Kejayaan Mengharukan Rohana Abdullah Di UTeM

Kisah Rohana Abdullah, gadis yang dibesarkan oleh ibu angkat berlainan agama sejak usianya dua bulan, sekali lagi menyentuh hati ramai apabila dia kini berjaya menamatkan pengajian Diploma Sains Komputer di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Berusia 25 tahun, Rohana Abdullah merupakan antara 3,278 graduan yang diraikan dalam Majlis Konvokesyen UTeM Ke-21 yang berlangsung kelmarin. Beliau juga penerima Biasiswa Anak Emas UTeM, satu pengiktirafan khas universiti kepada pelajar berpotensi besar dan cemerlang.Anak Gadis Yang Dipelihara Ibu Angkat Cina Sejak Bayi Berjaya Genggam Diploma – “Terima Kasih ‘Laoshi’ Membesarkan Saya”

Kasih Ibu Angkat Jadi Sumber Kekuatan

Meluahkan rasa syukur atas kejayaan itu, Rohana Abdullah menegaskan bahawa kejayaannya hari ini tidak akan tercapai tanpa sokongan dan kasih sayang ibu angkatnya, Chee Hoi Lan, 86 tahun.

“Terima kasih tak terhingga kepadanya kerana membesarkan saya, tanpanya saya tak dapat kecapi impian. Dia (ibu) motivasi dan inspirasi untuk saya daripada dulu hingga kini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro

Anak Gadis Yang Dipelihara Ibu Angkat Cina Sejak Bayi Berjaya Genggam Diploma – “Terima Kasih ‘Laoshi’ Membesarkan Saya”

Rohana Abdullah turut menghargai peluang yang diberikan melalui program Anak Emas UTeM, yang menurutnya amat bermakna dalam membantu pelajar kurang berkemampuan mengejar cita-cita. Beliau menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.88, satu pencapaian membanggakan.

Ads

Program Anak Emas UTeM Buka Peluang Kecemerlangan

Majlis konvokesyen itu disempurnakan oleh Canselor UTeM, yang juga Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

“Saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada UTeM, terutamanya kepada Tun Canselor dan Naib Canselor atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada saya melalui program ini. Terima kasih juga semua pensyarah, pegawai, staf dan pihak universiti yang komited urus hal ehwal saya sepanjang tempoh pengajian bermula 2022 hingga 2025.”

Menurut Rohana Abdullah, program tersebut bukan sekadar bantuan kewangan, malah menjadi sumber kekuatan untuk terus cemerlang.

Anak Gadis Yang Dipelihara Ibu Angkat Cina Sejak Bayi Berjaya Genggam Diploma – “Terima Kasih ‘Laoshi’ Membesarkan Saya”
Kredit foto: news.utem.edu.my

“Program Anak Emas adalah inisiatif hebat ditonjolkan UTeM kerana ia benar-benar membantu meringankan beban mereka yang cemerlang dalam akademik tetapi berdepan kekangan kewangan serius ekoran keluarga tidak berkemampuan. Program ini terbukti berkesan bersama pakej tambahan bantuan suntikan semangat dan motivasi buat pelajar untuk terus mencapai kecemerlangan akademik dan perkara holistik kemenjadian mahasiswa,” katanya.

Ads

Teruskan Pengajian Di Peringkat Ijazah

Kini, Rohana Abdullah meneruskan perjuangan akademiknya di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dengan Kepujian di universiti sama.

Anak Gadis Yang Dipelihara Ibu Angkat Cina Sejak Bayi Berjaya Genggam Diploma – “Terima Kasih ‘Laoshi’ Membesarkan Saya”
Rohana Abdullah ketika menerima surat tawaran pengajian dari Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTeM) daripada Naib Canselor UTeM, Profesor Ts Dr Massila Kamairudin,sambil disaksikan ibu angkatnya, Chee Hoi Lan, 83 di rumahnya di Taman Kok Lian, Jalan Ipoh pada tahun 2022. NSTP/FATHIL ASRI. Kredit foto: Berita Harian

Kisah Kasih Sayang Merentasi Agama

Kisahnya sebelum ini pernah tular pada Januari 2022, apabila masyarakat tersentuh dengan keikhlasan ibu angkatnya yang dipanggil laoshi, kerana tetap berusaha memastikan Rohana Abdullah kekal dengan agama asalnya walaupun berlainan kepercayaan.

Perjalanan hidup Rohana Abdullah menjadi bukti bahawa kasih sayang dan keikhlasan merentasi batas agama mampu melahirkan insan berjaya dan berhati besar.

Ads

Artikel lain: “Rezeki Anak, Hadiah Dari Allah”- Ibu Muda Berpantang Rai Dua Anugerah Utama UniSZA

Ibu Muda Dalam Pantang, Nekad Hadir Konvokesyen, Naik Pentas, Rai Kejayaan Bersama Keluarga

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI