Resipi Popia Nestum Rangup, Gulung Guna Straw Lebih Senang!

Share

Selain kuih dan biskut raya, kudap-kudapan juga antara kegemaran ramai masa hari raya.Seperti kerepek, kekacang dan popia nestum ni. Nak buatnya cukup mudah dan pastinya memang sedap.

Cuma bab yang agak ‘renyah’nak buat popia nestum ni, waktu nak menggulungnya. Jika salah gulung, hujungnya terbuka dan gulungan pun tak cantik sekata.

Rupanya ada cara senang nak gulung kulit popia ni, hanya guna batang straw. Ia membuatkan kulit popia lebih mudah digulung, kemas dan cantik apabila digunting nanti.

Berikut perkongsian daripada Puan Shaiela Ehin sebagai rujukan;

“Buat popia nestum hari ni.Saya lebih suka gulung guna straw je.Semua step ada pada gambar ye.Sesiapa nak cuba buat boleh lah buat. Saya halalkan siapa yang ambil resepi ni”

Bahan-Bahan:

Kulit popia
Nestum
Minyak untuk menggoreng
3 senduk Nestum (dikisar halus)
1 senduk gula (dikisar halus)
1 senduk susu tepung
Tepung gandum
air

Straw

Cara Membuat:

  1. Gulung kulit popia dan letak straw. Hujung tu sapukan bancuhan tepung gandum.Bancuh jangan cair, sedang-sedang je macam buat cucur tu.

2. Gulung sampai habis dan tarik straw perlahan-lahan.

3. Buat banyak-banyak seperti ini.

4. Guntingkan popia secara menyerong dengan gunting yang tajam.

5. Gorengkan popia dalam kuali dengan api sederhana sehingga kekuningan.

6. Angkat, tos dan biarkan seketika.

7.Gaul sebati nestum, gula dan susu tepung selepas itu bolehlah taburkan pada popia yang telah digoreng tadi. Pastikan popia telah betul-betul sejuk.

Siap!

Info Ekstra!

1. Popia yang telah digunting tak perlu dijemur. Biarkan bawah kipas sekejap agar keras dan terus digoreng.Barulah rangup.
2.Jika nak senang letak popia yang dah digoreng dalam besen.Tabur nestum tu, goncang-goncang sikit, siap!
3.Kena cari straw yang keras skit, senang nak tarik.Kalau tak nak melekat sapu tepung gandum dekat straw tu, bila dah gulung senang nak tarik.
4. Goreng api sederhana, kalau api kecil sangat nanti popia tu makan minyak.

Selamat Mencuba!

MW: Buat mak-mak yang nak kudapan sampingan masa hari raya nanti boleh cuba resipi ni. Memang senang sangat nak buat dan terbukti sedap!

Sumber:Shaiela Ehin

IKLAN