
Rumah pusaka yang sebelum ini buruk dan usang ‘bertukar wajah’ jadi villa homestay. Selalunya rumah pusaka sering dibiarkan tanpa diduduki sehingga habis rosak. Jangan begitu. Keluarkan sedikit modal untuk membaikpulih rumah pusaka anda menjadi sebuah kediaman yang menarik.
Melalui perkongsian Man Protool pada mata kasar rumah pusaka itu mungkin nampak seperti tiada nilai. Bagaimanapun lelaki ini berpandangan jauh. Dia sudah membayangkan ‘masa hadapan’ kediaman itu.
Jom kita lihat proses transformasi rumah papan yang sebelum ini buruk dan usang berubah wajah menjadi sebuah rumah inap atau ‘homestay.’















Sumber: Man Protool
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Lepak Saja Di Rumah, Ruang Makan Seperti Kafe Hipster Serap Aura Glam & Elegan

Musim PKP ni jadikan ruang makan anda lebih selesa. Bukan saja dapat melepak dengan keluarga tercinta malah anda juga boleh tonjolkan kreativiti anda. Seperti mana Pengasas Youme & Hunny atau lebih selesa disapa Hunny, 37 menerangkan, kediamannya mengambil inspirasi daripada gaya loft di Kota New York.
Setiap ruang mengetengahkan dekorasi unik yang bakal memberi kejutan kepada sesiapa saja yang berkunjung. Suami kesayangan Hunny, Andy Othman, selaku pemilik juga Pengarah Bawang Resources, turut mencurahkan segala idea bagi kediaman mereka berdua. Malah Andy juga berkongsi falsafah moden kontemporari yang diterjemahkan pada kediaman di Ficus Peak 8 ini.
Dari muka pintu masuk utama lagi penulis sudah buat penulis kagum. Pintu kayu besar dengan pemegang besi, sebagai permulaan gambaran cita rasa pemilik. Ia juga menjadi pengenalan awal untuk penulis terus menerokai kediaman pasangan yang memiliki dua putera comel yang diberi nama Adam dan Ayden.

Cita Rasa Golongan Muda
Melangkah masuk kediaman ini ternyata seni hiasan dalaman yang dipilih menepati cita rasa orang muda hari ini. Umpama memasuki sebuah galeri perabot, ternyata pelan terbuka yang dihiasi perabot pada setiap ruang bukan sahaja menonjolkan dekorasi moden kontemporari tetapi juga mencipta suasana mesra dan mewah di dalam kediaman ini.
Ruang terbuka tanpa halangan juga turut membenarkan konsep ini terus mengalir ke dalam ruang lain. Ini dapat dilihat dari ruang tamu, ruang makan dan dapur penuh berkarakter jelas kelihatan. Di antara ruang tamu menuju ke ruang makan di tengah-tengahnya diletakkan sebuah piano yang menyerlahkan aura moden mewah pada dekorasi.
Manakala rak terbuka yang mempamerkan aksesori perhiasan daripada pelbagai material menjadi pemisah antara ruang. Malah dapat dilihat secara keseluruhan reka bentuk dalaman dan gaya yang ditampilkan ini lebih menumpukan pada pendekatan cita rasa pemilik sendiri.

Suasana Moden
Ruang dapur ini melengkapi suasana moden di tingkat bawah. Jelas dilihat pada binaan kaunter dapur daripada perincian batu kuarza berwarna putih gading dipadankan dengan kabinet kayu bertekstur kasar yang menjelaskan rekaan moden kontemporari. Tampil kontras dengan padanan dinding hitam dan perabot rustik yang dijadikan tempat menikmati sarapan. Ini menonjolkan lagi suasana hangat pada keseluruhan ruang. Pulau dapur dan kerusi bar yang diletakkan di tengah-tengah pula menjadikan ruang lebih ini lebih praktikal.
Suasana Lebih Hangat
Berada di sini membuatkan anda berasa seperti di dalam sebuah restoran. Di sini terdapat seni chalk wall yang tertulis pelbagai menu dan dihiasi lampu neon biru. Cahaya dari lampu pendant pelbagai bentuk menjadikan suasana lebih hangat. Penggunaan rona semula jadi menyerlahkan aura glam dan elegan pada ruang ini. Manakala kehadiran meja makan daripada kepingan kayu padu perincian kasar menguatkan lagi konsep moden yang ditampilkan.

Ruang Tangga Imbau Saat-Saat Terindah
Semasa menuju ke tingkat atas satu lagi kejutan yang jarang ada di mana-mana kediaman. Di ruang tangga ini tidak dibiarkan begitu sahaja. Ruang ini menjadi tempat mengimbau saat-saat terindah Hunny dan Andy bersama keluarga kecilnya itu. Di sinilah diabadikan potret keluarga dalam palet monokrom termasuklah gambar ketika kelahiran anak keduanya.
Minat Andy pada ilustrasi turut diabadikan di sini. Ilustrasi Kota New York dan Kuala Lumpur yang dilukis pada dinding bahagian tangga ini merupakan memori catatan perjalanan hidup dan karier yang dilalui Andy selama 14 tahun tinggal di sana.

Lebih Santai
Menurut Hunny lagi pada sebelah petang kebiasaannya anak-anak akan bermain di kolam renang yang terdapat di kediaman mereka.
“Kami sekeluarga jarang bercuti. Anak-anak pula akan bermain di kolam renang pada sebelah petang. Jadi kebanyakkan waktu santai kami sekeluarga dihabiskan di rumah. Kami sekeluarga lebih selesa duduk di rumah. Anak-anak pun bebas bermain-main. Kolam renang yang direka khas oleh suami saya ini cukup unik dan sesuai dengan keluarga kami yang kecil,” ungkap Hunny menutup bicara. Bagi anda yang mahu melihat lebih banyak lagi gambar-gambar cantik di kediaman ini bolehlah dapatkan majalah Mingguan Wanita di pasaran.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Makeover Bilik Baju Jadi Ruang Menjahit, Meja Lipat Mudahkan Potong Kain

Ramai sebenarnya mak-mak di Malaysia ini yang punya hobi menjahit. Baik secara profesional mahupun suka-suka. Bila ada ruang menjahit di rumah, rasa seronok itu lain macam.
Cuma bilik mana nak diambil untuk buat ruang menjahit itu? Puan Sharubariyah Abu Bakar ini, dah bertahun-tahun tinggalkan hobi menjahit ini.
Bila tiba-tiba datang ilham itu, naklah ada ruang jahitan yang seronok untuk berlama-lama di situ. Jadi ini yang beliau makeoverkan.

Bilik Baju Bertukar Jadi Ruang Menjahit
Kata Puan Sharubariyah, “Asalnya bilik ni merupakan bilik baju.. Saya terasa nak menjahit setelah bertahun-tahun lamanya, hobi ini ditinggalkan.
Bilik diubah suai, sedikit ruang menjahit disediakan.
Memandangkan bilik ini sempit, jadi saya gunakan meja ikea boleh lipat untuk dijadikan meja memotong kain.
Tempat benang beli di Shoppe, bekas kecil-kecil beli di Eco shop dan storage box besar beli di Ikea.”
Transformasi Ruang Jahitan Idaman

Sebelum
- Tudung – dalam gulungan. Katanya, sebahagian dah diberi pada orang. Sebab nak buatkan bilik menjahit.
- Tempat gantung baju drill guna wall plug besi jenis L shape.

Selepas
- Sediakan loteng, bahagian atas stor.
- Rak benang beli di shoppe.

- Meja lipat Ikea – setakat ini, meja stabil. Tak gerak-gerak waktu kerja-kerja menyulam.

Boxes putih dan rak beli di Ikea.
- Drawer beli di Ikea
- Gunakan drawer untuk letak gunting dan kertas pola. Labelkan setiap drawer agar mudah nak cari.
- Tempat simpan barang keperluan jahitan.

- Buku-buku jahitan disusun kemas.
MW : Puas hati kan bila ada ruang menjahit tersendiri. Seronok nak buat kerja-kerja menjahit tu. Rasa bahagia pun datang. Bolehlah cuba idea bina ruang jahitan seperti yang dikongsikan di atas.
Baca sini : Tutorial lengkap jahit KURTA simple, cara paling mudah dan cepat.
Sumber/Foto : Sharubariyah Abu Bakar *Artikel diterbitkan dengan keizinan penulis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ini Senarai Pokok Indoor Mudah Jaga, Nak Biakkan Pun Senang

Teruja bila tengok rumah orang cantik betul tanam pokok indoor. Timbul pula rasa teringin nak menanam, tapi tak jumpa jenis pokok yang sesuai pula.
Bimbang dah beli punyalah mahal, tak sampai tiga hari pokok hiasan pun mati. Rugi betul. Terus minat menanam pokok indoor tak berapa nak ada. Perkongsian Azman Azmi ini bantu mak-mak pilih jenis-jenis pokok hiasan yang boleh ditanam dan dibiakkan dalam rumah.
Jenis-jenis Pokok Boleh Dijadikan Indoor
Disini saya nak share jenis-jenis pokok yang boleh dijadikan indoor.
√ Saya sejenis sukakan indoor plant yang hidup/fresh bukan tiruan/artificial/plastic kerana bagi saya pokok yang hidup ni dia boleh purified kan udara dalam rumah dan akan buat udara rumah lebih segar. Ada yang beracun and ada yang tak. Itu tuan/puan boleh google. Tapi ini cadangan dan contoh pokok yang boleh dijadikan indoor saya ambil dari Pinterest
√ Plus pokok-pokok ni senang nak dijaga and senang nak dibiakkan. Ada yang seminggu sekali je bagi air dan ada yang memerlukan cahaya matahari yang sikit. So bergantung pada cara penjagaan mana yang tuan/puan nak
√ Gambar-gambar kebelakang tu merupakan contoh susunan dan rak pokok tersebut.
√ Pokok-pokok macam ni boleh didapati di Ikea atau kebun bunga berhampiran. Macam saya rumah dekat dengan Nursery Sg Buloh. Memang kalau terasa nak memokok, saya ke situ sahaja. Beli 1 pasu, boleh dah di bahagi 4 pasu. Lagi-lagi yang melalui keratan batang dan pokok yang ada ubi.

Pokok Ini Hampir Tak Memerlukan Cahaya Matahari


Idea Susun Pokok Indoor


Sangkut Pada Besi Hiasan
Boleh cari besi tergantung tu dekat sini : Besi Rak Tergantung

Selamat Mendeko Indoor Plant semua!
MW : Mudahkan bila dah tahu jenis pokok mana sesuai bela. Tak adalah tersalah beli pokok hiasan lagi.
Sumber/Foto : Azman Azmi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!












