Hebat ujian pelawak, Shuib Sepahtu ini. Memaklumkan perkembangan terbaru isteri, kata Shuib, Siti Sarah ditiarapkan bagi membolehkan oksigen dan paru-parunya boleh bekerjasama.
Selepas melalui pembedahan mengeluarkan bayi pramatangnya, Siti Sarah masih belum sedarkan diri. Dekat 30 jam Sarah koma selepas dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HUKM.
Memandangkan ketika dimasukkan ke ICU, Sarah kena jangkitan Covid-19. Keadaan itu membuatkan paru-parunya banyak terkesan.
Jantungnya juga sudah lemah, berkemungkinan jantungnya banyak bekerja ketika proses mengeluarkan bayinya semalam.
Siti Sarah Ditiarapkan, Ada Sedikit Darah Beku Di Paru-paru
Ketika ini, apa yang mereka harapkan adalah paru-paru Siti Sarah dapat kembali normal dan membekalkan oksigen dalam badan.
“Difahamkan ada sedikit darah beku pada paru-paru.” Doktor juga tidak boleh berbuat apa-apa padanya buat masa sekarang. Kerana Sarah baru saja melalui pembedahan mengeluarkan bayinya.
Tentunya perkembangan ini sedikit sebanyak mengundang resah di hati Shuib. Sehinggakan apabila ada panggilan dari nombor yang tidak dikenali dia menjadi takut.
Ads
Tapi jika tak dijawab, bimbang itu panggilan dari doktor yang mahu memaklumkan perkembangan isterinya.
Rindu Ini Menyakitkan
Tak mudah bagi Shuib yang ketika ini berada di rumah bersama tiga orang anak-anaknya. Sukar baginya untuk melalui setiap saat tanpa kehadiran isterinya itu.
Maka itulah perkongsiannya, ‘rindu ini menyakitkan, Allahuakbar’ Dan tanpa Sarah membuatkan hati menjadi rindu dan sayu.
Ads
“Apabila rindu datang, jadi sakit.” Membuatkan jadi sukar untuknya hadapi. Setiap sudut ada bayangan isteri. Jadi teringat-ongat.
“Nak kawal sayu, tapi tak boleh.”
Keadaan itu membuatkan Shuib cuba bercakap dalam hati, kadangkala bercakap sendirian. Harapannya agar didengari isteri.
Ads
Sehingga ke hari ini, Shuib tak putus menerima kiriman mesej dan gambar baik dari orang persendirian mahupun anak-anak tahfiz yang membaca Yassin dan doa selamat untuk isterinya.
Akuinya, usaha yang mereka lakukan itu sentiasa mengharukannya malah berterima kasih untuk kiriman doa tersebut. “Ia satu rahmat terlalu besar buat kami.”
“Saya balikkan semua doa kepada mereka. Kepada yang sedang menderita Covid-19, semoga terus tabah. Ini masa kita sama-sama doakan orang lain.”
Mingguan Wanita :Mendoakan agar Siti Sarah kembali sedar dan bayinya dalam keadaan sihat. Semoga Shuib dan anak-anak dapat melalui ujian hebat ini dengan tenang dan dipermudahkanNya.
Setelah diuji dengan masalah rumah tangga, akhirnya Joy menang di mahkamah. Puas dikecam dan dipandang negatif oleh sebilangan netizen, namun ibu anak seorang ini tak patah semangat dalam mempertahankan hak seorang wanita.
Untuk baca isi hati Joy Revfa, ikuti perkongsian terbaru yang dimuatnaikkan di Instagram…
Ayah, hari ini juga lah kak cik menang di mahkamah tadi ayah. Kalau lah ayah ada di sisi kak cik sekarang, mesti sekarang ayah guide kak cik untuk memilih suami yang benar-benar ikhlas, baik beragama dan mampu mempertahankan kak cik seperti mana ayah mencintai & melindungi ibu Safiah Abbas.
Terima kasih atas doa ayah dari syurga untuk kak cik hari ini. Hari ini genap 9 tahun ayah meninggalkan kami. Semoga ayah bahagia di syurga tertinggi Allah swt di sana.
Mohon sedekahkan Al Fatihah untuk arwah ayah saya Mohd Amin bin Awang yang telah dikebumikan di pusat perkuburan bachok Kelantan.
10.10.2009
Arwah ayah telah kembali ke syurga Allah swt sewaktu hendak menunaikan solat subuh di rumah lama kami di Kuantan Pahang. Ketahuilah, Isteri mu Safiah Abbas & anak-anak mu Dyana Sofia, Siti Arifah Amin & Zharif Sofia selalu merindui mu disana.. ?
Ayah… Di hening subuh yg dingin.. Bersama wuduk suci yg telah kau selimuti.
Disaat itu lah roh mu dijemput ke langit.
Seakan tahu,
dirimu bakal kembali ke sisi Nya.. Sungguh aku.. Tak mampu mengantar kepergian mu.
Mengenang ketiadaanmu… buat hati ini hancur luluh.
Moga nyanyian Yassin & Bacaan Al-Quran dari Anak2 mu & Isteri mampu menerangi setiap langkah
mu ke Pintu Syurga.. Jumpa disana ya ayah..
Insyallah.. (1957 ~ 10.10.2009) Al Fatihah
Joy cari cinta sejatinya. Moga joy bertemu jodoh yang sesuai dengan dia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Viral gadis cantik anak petani dilamar mahar tinggi, bakal doktor terima RM300,000 & sebuah rumah lebih sejuta. Tiada siapa menduga takdir manusia di masa depan. Jika semasa kecil hidup susah kerana ayah seorang petani dan ibu hanya bergadang secara kecil-kecilan, tetapi telah tertulis takdir hidupnya diulit dengan kemewahan ketika dewasa.
Viral Gadis Cantik Anak Petani Dilamar Mahar Tinggi
Kisah seorang gadis anak petani di daerah Kolaka Utara, Sulawesi Tenggara (Sultra) dilamar kekasih dengan mahar mahal menarik perhatian ramai orang tanggal 18 Jun lalu. Ini kerana ketika lamaran, Nurmainna yang tinggal di Desa Landolia diberikan mahar tinggi Rp1 miliar, lebih kurang RM300,000.
Bukan itu saja, pasangannya, Fitra Yudi yang juga seorang ahli perniagaan turut memberikan sebuah rumah bernilai Rp4.5 miliar (bersamaan RM1 juta lebih) selain emas 40 gram dan sebuah Iphone terkini untuk bakal isterinya itu.
Mereka tidak pernah berdating seperti pasangan lain tetapi keduanya terserempak di satu majlis perkahwinan sebelum Fitra yang jatuh cinta pandang pertama kemudiannya membuat lamaran kepada Nurmainna.
Bakal Doktor Terima RM300,000 & Sebuah Rumah Lebih Sejuta
Kisah lamaran itu menarik perhatian masyarakat setempat kerana nilainya terlalu tinggi dan jelas ia mengagumkan orang ramai hingga kisah pasangan ini menjadi tumpuan media.
Nurmaina yang juga bakal doktor berkelulusan Sarjana kedokteran Universitas Halu Oleo (UHO), merupakan anak pertama dan memiliki seorang adik perempuan dan dua adik lelaki.
Sejak kecil hidupnya sederhana dan sama sekali tidak menyangka jodohnya dengan orang kaya.
Dinilai baik hati dan agak pendiam oleh orang kampungnya Nurmaina seorang yang gemar membaca Al-Quran di rumahnya. Ayahnya, Abidin dan ibunya, Rapida juga sangat baik,”kata jiran-jiran sekeliling. Sumber :- Tribunnews
Pengguna akaun twitter Lesungpipit ini dedahkan uniform seragam PLKN yang masih baru malah ada yang masih dibungkus rapi dalam plastik di buang begitu saja dalam longgokan sampah di Tasik Biru Seri Kundang.
Sayang sungguh, walaupun Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dimansuhkan sekurang-kurangnya tentu ada cara yang lebih baik untuk menguruskan uniform yang tidak akan dipakai lagi ini.
Tulisnya di laman twitternya, “Guys, kalau korang nak baju atau seluar PLKN boleh datang kat sini (Tasik Biru) dorang buang banyak gila weh. Aku dengan budak-budak aku baru lepas kutip wei.”
Beliau yang sebelum ini pernah menjadi pelatih PLKN dimaklumkan oleh gurunya yang kebetulan ternampak longgokan baju yang dibuang itu. Segera memaklumkan kepadanya.
Tanpa berlengah dia dan rakan-rakan ke lokasi buangan untuk mengambil helaian-helaian yang masih cantik untuk dibawa balik.
Maklumnya lagi, ramai juga orang awam yang sudah ke lokasi berkenaan untuk mengambil uniform terbuang dan dijadikan simpanan peribadi.
“Aku rasa kalau baju-baju ni diorang bagi cara elok, aku boleh terima lagi lah. Tapi tulah macam ni caranya. Kami bekas pelatih PLKN sedih tengok.”
“Kalau korang nak tahu, baju celoreng dan set lengkap dia tu kami tak dibenarkan bawak balik tau. Tapi ni dia buang macam tu je.”
Dalam pada itu, ada juga yang bertanyakan tentang uniform yang masih berbaki di sana. “Yang tanya aku ada lagi ke tak, aku tak tahu weh. Maybe ada sisa baki dia jelah or maybe ada yang dah dibuka plastik and maybe dah kena hujan.”
“Ini yang ada dengan aku sekarang. Aku amek banyak tapi aku dah bagi orang.” Terangnya dan berkongsi gambar uniform PLKN yang diambil dan masih dalam keadaan cantik dalam plastik.
MW : Sepatutnya dalam keadaan rakyat diminta berjimat cermat, tidak sepatutnya pembaziran sebegini berlaku. Lagi-lagi dalam bulan Ramadan ini. Tentu lah mereka ada alasan tersendiri. Namun, apa pun alasannya, pasti ada cara lebih baik untuk menguruskannya.
Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.' Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.