Korean Garlic bread, memang cukup popular sebelum ini dan sampai sekarang pun masih mendapat permintaan daripada penggemarnya. Gabungan rasa bawang putih dan krim kejunya sangat mengasyikkan.
Pernah juga terfikir, macam susah sangat nak buat korean garlic bread dan paling senang pesan dan beli saja. Memikirkan nak kena buat sendiri rotinya dan belum lagi untuk inti krim keju di dalamnya.
Agak-agaknya, ambil masa berapa la nak siapkan. Jadi, lebih baik pesan sahaja. Harganya pun masih berbaloi dengan cara pembuatannya.
Jadi, bagi yang suka dengan korean garlic ini boleh cuba buat sendiri sahaja. tak perlu nak fikir buat roti sendiri, boleh saja guna roti biasa terutamanya roti buegr yang sesuai bentuknya. Bahan inti masih sama. Cukup senang kan!
Perkongsian daripada Nur Azliza atua dikenali Cikgu Za ini memang menarik dan bolehlah cuba di rumah nanti.
2. Untuk larutan bawang putih, cairkan 150g mentega.
Tumbuk 5 ulas bawang putih dan campur dalam larutan mentega.
Tambah 1 sudu besar susu pekat,
Masukkan sedikit serbuk oregano
Tambah kan sebiji telur.
Putar mesra bahan-bahan tersebut.
Ads
3. Ini larutan bawang putih tu. Ketepikan, kita buat inti cream cheese pulak.
4. Potong roti 3 kali macam ni.
5. Putar 250g krim keju (cream cheese) tatura dengan 1 sudu besar susu pekat. Ikut citarasa sendiri. Kalau tak suka manis boleh kurangkan lagi. Bagi cikgu macam ni dah ok ngam-ngam saja.
6. Masukkan ke dalam piping beg. Nanti potong hujung plastik tu tau.
Ads
7. Pipe isi krim ke dalam belahan roti. Buat sendiri kita boleh letak banyak-banyak
8. Celup roti ke dalam larutan bawang putih dalam beberapa saat biar dia meresap. Tuang baki larutan ke atas roti.
9. Bakar pada suhu 170′ selama 10-15 minit atau hingga masak.
10. Masa bakar, aroma bawang putih akan memenuhi ruang dapur hingga ruang tamu.
11. Done! Makan panas-panas memang sedap
MW: Senang sangat nak membuatnya. Kalau anak tak suka bau bawang putih boleh kecualikan ye.. Buat yang ringkas-ringkas saja untuk keluarga.
Ada masanya nak makan masakan yang ringkas je dan tak perlu banyak lauk, mak-mak boleh masak resipi simple Terung Masak Sambal Berlada ni. Memang sedap dan mudah disediakan. Cukup rasa sambal pedas, masam dan manisnya disamping kerangupan ikan bilis.
“Terung Masak sambai Berlada” Style saya masak simple jaa..Mai hari tak berapa nak rajin 1 menu cukup. Makan pulak dengan nasi panas-panas taruh kicap kipas udang sikit, tak da lauk lain pun tak pa dah.
Bahan-Bahan:
Terung (Goreng sekejap)
Ikan Bilis (digoreng)
Asam Jawa
Garam & Gula secukupnya
*Bahan Kisar
Bawang Merah
Bawang Putih
Cili Merah
Cili Padi
Cara Membuat:
1. Tumis bahan kisar dalam kuali dan masak sehingga cili garing.
2. Kemudian masukkan sedikit asam jawa.
3. Masukkan pula garam & sedikit gula perang utk seimbangkan rasa.
4. Saya suka goreng dulu terung, sebelum masukkan dalam sambal.
5. Kemudian masukkan pula ikan bilis. Kacau rata.
6. Siap! makan dengan nasi panas-panas memang sedap.
Memang sedap makan ikan bakar yang diperap sambal dicicah air asam.Apatah lagi ikannya dibakar dalam balutan daun kunyit dan daun pisang.Semerbak aromanya meresap ke dalam ikan.
Namun, selain kena guna ikan yang segar, sambal perapnya pun kena pandai buat. Barulah ikan bakarnya sedap, manis, segar, pedas masam secukup rasa. Jika makan di gerai Ikan Bakar, memang boleh tahan mahal harganya. Lebih jimat dan berbaloi bila mak-mak buat sendiri di rumah.
Nak buat sambal Perap Ikan Bakar, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nasriah Ramli ini sebagai rujukan.
“Mai nak share cara akak buat ikan bakar. Resepi Sambal Perap Ikan Bakar Nas Style”
Bahan Kisar:
Cili kering
Lengkuas
Halia
Bawang putih & merah
Kunyit hidup
Serai
Ikan bilis @ udang kering
Cara Membuat:
1. Tumis bahan-bahan yang dikisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan perahan air asam jawa dan masak sehingga kering.
3. Masukkan sos tiram, gula perang dan garam secukup rasa.
4. Kalau terlalu pekat atau kering, tambah sikit air.
5. Masukkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit.
6. Akhir sekali, masukkan petai.
7. Apabila sambal dah sejuk, lumur pada ikan, balut dalam daun kunyit atau daun pisang.
8. Perap 30 minit sebelum dibakar.
Resepi Ayaq Asam
Bahan-Bahan:
cili merah
cili hijau
cili api
tomato
bawang besar
Cara Membuat:
1. Hiris halus bahan-bahan tersebut, gaul dan lenyek bersama
garam, gula, air asam jawa & belacan.
2. Perah air limau nipis. Nak best lagi, letak kerisek dan isi ikan rebus.
MW: Mak-mak yang suka makan ikan bakar perap sambal boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Jimat banyak dan berbaloi bila kita buat sendiri di rumah. Selamat Mencuba!
Resipi Kek pisang yang tak pernah lapuk dek zaman. Bukan setakat anak-anak yang suka makan tapi orang dewasa pun tak sama. Rasanya yang lemak manis, lembut dan lembap membuatkan kita makan pun tak terasa muak.
Ada macam-macam cara dan resipi kek pisang yang mak boleh buat mengikut citarasa tersendiri. Malah, nak membuatnya pun tidaklah remeh. Senang sangat.
Inilah yang dikongsikan oleh Melati Desa, resipi kek pisang. Menariknya, mak-mak tak payah guna mixer, hanya guna blender saja.
Bahan A:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat (ayak semua dan satukan)
Bahan B:
4 – 5 biji pisang berangan @ 7 – 8 biji pisang emas
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1/2 cawan gula perang + 1/2 cawan gula kasar (kalau gula perang tak ada, boleh terus masukkan 1 cawan gula kasar)
3 biji telur
(Masukkan semua bahan B ke daam blender da nkisar hingga halus)
Cara Membuatnya:
1. Satukan Bahan A dan Bahan B dalam mangkuk adunan
2. Kaup balik hingga sebati
3. Sapu loyang 8″ x 8″ dengan minyak dan alas dengan kertas minyak
4. Tuang adunan dalam loyang dan bakar dengan suhu 170˚C selama 35 – 45 minit atau hingga kek masak. Boleh juga dikukus selama 45 minit.
Tip: Nak mudah, masukkan ke dalam cawan kertas. Senang dan cepat nak makan. Bolehlah 24 biji.
MW: Memang senang sangat. Kalau tak nak guna dulang, letak terus dalam cawan kertas.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.