Resipi Ringkas Korean Garlic Bread, Guna Roti Burger Pun Boleh, Jimat Masa!

Share

Korean Garlic bread, memang cukup popular sebelum ini dan sampai sekarang pun masih mendapat permintaan daripada penggemarnya. Gabungan rasa bawang putih dan krim kejunya sangat mengasyikkan.

Pernah juga terfikir, macam susah sangat nak buat korean garlic bread dan paling senang pesan dan beli saja. Memikirkan nak kena buat sendiri rotinya dan belum lagi untuk inti krim keju di dalamnya.

Agak-agaknya, ambil masa berapa la nak siapkan. Jadi, lebih baik pesan sahaja. Harganya pun masih berbaloi dengan cara pembuatannya.

Jadi, bagi yang suka dengan korean garlic ini boleh cuba buat sendiri sahaja. tak perlu nak fikir buat roti sendiri, boleh saja guna roti biasa terutamanya roti buegr yang sesuai bentuknya. Bahan inti masih sama. Cukup senang kan!

Perkongsian daripada Nur Azliza atua dikenali Cikgu Za ini memang menarik dan bolehlah cuba di rumah nanti.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Kuih Seri Muka Pandan TANPA Telur Sukatan Cawan Paling Mudah!

Resipi Mudah Solok Lada Kelate, Gandingan Wajib Ada Dalam Nasi Kerabu

Info Lebih Menarik DI SINI

Korean Garlic Bread Versi Ringkas

Rupanya senang saja nak buat korean garlic bread. Yang ni versi ringkas. Guna roti biasa pun boleh.

Tak larat la nak buat roti sendiri. Makan masa. Guna resepi ni, bahan pun mudah sedia.

Bahan :
Roti burger
250 gm krim keju (tatura)
Susu pekat
5 ulas bawang putih
Serbuk oregano
140 gm mentega
1 biji telur

Cara Membuatnya:

Bagi resepi ini cikgu guna 10 biji roti bun.

2. Untuk larutan bawang putih, cairkan 150g mentega.
Tumbuk 5 ulas bawang putih dan campur dalam larutan mentega.
Tambah 1 sudu besar susu pekat,
Masukkan sedikit serbuk oregano
Tambah kan sebiji telur.
Putar mesra bahan-bahan tersebut.

3. Ini larutan bawang putih tu. Ketepikan, kita buat inti cream cheese pulak.

4. Potong roti 3 kali macam ni.

5. Putar 250g krim keju (cream cheese) tatura dengan 1 sudu besar susu pekat. Ikut citarasa sendiri. Kalau tak suka manis boleh kurangkan lagi. Bagi cikgu macam ni dah ok ngam-ngam saja.

6. Masukkan ke dalam piping beg. Nanti potong hujung plastik tu tau.

7. Pipe isi krim ke dalam belahan roti. Buat sendiri kita boleh letak banyak-banyak

8. Celup roti ke dalam larutan bawang putih dalam beberapa saat biar dia meresap. Tuang baki larutan ke atas roti.

9. Bakar pada suhu 170′ selama 10-15 minit atau hingga masak.

10. Masa bakar, aroma bawang putih akan memenuhi ruang dapur hingga ruang tamu.

11. Done! Makan panas-panas memang sedap

MW: Senang sangat nak membuatnya. Kalau anak tak suka bau bawang putih boleh kecualikan ye.. Buat yang ringkas-ringkas saja untuk keluarga.

Sumber: Nur Azliza

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

IKLAN