Dulu, Cherating Bay Resort adalah antara resort terbaik dan salah satu resort termurah di Cherating. Tempat penginapan yang menjadi pilihan sesiapa saja yang datang bercuti di Kuantan.
Mungkin ramai yang tidak tahu, semakin hari nama resort ini makin lenyap dari sebutan pengunjungnya. Akhirnya terbiar begitu saja, boleh dikatakan terbiar ditutupi semak samun dengan struktur unit penginapan rosak.
Kini, resort yang cukup dikenali suatu waktu dulu telah berubah menjadi pondok pengajian agama warga emas.
“Saya bukan orang yang arif dalam agama, malah saya juga pernah lalai, tetapi saya ingin kembali ke jalan Allah dan bersyukur diberikan hidayah,” kata Ramli Nordin, 73, pemilik Cherating Bay Resort, sebuah resort bernilai hampir RM19 juta yang terbiar usang di Cherating.
Kini, sebahagian resort yang mempunyai 164 unit apartment itu dijadikan pondok agama khusus untuk golongan warga emas dikenali sebagai Pondok Warga Emas At-Tahwil yang diuruskan sejak tahun 2021.
Ramli berkata, resort yang diusahakannya lebih 20 tahun lalu itu akhirnya ‘gulung tikar’ pada 2018 disebabkan kegawatan ekonomi dan pertukaran polisi kerajaan.
“Sejak itu, resort ini terbiar sehingga menjadi semak samun, jadi apabila saya datang ke sini, saya mahu buat sesuatu supaya tempat ini boleh digunakan semula.
Ads
“Saya berbincang dengan keluarga dan rakan, jadi timbul idea untuk menjadikan sebahagian resort ini sebagai pondok agama untuk warga emas,” katanya.
Ramli berkata, dengan bantuan pelbagai pihak, pondok warga emas terbabit dapat dibangunkan, malah sudah beroperasi, selain dapat membina sebuah surau baharu bagi kegunaan penghuni pondok hasil sumbangan orang ramai.
“Impian saya supaya pondok ini dapat dibangunkan dengan sempurna, seterusnya menjadi pusat dakwah dan penyebaran maklumat mengenai Islam terutama kepada pelancong asing.
“Namun usaha itu terbantut kerana kami tidak mempunyai cukup dana untuk menampung kos baik pulih unit apartment yang rosak dengan anggaran kos sebanyak RM5,000 hingga RM6,000 seunit,” katanya.
Sama-sama Membangunkan Pondok Agama
Sementara itu, Penyelaras Pondok At-Tahwil, Fatimah Awang Lah, 75, berkata pondok ini mula beroperasi pada Oktober 2021 dan kini mempunyai 12 penghuni termasuk ibu tunggal serta dua pasangan suami isteri.
Ads
“Selepas perbincangan dengan pemilik resort dan beberapa pihak lain, kami bersama-sama berusaha membangunkan pondok ini menerusi Pertubuhan Amal At-Tahwil.
“Pada peringkat awal, hanya tiga penghuni yang tinggal di pondok ini, namun kini kami sudah membaik pulih 10 unit apartment untuk kegunaan pondok.
“Terdapat 26 unit lagi perlu diperbaiki, namun usaha itu terbantut kerana tidak mempunyai dana mencukupi,” katanya ketika ditemui, di sini.
Fatimah berkata, aktiviti harian dilakukan di sini termasuk solat berjemaah setiap waktu, kuliah subuh setiap hari, kelas mengaji al-Quran, bacaan hadis dan kuliah untuk tiga kali seminggu.
Beliau berkata, pihaknya juga mempunyai perancangan mahu menjadikan pondok ini sebagai perintis konsep pelancongan ibadah berikutan lokasinya terletak di kawasan pelancongan popular di negeri ini.
Ads
“Kami bercadang membaik pulih beberapa unit apartment untuk dijadikan ‘homestay’ khusus untuk pengunjung yang mahu datang bercuti sambil beribadah atau ahli keluarga penghuni yang datang menziarah.
“Sebagai contoh mereka datang sebuah keluarga termasuk ibu dan ayah, jadi ibu dan ayah mereka boleh mengikuti pakej kursus agama yang kami sediakan, manakala ahli keluarga lain boleh berlibur di sekitar Cherating,” katanya.
Orang ramai yang berhasrat untuk menyumbang boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 556093276707 atas nama Pertubuhan Amal At-Tahwil atau hubungi di talian 017-3713022 (Fatimah Awang Lah) atau Pengerusi Pertubuhan, Ahmad Taufek Zakaria (011-58900193),
Mingguan Wanita : Usaha terbaik. Bukan setakat pondok agama tapi ada sebahagiannya dijadikan homestay untuk pengunjung untuk percutian islamik.
Semalam merupakan detik yang cukup hiba buat Serina Redzuawan apabila dimaklumkan ayahnya, Chef Selebriti Dato Redzuawan Ismail,64 atau lebih dikenali Chef Wan menghidap Kanser Limfoma peringkat awal.
Serina Menangis Sepuasnya
Berkongsi luahan dan kesedihannya, ibu kepada dua orang anak ini berkata hatinya ibarat kaca jatuh berkecai ke lantai dan menangis sepuasnya apabila diberitahu perkara tersebut.
Assalamualaikum semua, semalam hati Serina ibarat kaca jatuh berkecai ke lantai bila dengar berita, papa hantar text bagi tau dia ada Kanser Lymphoma, memang sedih..i tak tak dapat tahan air mata, i menangis sepuasnya..
Terima Ujian Dengan Tenang
Serina juga berkata semuanya adalah ujian dan ketentuan tuhan kepada ayahnya. Malah dia juga bersyukur dan berbangga ayahnya menerima ujian sakit tersebut dengan redha dan tenang.
I know Ini Ujian Allah SWT nak beri pada papa & kami sekeluarga, Allah maha baik pilih papa @_chefwan58 , sebab papa insan yang berhati mulia selalu tolong orang, selalu menceriakan hidup orang lain, sentiasa bantu Ahli keluarga adik beradik.
Syukur Alhamdulillah Papa Redha, dia tenang terima ketentuan ini, I’ M proud Of U papa! Insha Allah sakit tanda Allah kasih, mencuci dosa dan menaikkan darjat kita sebagai manusia.
Mohon Kesembuhan Buat Papa
Serina juga memohon supaya ramai pihak turut mendoakan kesembuhan buat ayahnya agar kembali sihat.
Mudah mudah sahabat semua yg baca Nukilan Serina ni..tolong doakan kesembuhan buat papa ya. Ingat papa..Kami semua ada, Rina, Aidid @chefriz @l_nurel , adik beradik papa, sahabat & peminat papa semua Sayangkan papa , kami akan doakan papa kembali sihat, Stay strong.”
YA Allah Ya Syafi berikan lah kesembuhan buat Papa ku.Redzuawan Bin Ismail berinya hati yang kuat dan tabah redha dengan segalanya, angkat lah kesakitannya,tingkatkan Imannya , dekat kan selalu Papa dengan Mu Ya Rahman Ya Rahim..Aminnnn”
Mingguan Wanita: Sebagai anak memang sedih apabila mak ayah kita yang tersayang jatuh sakit. Semoga diberikan kesembuhan buat Chef Wan, diangkat segala kesakitannya.
Memang tak dapat dinafikan wanita, mahupun isteri merupakan ‘pengurus’ terbaik melibatkan kewangan keluarga mahupun perniagaan.Segala urusan kewangan dapat diatur sempurna dan dapat dirancang dengan baik, tanpa perlu risau demi kebaikan keluarga mahupun dalam bisnes.
Wawa Uruskan Semua Duit Perniagaan
Perkara ini diakui sendiri oleh selebriti dan pelakon popular Aeril Zafrel,34 terhadap isterinya Wawa Zainal 31. 10 tahun hidup bersama, mendirikan rumahtangga dan membina empayar perniagaan, Aeril cukup menghargai jasa isterinya yang mampu menguruskan semua duit perniagaan dengan baik sekaligus menjadi salah satu tip kejayaan mereka.
Bukan apa, selain kerja keras, pengurusan kewangan yang betul juga amat penting untuk perniagaan meningkat maju dan berjaya.
“Antara tips kejayaan yang saya amalkan hingga la ke harini ialah saya biarkan Wawa uruskan semua duit perniagaan kami. Malah sampai ke harini saya masih tak tahu lagi nak transfer duit company. Sebab saya percaya kalau wanita yang uruskan duit, inshallah semuanya akan baik-baik saja”
10 Tahun Usia Perkahwinan
Mencecah 10 tahun usia perkahwinan, Aeril juga bersyukur melalui susah senang bersama isteri tersayang dan berusaha melengkapi kekurangan masing-masing.
“Alhamdulillah sudah 10 tahun kami hidup bersama.Banyak dugaan yang telah kami lalui, dari awal perkahwinan hinggalah ke harini. Kami bukanlah pasangan yang sempurna, masih banyak yang kami harus pelajari walaupun sudah 1 dekad sebantal bersama. Kerana saling melengkapi kekurangan masing-masing itu lebih baik daripada mencari kesempurnaan.”
“Alhamdulillah tidak terkira banyaknya nikmat yang tuhan telah pinjamkan sepanjang kami bersama, daripada 4 orang anak hinggalah kejayaan wawacosmetic pada harini ni.”
Terdahulu, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2012.Pasangan sama cantik, sama padan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa,7, dan Ayya Soffya,2, dan Muhammad Fahri kini berusia dua bulan.
Mingguan Wanita: Tahniah buat Aeril dan Wawa atas kejayaan dalam perniagaan. Terbaik, Aeril percaya dan serahkan segala urusan kewangan perniagaan pada isteri dan antara tip kejayaan mereka berjaya dalam bisnes juga.
Setiap kali tiba bulan puasa, salah satu perkara yang sering dibangkitkan adalah harga mahal setiap makanan yang dijual di bazar Ramadan. Setiap tahun mesti harga makanan akan naik. Inilah isu yang sering dibangkitkan.
Walaupun harga mahal tapi mesti ramai orang yang membeli di bazar Ramadan. Mungkin ada mak-mak yang tak sempat untuk masak dan tak kurang juga yang mahu ‘support’ penjual.
Tak kurang juga ada saja gambar yang diviralkan tentnag makanan di bazar ramadan. Ada yang harga mahal dan tak kurang harga yang murah.
Dalam keadaan sekarang ini, boleh dikatakan harga barang naik, nak tak nak peniaga terpaksa menaikkan harga jualan.
Baru-baru ni viral gambar ayam percik kat param yang RM10 tu.
Pada yang jenis tak pernah perhati berapa harga bahan mentah sekarang, tu harga whole leg chicken, tadi kander beli 2 ketul Rm6.80.
Maka jatuh kos RM3.40 untuk seketul whole leg mentah. Belum masuk kos bahan rempah perapan, kos nak membakar dan kos packaging…jadi reasonable tak ayam percik whole leg tu dijual rm10? Fikir fikir kan.
Dulu-dulu harga lebih kurang rm8-9perkg. Sekarang dah naik Rm12.80.
Sama jugak dengan chicken chop, harga bergantung pada saiz. Saiz 10,11,12. Average saiz yang selalu kita makan ialah saiz 10-11. Dulu klalau beli mentah sekeping jatuh Rm2.20-2.50. Sekarang tak dapat dah…sekeping jatuh RM4++.
Same goes to lamb shank. Chef Ammar kena kutuk sebab jual beriani lamb shank harga Tel aviv.
1kg boleh dapat 2 ketul lamb shank…maka untuk seketul lamb shank mentah jatuh harga Rm22. Dulu-dulu seketul tu boleh dapat rm11-14 tau…
Sebab tu ade yang jual nasi beriani lamb shank sampai rm50.
Bukan Suka-suka Letak Harga
Bukan peniaga suka-suka nak naikkan harga. Tetapi kos bahan mentah sekarang memang meningkat mendadak. Jadi terpaksalah jual mahal sikit.
“eh tahun lepas ayam percik rm6, ape hal tahun ni rm10?? Nak Kena viral peniaga nak pegi haji balik harini!”
Kesian peniaga makanan, siki-sikit kena sumpah pegi haji balik hari. Untung banyak ke untung sikit ke, percayalah berniaga makanan ni penat nak mampus.
Peniaga makanan ni bukan macam ponder, atau agent insurans atau agent hartanah…buat 2-3 tahun dapat beli kereta baru ambik kat showroom atau kunci rumah baru nak bagitau tanda sukses. Jangan marah ye, bukan mengata tapi memang hakikatnya gitu lah dalam medsos ni.
Orang (peniaga kecil) niaga makanan ni hujung minggu / cuti sekolah kau tengoklah dia pegi Cameron takpun PD, bawak family jalan², tidur hotel, makan² dengan family. haha.
Jadi kesimpulannya, kalau dah naikkan harga jualan tu tolongla buat sedap-sedap! Ni tak sedap sape tak marah…lagi teruk jenis masak banyak-banyak, tak habis simpan, besok panaskan. Macam tu lah duk berulang-ulang…set la target jualan contoh harini target Rm500, jadi masak banyak sekian²…bila dah dapat rm500, makanan pun habis dah tak payah pening. Bungkus tutup gerai balik rumah terus. Esok niaga balik.
Nak masak sendiri atau membeli di luar, pilihan kita sendiri. Malas masak, beli je kat luar support peniaga…tapi aku memilih masak sendiri mana yang mampu sebab lebih puas hati dan memasak ni juga macam my Stress Therapy.
Beli kat luar lebih jimat kos dari nak buat sendiri, tapi buat sendiri boleh makan berkali-kali. Fikir fikirkan.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Tak kisah harga mahal tapi biarlah berbaloi. Kalu tak nak ‘berbunyi’, masak sendiri kat rumah puas hati.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.