“Rezeki Bukan Hanya Untuk Dinikmati Tapi Untuk Kita Kongsi” Jungle Girl. Itulah antara kata-kata yang diluahkan oleh usahawan Orang Asli yang dikenali sebagai Jungle Girl.
Menerusi perkongsian di TikTok Nur Rafidah Man, 27 menerangkan dirinya menyumbangkan RM100,000 dan menyalurkan sumbangan khas kepada sekumpulan pelajar pendidikan khas yang bakal berangkat ke Abu Dhabi kepada SMK Kuala Krau, Temerloh, Pahang.
“Rezeki Bukan Hanya Untuk Dinikmati Tapi Untuk Kita Kongsi”
Usaha yang dilakukan oleh Rafidah sangatlah mulia benarlah jika ada rezeki lebih, sebaiknya dikongsi kembali bersama masyarakat.
Bukan itu saja malah Rafidah juga menghadiahkan beberapa unit televisyen pintar bersaiz 43 inci untuk kegunaan pelajar dan pihak sekolah.
“Saya mungkin tak mampu nak taja semua, tapi saya ada buat tajaan sedikit untuk mereka.
“Saya taja budak-budak yang istimewa untuk ke Abu Dhabi,” katanya menerusi hantaran video di akaun Tik Tok miliknya.
Ads
Hasil Sokongan Orang Ramai
Malah menurut Rafidah, bantuan yang disalurkan itu adalah hasil sokongan orang ramai yang tidak putus-putus membeli produk keluarannya sejak mula berniaga.
“Semua ini hasil daripada orang ramai yang sokong produk saya dari dulu. Terima kasih sokong saya.
“Rezeki bukan hanya untuk dinikmati tapi untuk kita kongsi. Semoga jadi motivasi untuk semua,” kongsinya yang sebelum ini pernah tular di media sosial dan mendapat jolokan ‘Jungle Girl’ selepas kerap muncul di For You Page (FYP) TikTok menjual produk keluarannya, termasuk minyak 1001 Khasiat Jungle Girl.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siapa sangka set Lego dan koleksi patung Barbie yang kita belikan untuk mainan anak-anak jika disimpan dan dijaga dengan elok dalam jangka panjang, harganya lebih menguntungkan daripada pelaburan emas.
Beri Keuntungan Lumayan
Terkini, menurut satu kajian mendapati Lego merupakan bentuk pelaburan baharu yang mampu memberikan keuntungan sangat lumayan kepada pemiliknya sekiranya blok permainan tersebut disimpan untuk tempoh yang lama, lapor laman berita Wionews semalam.
Kajian dilakukan oleh kumpulan penyelidik dari Universiti Fakulti Ekonomi Tinggi (HSE) di Moscow, Rusia itu mendedahkan bahawa barangan unik seperti set permainan Lego boleh menjadi portfolio pelaburan yang kukuh buat pemiliknya.
“Kita sering menganggap bahawa orang ramai membeli barang berharga seperti emas, barang antik atau karya seni sebagai satu bentuk pelaburan.
“Bagaimanapun, kajian kami mendapati bahawa mereka boleh mendapatkan pulangan berlipat ganda dengan melabur dalam barangan yang unik dan ‘kurang serius’ seperti set Lego dan patung Barbie,” kata Profesor Madya Sains Ekonomi dari Universiti HSE, Victoria Dobrynskaya.
Harga Melonjak Setiap Tahun
Kajian sama turut mendapati bahawa aktiviti jualan dan pembelian bagi pasaran Lego sebenarnya telah pun berlaku.
Ia merupakan sebuah pasaran besar yang tidak diketahui oleh pelabur biasa.
“Faktor-faktor seperti pengeluaran produk yang terhad, set edisi terhad dan kekurangan produk tersebut di pasaran menyebabkan harganya melonjak setiap tahun.
“Nilai purata pulangan bagi set Lego berkemungkinan boleh mencecah sekitar 10 hingga 11 peratus setahun, melebihi kadar pulangan saham, bon atau emas,” kata kajian tersebut.
Bagaimanapun, sebuah set Lego hanya mempunyai nilai sekiranya ia telah disimpan selama lebih tiga tahun.
Mingguan Wanita:Wah siapa sangka set lego dan patung barbie boleh jadi pelaburan jangka panjang yang lebih menguntungkan daripada emas. Jadi lepas ni, simpan dan jaga elok-elok mainan ni, boleh lah jual nanti masa akan datang.
Nadia Brian Jaga Kecantikan Muka. Seperti yang kita tahu, Nadia Brian merupakan seorang pelakon yang sering mendapat pujian ramai dek kerana kecantikannya. Menurut Nadia, rahsia di sebalik kecantikannya merupakan hasil daripada penjagaan rapi sejak usia remaja lagi. Nadia akui bahawa dirinya sudah mula menjaga kecantikan seawal usia 16 tahun, terutama kerana ibunya sendiri merupakan seorang pakar kecantikan yang berpengalaman.
Jaga Kecantikan Muka
Salah satu rahsia kecantikan yang sering Nadia Brian praktikkan dalam kehidupan seharian ialah dengan menggunakan kiub ais pada wajah. Dia menjelaskan bahawa penggunaan kiub ais pada wajah sebelum menjalani penggambaran akan memberikan kesegaran pada kulit mukanya.
Bukan itu sahaja, Nadia turut menekankan kepentingan menjaga kecantikan diri dari segi fizikal dan dalaman sejak awal lagi. Bagi Nadia, penjagaan kulit yang konsisten dan pemilihan produk yang sesuai adalah kunci untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.
Apabila ditanya berkenaan kerjayanya jika dia bukanlah seorang artis, Nadia terus menjawab bahawa mungkin dia akan menceburi bidang kecantikan dengan menjadi seorang pakar estetik
“Kalau saya tak jadi artis, mungkin saya akan jadi seorang pakar kecantikan.” kata Nadia sambil tersenyum.
Nadia Brian bukan sahaja menjadi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana, tetapi juga membuktikan bahawa kecantikan bukan sahaja tentang apa yang kita lihat di luar, tetapi juga tentang bagaimana menjaga diri kita dari dalam.
Pelancaran Kireina Wellness Tempat Selamat Buat Wanita
Nadia ditemui ketika pre-pelancaran Kireina Wellness tempoh hari, sebuah pusat kecantikan dengan membawa produk terkenal Exilis by BTL dari Amerika Syarikat.
Puan Azizah Salleh yang merupakan pengasas Kireina Wellness berkata, beliau ingin wanita di luar sana untuk mempunyai tempat selamat untuk berkongsi apa sahaja, dari perkara rutin hinggalah intim. Menurutnya, dengan pembukaan Kireina Welness yang hanya fokus terhadap wanita, semoga ia dapat memberikan ruang untuk para wanita moden mencurah rasa tanpa segan silu sambil mendapatkan rawatan kecantikan termoden, terkini dan selamat di dunia.
Pada mulanya Mohd Adli bin Yahya tidak dapat menerima hakikat bahawa anaknya Mohd Luqman Shariff mengalami autism. Bertahun juga dia berada dalam tahap ‘penafian’ atau denial terhadap apa yang berlaku pada anak keduanya ini.
Luqman disahkan mengalami autism ketika berusia setahun lebih. Adli tidak percaya dengan pengesahan doktor. Dari satu doktor ke satu doktor lain dia membawa Luqman. Semua doktor yang ditemuinya memberi keputusan yang sama. Tetapi Adli tetap tidak puas hati.
Disebabkan kecewa dengan keadaan Luqman, Adli sentiasa memarahi Luqman. Semasa Luqman masih kecil, seringkali dia marah pada Luqman kerana tidak mampu melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh kanak-kanak sebayanya pada ketika itu. Buatlah apa sahaja. Luqman tidak pernah melawan.
Tetapi Adli sedar Luqman tahu kenapa dia kena marah melalui riak pandangan mata anaknya itu. Daripada perbuatan Luqman, dia ingin memegang tangan anaknya itu tetapi Luqman enggan memegang tangannya kembali kerana tahu Luqman dalam keadaan marah.
Sering memarahi anaknya itu juga akhirnya memberi kesedaran pada Adli. Terdetik juga dalam hatinya. “ Kenapa aku perlu marah pada anak aku ini? Dia tidak bersalah.”
Akhirnya lama-kelamaan Adli mula berubah. Dia perlu buat sesuatu demi Luqman. Demi masa hadapan anaknya itu, Adli sanggup berhenti kerja demi mahu membantu Luqman dalam belajar menguruskan diri sendiri. Harapannya hanya satu. Adli tidak mahu Luqman terkapai-kapai sendirian bila tiba masanya dia dan isterinya sudah tidak ada di dunia ini.
Kini Luqman berusia 19 tahun. Banyak perubahan yang berlaku pada Luqman. Adli mengharapkan sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, Luqman mampu berdikari, mempunyai kerja sendiri dan hidup tanpa bergantung pada orang lain.
Autisme Café Project Malaysia
Pada masa itulah, Adli telah membuka Autisme Café Project Malaysia sebagai satu usaha membantu anaknya dan remaja autism lain dalam belajar mencari wang sendiri untuk menyara kehidupan mereka pada masa hadapan kelak.
Autisme Café Project Malaysia ini terletak di Puchong, Selangor. Ia bukan setakat kafe. Jika tidak berniaga di kafe itu, Adli akan membawa anaknya dan beberapa remaja autism lain berniaga di bazar. Kadangkala mereka juga akan melakukan khidmat katering.
Banyak kerja yang dilakukan oleh semua remaja autism di kafe ini. Setiap remaja diberi kerja mengikut kesukaan mereka. Ada yang suka main air akan disuruh membasuh pinggan. Ada yang pandai bercakap di suruh bekerja di bahagian hadapan.
Sebelum ini Luqman suka main air. Adli menugaskan anaknya itu membasuh pinggan. Seronok sungguh Luqman melakukannya sehingga pernah sekali itu dia basuh 200 biji pinggan tanpa henti. Betapa fokusnya Luqman pada kerjanya.
Selepas itu Adli telah memberi tugasan baru pada Luqman. Luqman perlu mengisi nasi lemak di dalam sebuah bekas plastik bertutup.
“Luqman mengambil masa setahun untuk pandai mengisi nasi lemak yang ada sambal, ikan bilis, timun dan telur. Sebelum ini, jika kita suruh isi nasi lemak dalam bekas dan tidak suruh masuk bahan-bahan yang ada, sudah pasti tidak masukkan.
“Pada suatu hari, saya pandang belakang untuk buat satu kerja. Sebelum itu saya minta dia siapkan nasi lemak. Selepas habis kerja, saya pandang semula ke hadapan untuk melihat adakah nasi lemak siap diisi dalam bekas. Saya lihat bekas plastik sudah diisi dengan nasi lemak yang lengkap segala bahan-bahannya.
“Saya rasa hendak menjerit pada orang ramai yang ada di sekeliling untuk memberitahu kejayaan Luqman itu. Dari situ saya tahu bahawa Luqman boleh diajar. Dia juga sudah faham apa itu konsep nasi lemak yang mesti ada nasi, sambal, ikan bilis, timun dan telur.
“Pada pandangan orang luar apa istimewanya dapat menyiapkan satu bekas nasi lemak. Bagi saya yang mempunyai anak autism jenis pertengahan, ini adalah satu kejayaan besar. Jika ibu bapa lain berasa amat gembira dengan pencapaian cemerlang anak dalam akademik tapi bagi saya, perasaan gembira dapat melihat Luqman siapkan nasi lemak dengan sempurna itu,” katanya dengan panjang lebar.
Setiap Hari Minta Maaf
Bapa kepada enam orang anak ini bersyukur kerana Luqman sudah dapat sedikit kemahiran. Sebagai bapa, Adli tidak minta banyak.
“Saya sedar kemampuan Luqman. Cuma saya minta Luqman dapat berdikari. Itu pun sudah cukup bagi saya. Sekarang ini, Luqman masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Perlahan-lahan saya mengajarnya,” kata bapa yang cukup prihatin.
Banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh Adli untuk anaknya itu. Selain berhenti kerja dari sebuah syarikat swasta, Adli juga tidak menaiki kereta demi mahu mengajar anaknya itu cara-cara menggunakan pengangkutan awam.
“Saya korban masa dengan membawa Luqman menaiki komuter, tren LRT dan bas. Saya mahu dia rasa bagaimana menaiki pengangkutan awam. Saya juga mahu dia jadi normal. Memang nampak perubahan pada Luqman,” jelasnya lagi.
Memiliki anak autism adalah cabaran besar. Salah satu perkara yang perlu difahami adalah anak-anak ini akan buat perangai pada bila-bila masa sahaja. Bagi Adli, jika Luqman buat perangai, itu adalah satu perkara biasa baginya. Dia sanggup telan apa sahaja demi anaknya itu.
“Saya sedar Allah bagi saya dugaan ini sebab dia mahu saya sedar dan menghargai apa yang saya ada. Setiap apa yang Allah bagi ini ada sebabnya. Kalau saya kenangkan balik, inilah sebab Allah bagi Luqman pada saya.
“Nasihat saya kepada ibu bapa yang memiliki anak autism dan masih dalam tahap ‘penafian’ adalah agar mereka cepat sedar. Apabila sudah sedar perlulah pula ibu bapa ini redha dengan apa yang berlaku. Ada hikmah di sebalik apa yang Allah berikan kepada kita. Hanya kita sahaja yang tidak tahu.
“Ketahuilah apabila kita menafikan keadaan anak kita itu dan sebaliknya mengajar anak dengan cara biasa, ia seperti menyeksa mereka. Anak autism ini ada hati dan perasaan. Jangan siksa mereka kerana kelak hubungan akan jadi renggang. Pahit di luar kita nampak tetapi parut di dalam kita tidak nampak.
“Sebab itu jugalah apabila saya ingat apa yang pernah saya buat pada Luqman dahulu saya rasa sedih. Sekarang ini setiap hari saya akan minta maaf pada Luqman. Luqman tidak boleh bercakap tetapi saya rasa dia maafkan saya,” katanya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bapa dua anak didakwa bunuh bekas isteri dan teman lelaki di Guar Chempedak. Seorang bapa kepada dua orang anak dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua tuduhan membunuh isteri serta seorang lelaki dalam kejadian di Taman Nona, Guar Chempedak, yang berlaku kira-kira dua minggu lalu.