Makan

Resipi Roti Nan Ekspres, Lembut & Gebu, Senang Betul Nak Buat

Share

Roti nan memang enak dimakan bersama ayam tandoori. Kalau makan panas-panas memang terbaik. Selama ini ramai yang ingatkan susah nak buat roti nan sedap macam dekat kedai, rupanya mudah sahaja.

Jika anda dan keluarga sukakan hidangan ini, bolehlah cuba buat sendiri secara homemade guna resipi

perkongsian Nor Aini Abd Rahman ini ya!

RESIPI ROTI NAN

Bahan-bahan:

2 cawan tepung high protein
1/2 cawan air masak
1 sudu kecil yis
1 sudu besar gula

Cara membuat:

1. Uli semua bahan sehingga membentuk doh tak lekat di tangan, rehatkan 1 jam bagi doh kembang.

2. Bahagikan kepada 3 bahagian, bulatkan doh dan leperkan dengan rolling pin.

3. Bakar atas kuali 5-6 minit sehingga kedua-dua belah keperangan dan angkat.

Sedap dimakan bersama sambal bilis, kuah dhal mahupun sambal sardin. Cubalah!

Kredit: Nor Aini Abd Rahman

Artikel berkaitan: Resipi Roti Canai Homemade, Lembut Dan Tak Liat, Boleh Simpan Sampai Petang

Resipi Roti Gebu Paling Mudah, Uli Guna Tangan Saja, Modal Tak Sampai RM5

Resipi Roti Ala Burger Korea Guna ‘Charcoal Powder’ Dapat 12 Biji

 

IKLAN