Resipi TEMPE Goreng Berempah Lebih SEDAP, Kisar Bawang Putih Sekali!

Share

Tempe berkhasiat tinggi dan cukup terkenal bagi orang Jawa. Ia menjadi sumber probiotik, kaya kandungan kalsium dan antioksidan. Selain di masukkan dalam masakan, tempe juga sedap digoreng dengan rempah ratus dan dicicah dengan sambal kicap. Rupanya nak goreng tempe berempah ini agar lebih sedap rasanya, kisar sekali dengan bawang putih.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Chinta Eyja ini

Saya nak share resepi tempe goreng berempah resepi daripadaa mak saya yang tercinta.

Bahan-Bahan:

Ketumbar
Jitan manis
Bawang putih
Serbuk kunyit
Garam
Tepung gandum
Air

* Bahan-bahan ikut sukatan berapa banyak tempe.

Cara Membuat:

1. Kisar halus ketumbar, bawang putih dan jintan manis. Nak tumbuk pun boleh.

2. Masukkan bahan kisar tersebut dalam mangkuk dan masukkan pula, tepung gandum, kunyit, garam. Kacau sebati.

3. Masukkan pula air sedikit demi sedikit. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat atau cair.

4. Masukkan pula tempe yang telah dipotong nipis. Perapkan seketika agar ramuannya sebati.

5. Kemudin, goreng dalam minyak dengan api sederhana.

6. Bila dah kekuningan garing dah boleh angkat.

7. Siap dihidangkan, cicah dengan sambal kicap pun sedap. Tapi hari ni saya makan dengan nasi.

Baca Lagi Di Sini:

Cara Buat Pisang Goreng Rangup & Sambal Kicap Madu Power, Perkongsian Blogger Masakan

Mudah Je Buat Tempe Sendiri Dirumah, Hanya 2 Bahan Tapi Syaratnya Tak Boleh Guna Ragi Tapai

MW: Rupanya nak buat tempe goreng berempah lebih sedap kena kisar sekali dengan bawang putih. Sedapnya makan tempe garing panas-panas cicah sambal kicap. Kena cuba resipi yang dikongsikan ini.

Sumber:Chinta Eyja

IKLAN