Resipi TEMPE Goreng Berempah Rangup, Cicah Dengan Sambal Kicap Memang Wow!

Share

Musim hujan ni memang sedap makan tempe goreng berempah yang rangup, cicah pula dengan sambal kicap. Fuhhh rasanya memang wow. Namun ada caranya untuk buat bancuhan tepung salutan tempe ini sebelum digoreng garing. Selain tempe, ubi kayu juga boleh menggunakan resipi yang dikongsikan ini.

Ikut cara dan resipi yang dikongsikan oleh Mas Intan Masman ini sebagai panduan;

Resipi Tempe goreng rangup.

Bahan-Bahan:

Tepung gandum
Tepung beras
Ketumbar
Jintan halus
Garam
Serbuk kunyit
Bawang putih
Air suam

Cara Membuat:

1. Tumbuk semua bahan-bahan kecuali tepung.
2. Bancuh tepung dengan air suam dan sebatikan bahan yang ditumbuk.

3. Celupkan tempe yang telah dipotong ke dalam tepung dan terus goreng.
4. Agak-agak garing keemasan bolehlah angkat dan tos kan.

Makan dengan sambal kicap..wow!

 

Mesti Baca:CARA Goreng TEMPE Sedap, Luar Garing Dalam Lembut Macam Kacang Rebus!
Baca Lagi Di Sini:Pakar Makanan Saran Makan TEMPE, Tingkatkan Sistem Imunisasi, Kurangkan Risiko Jangkitan Covid-19!
Artikel Menarik:Resipi Sambal Garing SEDAP, Tambah Kacang & Tempe Nak Bagi ‘Muai’!

Mingguan Wanita:Sedapnya makan tempe goreng garing berempah macam ni. Cicah pula dengan sambal kicap. Sesuai sangat buat untuk minum petang.

Sumber: Mas Intan Masman

Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN