Resipi Tepung Bungkus @ Kuih Puteri Dua Sebilik, Pencuci Mulut Orang Dulu-Dulu Rasa Lemak Manis!

Share

Tepung bungkus merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan mempunyai inti kelapa. Kuih ini dibungkus dengan daun pisang dan rasanya lemak manis.Kuih Tepung Bungkus juga dikenali sebagai Kuih Puteri Dua Sebilik. Ia merupakan kuih tradisional kegemaran ramai dan juga merupakan pencuci mulut orang dulu-dulu.

Nak membuatnya tak susah mana, mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Norfazleen Azliana sebagai rujukan;

Bahan-Bahan:

3 cawan santan pekat
sedikit garam
2 cawan tepung beras
Daun Pisang

(Inti)

Gula kerek (Gula Melaka) sekeping
2 cawan air
gula merah atas kita (warnakan inti)
3 sudu besar gula
1 biji kelapa Parut
Daun pandan
2 sudu tepung pulut

Cara Membuat:

(Inti)
Masak air gula, masukkan daun pandan, kelapa kacau sebati.Masukkan tepung dan tunggu sampai kering.

1.Kacau santan pekat dan garam sebati tanpa api.

2.Masukkan pula tepung beras dan kacau sampai sebati/larut, baru buka api.

3.Kacau dengan api sederhana sampai jadi begini.

4.Saya buat macam ni, buat lubang untuk letak inti.

5.Dah siap bungkus.Sedia untuk dikukus selama 20 minit.

Siap! Selamat mencuba!

Mak-mak boleh cuba buat tepung bungkus ni untuk minum petang. Buat sendiri lebih jimat, puas hati dan berbaloi.

Sumber:Norfazleen Azliana

 

IKLAN