid-19, Allah tahu sebaiknya. Begitulah luahan pelakon yang juga bergelar ibu tunggal Shakilla Khoriri apabila mengetahui anaknya Ameena Sofia dijangkiti Covid-19.
Untuk rekod Ameena merupakan anak hasil perkongsian hidup Shakilla bersama Fizi yang merupakan penyampai radio di stesen Suria FM.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018, namun mereka memilih haluan hidup masing-masing apabila mengesahkan sudah bercerai pada Disember tahun lalu.
Anak Dijangkiti Covid-19, Allah Tahu Sebaiknya
Sebelum anaknya Ameena disahkan positif Shakilla bagaikan sudah mendapat petanda awal.
Beberapa hari sebelum itu dia telah mendapat mimpi anaknya masuk hospital. Akhirnya keresahan tersebut terungkai apabila puteri kesayangan disahkan positif Covid-19.
Hati ibu itu makin tidak tenteram apabila dirinya pula negatif.
“Beberapa hari masa Ameena duduk dengan daddy dia, rasa macam ada sesuatu tak kena. Mimpi dia masuk hospital dua hari berturut-turut.
“Lepas ambil dia dari Fizi, dalam hati saya cakap anak saya tak okey.
“Dia mula muntah sejak malam tadi sampai ke pagi ini. Hati saya kuat cakap, ‘habislah anak aku kali ini’.
“Pagi ini Ameena bangun tak sempat sarapan, bawa dia ke klinik buat ujian calitan dan dapat jawapan yang buat saya betul-betul kecewa.
“Dia positif, saya negatif,” luahnya menerusi akaun rasmi Instagramnya.
Percaya Ada Hikmah
Hati ibu itu makin tidak tenteram apabila dirinya pula negatif. Saat mendapat tahu anaknya positif, Shakilla berasa kepalanya seperti dihempap batu besar.
“Dalam hati fikir macam mana saya nak ganti tempat dia. Biar saya (yang sakit).
“Tapi saya percaya. Semua ini ada hikmah.
“Minggu depan Ameena masuk tiga tahun.
“Sedang saya sibuk siapkan sambutan hari lahir dia tapi diduga dengan ujian begini.
“Allah tahu yang sebaiknya,” tulis Shakilla yang turut memohon agar mendoakan anaknya cepat sembuh.
Dibanjiri Doa Dari Rakan Artis & Peminat
Pada ruangan komen rakan artis mendoakan buat si kecil, Ameena Sofia agar cepat sembuh.
Tahniah Pandelela Rinong! Usia 28 tahun bergelar Datuk. Ratu terjun negara, Pandelela Rinong, adalah antara 17 penerima darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran ‘Datuk’ oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sempena sambutan hari jadi yang ke-85.
Tahniah Pandelela Rinong! Usia 28 Tahun Bergelar Datuk
Paling membahagiakan, atlet wanita ini beranggapan anugerah yang diberikan sebagai pembakar semangat buat diri dan inspirasi untuknya terus berjuang dalam bidang sukan terjun.
Anak kelahiran Sarawak ini merupakan atlet wanita negara pertama yang meraih pingat dalam Sukan Olimpik pada Temasya London 2012 bagi acara terjunan 10 meter platform wanita.
Malah dirinya juga pernah meraih pingat perak dalam acara 10m papan anjal seirama bergandingan dengan Cheong Jun Hoong pada Temasya Rio 2016. Manakala pada peringkat sukan SEA pula kecemerlangan Pandalela sememangnya tiada tandingan dalam acara terjun.
Janggal Bila Bergelar Datuk
Wanita ini juga berasa cukup janggal apabila bergelar ‘Datuk’. Namun Pandelela mencipta sejarah apabila muncul sebagai atlet pertama dari Sarawak yang dikurniakan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran datuk, pada usia semuda 28 tahun.
Malah Pandelela juga sangat menghargai anugerah yang diberikan dan beranggapan anugerah berkenaan merupakan sebuah memori yang terindah. Penganugerahan itu juga sebagai pembakar semangat buat diri dan inspirasi untuknya terus berjuang dalam bidang sukan terjun.
Seperti mana yang dilaporkan SinarPlus, Pandelela berkata, gelaran yang diterima memberi motivasi kepada dirinya untuk lebih bersungguh dalam membawa nama negeri dan juga negara.
Untuk rekod Pandelela juga pernah menerima pingat Ahli Mangku Negara dan Jasa Bakti Sarawak setelah mencapai kejayaan pingat perak di Sukan Olimpik Rio De Jeinero, pada 2016.
Sumber : SinarPlus
Sumber Foto : Instagram Pandelela Rinong
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kisah mengharukan tentang Dr Siti Ruqyah Adnan yang kehilangan ayahnya beberapa jam sebelum konvokesyen, namun tetap bangga menunaikan impian ayah untuk melihatnya bergelar doktor.