Resipi Roti Gebu Paling Mudah, Uli Guna Tangan Saja, Modal Tak Sampai RM5

Share

Resipi roti, biasanya nak mudah dan cepat, mak-mak akan beli saja kat kedai. Lagipun anak-anak suka makan. Kalau tak sempat nak buat sarapan, makan roti pun dah cukup kenyang.

Sebenarnya boleh saja mak-mak buat sendiri resipi roti ini. Jangan pula fikir perlu ada mixer baru boleh buat. Boleh saja guna tangan pun, yang penting bahan-bahannya cukup.

Perongsian menarik kali ini adalah cara nak buat resipi roti dengan hanya adun guna tangan saja. Bukan setakat mudah tapi modal pun murah, tak sampai RM5 pun.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Buat Sendiri ROTI Gebu Lembut, Mudah Guna Kaedah KUKUS! 

ROTI SARDIN Rangup Tak Serap Minyak, Campur Air Panas, Sejuk & Limau Nipis!

Resipi Roti, Paling Mudah, Sedap & Gebu

Ini resipi roti gebu yang paling mudah untuk a-mak. Tak perlu nak mixer dan bahan utama pun hanya tepung dan yis saja.

  Caranya:

  1. Inilah hasilnya.

 

  1. Walaupun uli tanpa mixer dan hanya guna tangan tapi ia tetap jadi roti yang gebu dan sedap.

  1. Inilah yis yang senang mak-mak nak cari. Banyak dijual.

 

  1. Bahan utama ialah 2 sudu besar tepung yang dicampur dengan 1 cawan air.

 

  1. Sementara untuk yis pula, ½ cawan air suam dengan 2 sudu besar gula. Campur dan yis akan berbuih selepas 10 minit. Biarkan lebih kurang 10-15 minit.

  1. Selepas itu, ambil bekas dan campurkan dengan 1 kg tepung gandum. Lubangkan bahagian tengah dan letakkan satu biji telur. Masukkan 3 sudu besar marjerin, 3 sudu besar pelembut doh, sedikit garam halus, 4 sudu besar susu tepun, ½ sudu besar serbuk penaik, 5 sudu besar gula. Satukan sehingga menjadi serbuk roti.

 

  1. Masukkan 1/2 cawan air yis berbuih tadi.

  1. Masukkan 1 cawan air sejuk.

  1. Sediakan ½ cawan air lagi sekadar untuk lembutkan doh dan tidak melekat pada tangan. Siap sedia dengan 1 cawan tepung sambil uli dan tabur supaya tak melekat pada tangan.

10. Uli sehingga doh menjadi licin dan tak melekat pada tangan.

11. Masukkan ke dalam bekas yang besar dan tutup supaya ia kembang. Jangan lupa taburkan sedikit tepung.

12. Biarkan adunan tersebut dan tutup dengan tuala.

13. Selepas 40-45 minit, adunan akan naik sekali ganda.

14. Tumbuk dan buang angin pada adunan tadi.

15. Bentukkan bulat-bulat dan masukkan dalam loyang yang telah disapu minyak.

16. Sementara itu, panaskan oven 100 darjah selsius selama 30 minit. Biarkan loyang adunan roti itu terbuka.

17. Selepas itu, bakar dalam haba oven yang panas. Agak-agak bila dah penuh loyang roti itu mengembang, sapukan marjerin di atasnya.

18. Bakar pada suhu 15- darjah selsius selama 45 minit dengan api atas bawah.

 

19. Dah masak, boleh cicah dengan kopi.

 

20. Nak simpan roti lembut berhari-hari, masukkan dalam bekas tertutup.

 

Mingguan Wanita : Kalau anak suka makan roti, memangberbaloi buat sendiri kt rumah. Modal pun tak banyak.

 

Sumber: Azlina Ina Fans

Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.

Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

 

 

 

 

IKLAN