Resipi Peria Goreng, Campurkan 3 Jenis Bancuhan Tepung, Barulah Rangup!

Share

Peria goreng yang dicelup tepung menjadi kesukaan ramai. Tambahan lagi jika peria tersebut digoreng rangup. Sebenarnya kalau hendak rangup bolehlah celup ke dalam 3 jenis bancuhan tepung sebelum digoreng.

Apa kata cuba resipi Peria Goreng Celup Tepung yang dikongsi oleh Marissa Mikail ini.

“Hai semua. Cik Mai share resipi peria celup tepung. Kalau kita sebut peria jek mesti terbayang rasa pahit kan. Cik Mai sebelum ni memang tak makan peria. Nak nak peria katak. Sebut peria jek terus rasa seram sebab takut pahit.
“Tapi time kerja kat KL dulu ada satu gerai kat foodcourt opis yang ada menu peria goreng. Time tu tertarik rasa nak try. Bila makan fulamak sedap rupanya peria goreng ni.
“Sejak hari tu peria ni jadi resepi kegemaran Cik Mai. Tapi yang Cik Mai share ni tak sama rasa macam yang kat foodcourt opis Cik Mai dulu.
“Tapi boleh la buat lepas rindu kalau teringat peria tu. Ok jom tengok resepi dia.”

Bahan-bahan

3 biji Peria katak saiz kecil – dihiris dan direndam dalam air garam
Lada hitam
Jintan Manis
Ketumbar
4 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu serbuk besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit garam
Serbuk perasa – jika perlu

Artikel berkaitan:
Resipi SERBUK COLEK KERING Hanya Guna 4 Bahan, PEDASNYA Boleh Tahan!


Ayam Penyet Berempah Cara Mudah, Serbuk Serdak Itu Yang Buat Sedap
Cara Buat

1-Mula-mula kita rendam peria dalam air garam. Petua orang dulu-dulu nak bagi kurangkan rasa pahit peria. Rendam la dalam setengah jam ke.

2-Selepas itu, basuh lada hitam, jintan manis, dan ketumbar sebagai bahan rempah.

3-Tumbuk rempah tadi sehingga hancur

4-Kita sediakan bancuhan tepung pulak. Untuk 3 biji peria katak yang bersaiz kecil Cik Mai gunakan 4 sudu besar tepung beras, 1 sudu besar tepung jagung dan 1 sudu besar tepung gandum. Sebelum ni try pakai tepung gandum jer tapi peria tu jadi tak rangup. Bila bancuh macam ni baru umpph. Masukkan sekali garam atau serbuk perasa jika perlu.

 

5-Kemudian campurkan 1 sudu besar serbuk kari dan 1 sudu kecil serbuk kunyit.

6-Masukkan rempah yang ditumbuk tadi. Gaul sebati.

7-Dah siap kita masukkan peria. Gaul sehingga semua peria bersalut bancuhan tepung.

8-Kemudian goreng dengan api yang sederhana sehingga garing. Tadaaa dah siap. Mudah dan sedap.

Selamat mencuba

Sumber / Foto : Marissa Mikail

IKLAN