Rumah baru beli retak, ini cara nak tuntut rumah dibaiki kalau developer berkeras tak nak buat. Pasti kita gembira memiliki rumah baru. Dengan kos harga agak mahal, tidak semua direzekikan membeli rumah baru. Tapi bagi yang mampu memilikinya, kita pasti inginkan semuanya serba sempurna bila dapat kunci dari pemaju.
Tapi tak semua rumah yang kita beli sempurna pembuatannya. Banyak yang rosak termasuk sudah retak walau belum diduduki. Bila rumah retak kita pasti ingin pemaju membaikinya tapi tak semua dapat disempurnakan mengikut kehendak hati kita.
Kalau berhadapan dengan pemaju yang keras kepala, dah penat bertekak mengenai rumah baru rosak dan retak, buatlah cara diajar ini.Gerenti rumah korang elok selepas ini dibaiki seperti dikongsikan oleh Wa Aqilah Aqeel.
Ini caranya ya:-
Lain kali tak payah bertekak dengan Developer klu Developer berdegil tak nak repair Defect rumah kita, buat sakit anak tekak jer. Klu rumah kita masih under Defect Liability Period (DLP) lagi mudah kita nak ambil tindakan.
Klu mereka tak nak repair defect. Buat ikut step ni.
Step 1. Hantar formal letter ke developer dan cc ke peguam S&P kita. hantar guna pos berdaftar (supaya ada record)
Step 2. Tiada tindakan after 30 hari, hantar surat kedua untuk peringatan dan akan report ke Tribunal. Surat mesti cc ke peguam S&P.
Step 3. Tiada tindakan juga selepas 14 hari, bawak 2 surat ni dan pergi ke Tribunal. Tribunal memang akan memihak pada Pembeli.
Nota: –
Ads
1)Kenapa kene cc ke peguam S&P kita?
Sebab duit loan dari Bank pinjaman kita, peguam kita yang control. Kebiasaan nya peguam & bank tak kan lepas kan duit 100%, mereka hanya release 95% sahaja dan akan simpan 5% retention sum. Contractor mesti kene settlekan semua kecacatan baru boleh terima 5% retention sum after DLP.
2. Bila peguam dan bank akan release 5% retention sum?
Bank akan release retention sum after end defects liability period (DLP). DLP adalah 24 bulan.
Tapi developer pun cuba tipu saya, mengatakan DLP just 3 bulan masa ambil kunci, tapi saya pun dari industry pembinaan, so memang tahu 24 bulan. Saya pun ada rakan-rakan dalam industri ni, mudah saya nak double confirm dengan Arkitek, Quantity Surveyor dan Contractor lain
3. Apa guna Bank tahan 5% retention sum tu?
Apabila jadi klu contractor berdegil tak nak repair defect tu masa DLP period. Pemilik boleh baiki sendiri kecacatan tu dan claim balik duit repair tu dengan syarat kita dah hantar surat ke developer seperti step-step di atas. Developer pun boleh baiki dan deduct dari amount 5% retention sump.
Ads
4. Apa jadi keretakan selepas tempoh DLP
Ada sesetengah kerosakan yang cover selepas DLP period, antara nya keretakan dinding. Masih ada Warranty bangunan, ni saya tak pasti berapa lama, mungkin 50 tahun (maaf saya tak ingat)
So apa tindakan yang perlu kita lakukan. Hantar surat ke Developer, dah buat 2nd step masih takde respond dari Developer, pergi Tribunal buat report.
Kawan saya beli rumah subsale kat AntaraGhapi, rumah retak (Major), sebelum masuk rumah dia basuh lantai tapi air boleh meresap ke rumah sebelah. Report ke PKNS, mereka memang baiki, ambik masa sebulan untuk buat strengthening structure balik. Rumah tersebut ada mendapan, tu yang menyebabkan rumah tu rosak teruk.
Pengalaman saya
Pengalaman PERTAMA
Ads
Cermin di balkoni saya tiba-tiba pecah.
Saya isi form defect kat pemaju tapi alasan pemaju Cermin di balkoni tu external (luar rumah) so tu bukan under defect yang contractor perlu baiki. Pemilik kene baiki sendiri. Contractor hanya baiki dalam rumah sahaja. Kira mereka berdegil tak nak baiki cermin di balik balkoni saya. Hurm, tak perr.
Saya just buat first step. Hantar surat formal, cc ke peguam saya dan hantar by pos berdaftar. Saya pun ada hantar by hand sebab takut pos berdaftar lambat.
Tapi kalau guna pos berdaftar lagi kukuh sebagai bukti nak bawak ke mahkamah tribunal. Hari ketiga tu, wakil developer dan pihak contractor datang kerumah saya untuk periksa dan bersetuju ganti semula. Kes SELESAI. ………. Pengalaman KEDUA Leaking dalam bilik air saya betul-betul di atas mirror, menyebabkan mirror jadi tompok-tompok hitam.
Mirror tu saya built in, saya tambah selepas dapat kunci.
Saya dah check dengan rakan saya merupakan Quantity Surveyor, mirror saya rosak disebab kecacatan bangunan memang tanggung jawab contractor kene tukar baru.
Contractor tak nak layan, so saya buat sampai second step. Lepas tu contractor sendiri cari kita, mungkin disebabkan 5% retention sum tu peguam kita tahan.
So Contractor kene dapatkan release letter dari pemilik baru peguam kita lepaskan retention sum tu.
Tak sempat pun saya report ke tribunal Kes SELESAI Kredit: Wa Aqilah Aqeel
Percutian bertukar duka, kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas 16 jam bertarung nyawa. Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang sebelum ini dilaporkan lemas di kolam renang akhirnya menghembuskan nafas terakhir selepas 16 jam bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak (PICU), Hospital Melaka pada Isnin.
Percutian Bertukar Duka, Kanak-kanak Lelaki Meninggal Dunia Selepas 16 jam Bertarung Nyawa
Berita pemergian anak kecil itu dimaklumkan sendiri oleh bapanya menerusi satu video yang dimuat naik ke akaun TikTok miliknya awal pagi Isnin.
“DOAKAN CAHAYA MATA KAMI DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ORANG YANG BERIMAN… ALLAH LEBIH SAYANGKANNYA,” TULIS BELIAU DI RUANGAN KAPSYEN VIDEO TERSEBUT.
Bapa kepada kanak-kanak berkenaan turut merayu agar orang ramai mendoakan segala urusan mereka sekeluarga dipermudahkan.
Difahamkan, jenazah kanak-kanak itu akan dibawa pulang ke kediaman keluarga di Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor sebelum dikebumikan.
Sebelum itu, percutian keluarga tersebut bertukar menjadi detik menyedihkan apabila kanak-kanak terbabit ditemukan lemas di kolam renang sebuah rumah inap di kondominium Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana pada pagi Ahad.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Zahery Mohd Zailani, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 9.45 pagi. Tiga jentera termasuk van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) bersama lapan anggota segera digerakkan ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, didapati seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun telah dikeluarkan dari kolam oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Anggota bomba segera memberikan bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR),” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia selepas usaha menyelamatkannya tidak berjaya.
Watak popeye, cerita kartun yang membuatkan sesiapa tengok pasti leka. Awal-awal ‘hero’ mesti kalah, tapi bila dah diberi makan bayam, terus bertenaga demi menyelamatkan isteri tersayang dari penjahat.
Inilah watak kartun popeye yang sentiasa menghisap paip dan mempunyai tatu sauh di lengannya. Kartun ini dicipta pada tahun 1929 oleh EC Segar. Ia adalah watak pelaut dan kartun animasi yang terkenal dengan mata kanannya yang juling, lengan yang besar dan menghisap rokok paip.
Di sebalik watak popeye ini ada lelaki yang sebenarnya.
Gambar ini adalah lelaki iaiatu watak popeye yang sebenar.
.
Tak ramai yang tahu tapi Popeye ni memang berdasarkan orang yang betul-betul wujud. Inilah Frank ‘Rocky’ Fiegel yang berasal dari Poland-Amerika yang menjadi tentera laut pada tahun 1887.
Selepas Frank bersara, dia direkrut oleh pekerja Wiebusch tavern (macam kedai pub), Illinois sebagai ‘orang kuat’. Kira macam jadi bouncer dekat pub gitu.
Benda ni sebab orang selalu kenal dia sebagai jenis kuat gaduh dengan orang, dan sebelah mata dia macam jadi cacat sikit. Daripada mata cacat ni lah datangnya nama ‘Pop Eye’ (mata terkeluar). Dia juga selalu djumpai dengan rokok paip yang dia letak di tepi mulutnya, dan sebelah lagi mulut dia dia guna untuk bercakap.
Bila dia jumpa budak budak, dia suka bercerita pasal perkara yang dia buat zaman semasa zaman muda dulu, terutamanya pasal kekuatan dia. Selalu cakap benda yang buat dia jadi kuat ialah sebab dia suka makan sayur bayam.
.
Dalam kalangan kanak kanak tersebut, ada seorang budak ni bernama Ezlie Crisler Segar yang bila dia dah besar, dia cipta watak kartun Popeye, sempena lelaki ni.
Mingguan Wanita : Olive, isterinya pula tak pasti macam mana kewujudannya. Mungkin ini sekadar imaginasi untuk menarik perhatian penonton melihat kartun ini.
“Cepat-Cepat Naik Pelamin Tau, Yang Penting Anak-Anak dan Shuib Happy” netizen. Begitulah antara komen netizen menerusi foto hantaran Instagram Shuib yang tular.
Menerusi foto tersebut menampakkan pantulan imej seorang wanita yang dipercayai wanita yang pernah digosipkan dengan Shuib iaitu Watie Hanifiah pada cermin sebuah restoran mewah.
Rupa-rupanya ramai yang mengambil berat tentang jodoh Shuib dan salah seorang netizen mendoakan agar Shuib dan Watie cepat-cepat naik pelamin.
Shuib Sahkan Sedang Berkawan Dengan Watie
Tidak menafikan hal tersebut, pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib mengesahkan sedang berkawan dengan Watie Hanifiah.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, pada foto berkenaan Shuib bergambar bersama dua anaknya iaitu Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.
“Saya tidak nafikan, kami dalam fasa baru berkawan,” begitulah luahan ringkas dari Shuib.
Hantaran Shuib itu ternyata menjadi perhatian ramai sekali gus mencetuskan spekulasi mendakwa mereka sedang bercinta.
Sebelum ini, bapa kepada empat orang anak itu pernah menafikan hubungan istimewa dengan wanita itu.
Kerap Dikaitkan Dengan Beberapa Selebriti Wanita
Sejak pemergian Allahyarham Siti Sarah akibat Covid-19 pada 9 Ogos tahun lalu, Shuib kerap dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita tanah air.
Antara nama yang sering disebut ialah Siti Nordiana, Wan Sharmila dan Zara Zya.
Selain Talita dan Matin, Shuib mempunyai dua orang lagi cahaya mata Uwais Alqarni, 11, dan Ayash Affan hasil perkahwinannya dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011.
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.