Sememangnya romantik sebelum dan selepas kahwin memang tak sama, tak perlu ikut cara orang bujang. Ikut saja romantik cara orang berkahwin.
Jika sebelum kahwin, boleh bercakap berjam-jam lamanya di telefon, mungkin setelah berkahwin, memadai hantarkan Whatapps pada isteri setiap hari.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik apa yang cuba dia sampaikan:
Romantik Sebelum & Selepas Kahwin Memang Tak Sama
Selepas kahwin, tanggungjawab makin berat, komitmen makin bertambah… Susah sudah suami isteri nak kekal “bercinta” dan “berkasih sayang” macam masa bujang dulu, masa tak kahwin lagi atau baru-baru kahwin dulu…
Sudah kahwin, anak sudah ramai, tiada masalah sebenarnya untuk kita terus pupuk dan semai perasaan cinta, kasih dan sayang kita pada pasangan…
Kita buat cara sudah berkahwinlah, tak payah ikut cara bujang… Kalau malu nak pegang tangan, jalan sebelah-sebelah pun sudah ok… Bukan tinggal satu kilometer dekat belakang…
Tak Perlu Ikut Cara Bujang
Tak akan depan anak-anak kita hendak tanya you sayang I tak, rindu I tak… Betapa dalamnya cinta you dekat I…
Kalau I jadi katak, you jadi apa dan sebagainya… Nanti anak-anak pula kata kita buang tabiat…
Masuk rumah, tanya anak-anak, mana mak (isteri kita)… Sudah jumpa isteri kita, senyum dekat dia, tanya dia macam mana hari itu, dia ok ke tidak.
Romantik Selepas Berkahwin Lain Caranya
Sembang dan berbicara dengan isteri… Sambil-sambil rehatkan badan dan berehat selepas balik kerja…
Nampak anak-anak tengah buat hal sendiri, ajak isteri tengok televisyen (tv), cari uban, urut badan, pijak belakang…
Ads
Romantik itu memang tak sama… Tapi tak akan tak boleh cari masa untuk diluang bersama? Bergurau senda, usik mengusik, berjenaka, bagi isteri ketawa semua ini adalah cara kita bercinta dengan isteri sendiri…
Bawa jalan-jalan, kemudian bawa melancong, bawa keluar makan, belanja makan sedap-sedap yang jarang dapat makan selalu…
Tiba-tiba bagi duit, selepas itu tiba-tiba ajak dia shopping, tiba-tiba hadiahkan dia apa-apa…semua ini dapat menghidupkan perasaan kita sesama suami isteri…
Tak akanlah dalam sehari, whatapps tanya isteri pun tak boleh…”Jangan buat kerja sangat, take care, rehat… Nanti abang balik, abang tolong apa yang patut… Ok yang “
Melting isteri smpai jatuh handphone dia…”Laki aku ni, kalau depan-depan, muka serius memanjang… Tapi kalau dengan mesej, bukan main lagi… Benci tau”
Tanggungjawab dan komitmen bukan penghalang untuk kita suami, isteri bercinta dan berkasih sayang… Selagi kita mampu membajai perasaan itu antara kita dan pasangan, selagi itulah rumah tangga kita akan aman dan bahagia…
Kuatnya hubungan ini adalah sebab perasaan…
MW: Carilah bahagia dalam rumah tangga, bila hidup berpasangan cari dan curilah peluang untuk diluangkan bersama.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Masa bercinta OK, tetiba dah kahwin ada suami yang saja nak halang urusan isteri dengan keluarganya. Nak balik kampung sesekali pun susah, dah kenapa?
Apa salahnya suami bagi peluang isteri bermanja dengan keluarganya, bukan orang lain pun. Bak kata saudara Firdaus Shakirin…
“Dia boleh terima keluarga kita, kenapa kita susah nak terima keluarga dia…?”
Jangan Dihalang Urusan Isteri Dengan Keluarga
Sebagai suami, ada hal yang kita perlu bertegas, ada hal yang kita perlu bertolak ansur. Semua suami nak isteri hormat dia, nak isteri taat dia… maka jadilah seorang suami yang baik.
Baik yang macam mana?
Bertolak ansur dengan urusan dunia, dan bertegas dengan urusan akhirat.
Bab aurat, bab solat, bab puasa, tatacara pemakaian diluar umah, dengan siapa dia boleh bergaul, keluar, berhubung adalah antara bab yang kita perlu bertegas. Bab hubungan dengan ibu bapa dia, itu bab dunia, maka perlu ada tolak ansur dengan isteri.
Keluarga dia, keluarga kita.
Adil lah dalam membahagikan urusan terutamanya urusan balik kampung antara kedua-duanya. Jangan melebihkan kampung kita dari kampung dia. Dia pun rindu kedua orang tuanya, namun dia terikat dengan status dia sebagai isteri kepada kita.
Tergamak Biarkan Isteri Balik Kampung Sorang?
Jika kita tak dapat teman dia balik ke kampung, maka telefon keluarganya. Cakap kita bekerja, atau balik hantar isteri, bertemu dengan mertua, cakap kat mertua, ada urusan kerja, tak dapat tinggal di sana. Jangan bagi isteri balik kampung seorang diri, nanti keluarga, adik beradiknya dan masyarakat sekeliling akan beranggapan bahawa dia ada masalah dengan suaminya, atau rumah tangga dia sedang bergolak.
Jika ibu atau ayahnya sakit, perlukan seseorang untuk menjaga, maka bagi kebenaran untuk dia jaga atau bawa orang tuanya datang ke rumah kita.
Sebab salah satu cara nak menggembirakan isteri, adalah jangan menghalang urusannya dengan keluarganya.. Bawa dia balik rumah keluarganya, bergaul dengan keluarganya, bawa keluarganya bercuti jika mampu, pandai bawa diri dalam keluarganya dan sebagainya.
Isteri pasti hormat, taat dan bahagia jika kita dapat jadi suami yang boleh bertolak ansur sampai macam tu.
Wanita buat laporan Polis bila ibu mentua antivaksin beri anak demam makan madu, nak bercerai dengan suami. Suami pun sama, anti vaksin.
Madu sangat bahaya dan tidak sesuai diberikan kepada bayi dan kanak-kanak di bawah usia setahun. Ia boleh mengakibatkan botulisme atau keracunan serius yang disebabkan oleh bakteria dikenali sebagai clostridium botulinum.
Wanita Buat Laporan Polis Bila Ibu Mentua Antivaksin Beri Anak Demam Makan Madu
American Academy of Pediatrics (AAP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan bahawa madu tidak boleh ditambah kepada makanan, air atau formula yang diberikan kepada bayi yang berusia lebih muda daripada usia 12 bulan. Secara teknikalnya, ia termasuk madu mentah mahu pun yang terkandung di dalam makanan makanan yang dipanggang atau diproses menggunakan madu.
Tular di aplikasi X tentang perkongsian daripada seorang wanita terhadap suami dan ibu mentuanya sehingga memaksa wanita itu membuat laporan polis.
Habis Bengkak Badan Bayi
Menurut luahan yang dikongsi, wanita itu berkata, suami dan ibu mentuanya antivaksin. Mereka juga menolak semua perubatan moden. Selepas bersalin, suami wanita ini menolak vaksin awal untuk bayi mereka.
“Tapi I minta misi cucukkan jugak, vaksin lain pun I ambik jugak’
Nak dijadikan cerita, anaknya yang baru berumur 6 bulan diberikan madu kerana demam oleh ibu mentuanya.
Berikutan insiden tersebut, wanita itu telah membuat laporan polis atas dakwaan pengabaian namun keduanya hanya direman 2 hari saja.
“Betul ke tindakan I? Ke I overreacted?”
Dia cakap dia tak mahu jadi antivaksin lagi, tapi ibu mentua dan family dia yang lain memang maki I panjang lebar?
Di ruangan komen luahan ini, rata-rata netizen memberikan sokongan kepada wanita tersebut dan tindakannya itu betul.
KENAPA MADU BERBAHAYA KEPADA BAYI?
Madu berkemungkinan mengandungi spora Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan yang dipanggil botulisme. Daripada 145 kes botulisme yang dilaporkan setiap tahun di Amerika Syarikat, kira-kira 94 kes (65%) adalah botulisme bayi.
Bagaimanapun pakar-pakar menganggarkan angka-angka ini daripada 250 kes setahun dengan banyak kes yang tidak dikenalpasti. Apa yang menyedihkan ialah 90% bayi yang didiagnosis dengan botulisme bayi di Amerika Syarikat adalah di bawah umur enam bulan.
Pencemaran spora Clostridium botulinum boleh terjadi apabila lebah terdedah kepada flora yang tumbuh pada tanah yang mengandungi spora / bakteria botulisme atau sarang lebah terdedah secara terus kepada spora ini.
Madu kebanyakannya dimakan dalam bentuk mentah dan biasanya tidak dipasteur atau disterilkan. Madu walau telah dipasteur boleh mengandungi spora botulism dan tidak boleh diberikan kepada bayi di bawah umur 12 bulan!
Jika bayi menelan spora Clostridium botulinum, ia akan berkembang di dalam usus mereka dan akan menghasilkan toksin. Tidak seperti orang dewasa dan kanak-kanak lebih tua, bayi boleh jatuh sakit akibat daripada toksin yang dihasilkan oleh bakteria ini.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Anak adalah pertama hati tiap ibu bapa. Kalau boleh, tiap ibu bapa inginkan anak-anak sihat sentiasa namun ada juga anak-anak yang diuji dengan pelbagai penyakit kronik.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak-anak tersayang membesar dengan sihat. Namun, ujian menimpa Norhayani bt. Nayan, 39, dan suami, Ahmad Hafiez bin Garigis, 41, apabila anak keempat mereka, telah didignos penyakit buah pinggang. Kini, pada usia lima tahun, Muhammad Hanif, perlu menjalani Dialisis Peritoneal Automatik (APD).
Anak Yang Aktif
Menurut Norhayani atau mesra dipanggil Yani, penyakit Hanif itu tidak dapat dikesan daripada awal.
“ Hanif atau mesra dipanggil Anip, seorang anak yang lasak dan aktif walau pun sejak kecil dia menghidap asma, tapi terkawal. Cuma, dalam tempoh dua ke tiga bulan sebelum disahkan sakit buah pinggang, dia kerap jatuh sakit.
“ Pada satu hari, dia demam dan saya dan suami bawa dia ke hospital Alor Gajah. Doktor ambil ujian darah dan didapati HB dia rendah iaitu 5. Doktor kemudian pindahkan Anip ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut. Di sana, sekali lagi dia menjalani ujian darah dan kali ini keputusannya lebih mengejutkan. Tarikh 28 Disember 2018, Anip disahkan menghidap penyakit buah pinggang.
“ Doktor beritahu kami, kretinen dan ureanya tinggi dan keesokan harinya Anip menjalani ujian ultrasound dan doktor sahkan dia ada masalah buah pinggang. Terdapat cyst di dalam buah pinggang kiri, iaitu polycystic left kidney. Cyst sudah penuh dalam buah pinggang kiri dia tapi buah pinggang kanan masih ok. Memandangkan Hospital Melaka tak ada pakar nefrologi kanak-kanak, doktor cadangkan Anip dihantar ke Hospital Tunku Jaafar, Seremban atau HKL.
” Akhirnya saya memilih Hospital Tunku Jaafar kerana lebih dekat dengan tempat tinggal saya di Melaka,” ujar Yani memulakan bicaranya.
Yani juga mengalami masalah batu di luar buah pinggang namun keadaannya tidak serius. Manakala suami dan anak-anak yang lain sihat. Empat lagi anaknya ialah Nurul Liyana, 14, Hafizul Rahman, 13, Mohammad Afiq Fitri, 7, dan Nordiyana Hani, 3.
Makin Sihat
Dialisis Peritoneal Automatik (APD) ialah mesin dialisis waktu tidur, 10 jam sepanjang malam. Bermula Mei 2019, Anif menjalani rawatan APD. Pertukaran atau kitaran larutan dialisis dilakukan oleh mesin semasa tidur. Sebelum tidur, kateter akan disambungkan kepada mesin APD yang diletakkan berhampiran katil. Setiap malam, suami akan menemani Anip sepanjang rawatan.
Menurut Yani, kesihatan Anip semakin baik selepas menjalani rawatan ini. Yani bersyukur kerana semua kos ditanggung oleh Hospital Tunku Jaafar Seremban. Anip bertuah kerana doktor nefrologi buah pinggang kanak-kanak iaitu Dr. Caroline dan Dr. Lee mencadangkan Anip untuk menggunakan mesin APD.
Mulanya Sukar
Yani mengakui, agak sukar pada mulanya untuk terima keadaan Anip. “ Tak ada ibu bapa yang boleh terima anak mereka menghidap penyakit kronik secara tiba-tiba. Tapi lama-kelamaan saya reda dengan keadaan Anip. Apabila lihat dia di dalam wad berseorangan, luluh hati saya. Hospital bagaikan rumah kedua, anak-anak lain ditinggalkan di rumah kerana saya perlu menjaga Anip di wad. Mujur ada mak dan ayah serta ahli keluarga yang lain yang jaga mereka di rumah.
“ Setelah menjalani rawatan APD, Anip jadi lebih sihat dan aktif serta menjalani hidup seperti biasa. Cuma dia kena elakkan yang berkaitan air, contohnya mandi kolam. Kawasan yang dipasang dengan tiub di perut tak boleh terkena air untuk menggelakkan risiko jangkitan.
Menurut Yani, emosi Anip lebih sensitif sejak dia sakit. Disebabkan dia seorang yang aktif, Yani juga perlu mengawasi Anip supaya adik beradik yg lain tidak tersentuh kawasan perut ketika bermain. Kebersihan tempat rawatan juga perlu dititikberatkan supaya mengurangkan risiko jangkitan.
Selain daripada itu, saya kena memantau ubat-ubatan yang perlu diambil, juga pengambilan jumlah air harian iaitu 700ml. Banyak juga yang Anip perlu pantang terutama makanan bergaram dan yang tinggi fosfat.
“ Say mencari kekuatan dengan melihat orang yang lebih susah daripada saya. Ia telah memotivasikan diri supaya lebih tabah dan kuat supaya dapat membantu Anip lebih sihat serta boleh menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain,” akhiri Yani menutup perbualan.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!