Sesekali buat pencuci mulut untuk minum petang seperti ‘Peach Buttercake’ini sedap juga. Menariknya, nak buat kek ini tak perlu guna serbuk penaik pun, namun tetap gebu dan lembut.
Boleh cubaa resipi yang dikongsikan oleh Dani J Tang ini.
Sesekali buat kek ok jugak kan. Masih lagi dengan resepi tanpa serbuk penaik perkongsian dari seorang chef. Sangat sesuai untuk orang yang tak simpan penaik sebab jarang baking. Saya olah sikit je pada resepi ni. Nak try buat boleh cekidaut resepi. Tapi kalau takut kek tak jadi, boleh je puan-puan nak letak penaik 1 sudu kecil.
Bahan-Bahan:
250g butter (majerin dalam resepi asal)
220g gula castor (saya guna 200g, sesuai selera)
250g tepung gandum (diayak)
4 butir telur
70ml fresh milk
1 sudu kecil air lemon @ cuka
1 penutup esen vanilla (saya guna french V)
Cara Membuat:
1.Panas kan oven ikut kesesuaian oven atau AF masing² ye. Saya guna oven industri suhu atas bawah 150 selama 20 min kemudian turunkan suhu 130 selama 20min lagi.
2. Sukat susu kemudian masukkan perahan lemon @ cuka, biar selama 10min. Ketepikan (resepi asal hanya guna susu sahaja ya. Saya olah masukkan lemon @ cuka).
3. Sambil tu, pukul butter dan gula sehingga putih dan kembang gebu. Jangan lupa kaup tepi-tepi bekas.
4. Masukkan esen vanilla, kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji (masukkan sebiji, pukul sehingga rata, ulang seterusnya sampai habis 4 biji telor).
5. Masukkan tepung separuh dahulu, kaup balik / pukul sebati, kemudian masukkan susu, sebatikan & masukkan baki tepung. Kaup balik @ pukul sehingga rata. Jangan terlebih pukul ye.
6. Masukkan dalam loyang saiz 8 atau boleh guna aluminium cup atau muffin pan / cup.
Ads
7. Boleh pelbagaikan ikut kreativiti masing-masing nak letak buah atau nak warnakan atau di biar kosong je. Saya guna buah pic dalam tin.
8. Bakar selama 40min ye atau sehingga masak.
Ads
Semoga kita semua dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, semoga wabak yang melanda sekarang ni berakhir & kita semua kembali berpeluang untku pulang bertemu ibu ayah & ahli keluarga.
Air Katira antara minuman yang selalu dijual di bazar Ramadan dan mendapat permintaan ramai. Rasanya yang sedap, berlemak manis memang melegakan tekak seharian berpuasa. Resipi asli air katira memang agak renyah dan menggunakan macam-macam bahan seperti biji selasih, susu, badam, kembang semangkuk dan sebagainya.
Namun waktu PKP ni, kalau teringin nak minum air katira versi ekspres boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Siti Hajar Mat Rasit ini.Menurut wanita ini, serius sedap dan rasanya sama seperti air katira asli.
Berikut perkongsian tersebut;
“Semalam ramai yang tanya macam mana buat Air Katira ni. So makiti share kat sini jela ek macam mana nak buat Air Katira PKP. Jimat dan ekpres. Bahan-bahan simple je, yela nama pun ekpres kan. Walaupun ala ala je tapi serius sedap macam Air Katira asli.”
*Kenapa tebu? Tak rasa tebu ke nanti?
Iye tebu, takde rasa tebu pun sebenarnya. Rasa macam air Katira.
*Sukatan ikut sedap mata memandang sedap lagi tekak menelannya.
Cara Membuat:
1. Masukkan perasa tebu, susu, selasih dan cincau ikut banyak mana bancuhan.
2. Masukkan air kosong.
3. Titiskan sirap ros sikit supaya warnanya nampak dark sikit.
4. Masukkan ais.
(Mata makiti tak kenan tengok warna dari perasa tebu tu je, sebab tu tambah sirap sikit. Kalau hampa takmau letak pun takdak masalah, tak lari pun rasa dia kecuali la letak asam jawa)
Dah siap, kalau ada yang cukup bahan macam air katira asli, bolehlah ditambah ke dalamnya. Kalau takde, guna jela apa ada. Ye dokk? Walaupun ringkas, boleh tahan sedap juga. Dah buat nanti tag makiti ok.
Tak semua tempat senang cari katira, kembang semangkuk dan bahan lain dalam katira asli tambah-tambah tengah pkp ni. Dan tak semua orang rajin nak blend kurma dan daun pandan masa puasa ni. Sekali lagi diingatkan bahan yang ni versi ekspres, bukan niat nak lawan katira asli sekadar buat pelepas dahaga berpuasa. Maaf kalau ada tersalah dalam berkongsi resepi.
MW: Sedapnya air khatira. Terasa lemak manis dan sejuknya air ni. Mak-mak boleh cuba buat sendiri untuk minuman berbuka nanti, versi bajet dan ekspres.
Roti Jala memang sedap dicicah dengan kuah durian atau kuah kari. Nak makan puas hati memang berbaloi buat sendiri. Tapi bila buat sendiri pula, selalu payah nak jadi. Sama ada adunan cair sangat dan melekat pada kuali. Memang stress dibuatnya.
Mak-mak yang suka makan roti jala, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Siti Noor Hidayah Samah ini. Adunannya sedang molek, cepat siap dan pasti jadi cantik kejadiannya.
Berikut perkongsian oleh wanita ini;
“Untuk mak-mak yang seteress buat roti jale tak jadik-jadik tu bolehlah pakai resepi ni. Adunan behave, mudah handle dan cepat siap.Minggu ni kite dah 2 kali buat. Makan dengan kuah durian & kari ayam”
Bahan-Bahan:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji telur
secubit garam
2sudu minyak masak
pewarna kuning
Cara Membuat:
1.Blend aje semua bahan dan tapis. Tak nak tapis punn takpe. Kita terlebih ‘rajin’ so tak tapis.
2.Selepas itu, masukkan dalam botol sos muncung 3 tu, kemudian paipkan ke dalam non-stick pan.
3. Api kena perlahan. Kejap je da masak angkat ler. Pastu ikot ler nak lipat empat segi ke, tiga segi ke, bulat ke, nak gulung ke. Masuk dalam perut nanti keluarnya begulung jugok.
Selamat Mencuba!
MW: Cantik kejadian roti jala yang dihasilkan, elok berlipat dan tak melekat. Mak-mak yang selalu buat roti jala tak jadi tu boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Kalau dalam peti tak ada paste cili kering itu maknanya anda memang jenis jarang masak! Sebab masakan orang Melayu ni kebanyakannya guna cili kisar.
Tetapi sesetengah orang buat paste cili kering ni tak tahan lama, seminggu pun dah berkulat. Nah, godek rahsia maak ni.
Tambah pula tinggal beberapa hari lagi nak menyambut bulan Ramadan, jadi tak salah kalau mak-mak mula get ready dengan siapkan bahan-bahan yang mudahkan kerja di dapur untuk masak nanti.
Petua daripada Puan Al Ulfah II ni salah satu, cara buat paste cili kering yang sangat mudahkan mak-mak waktu nak masak sahur dan berbuka lebih cepat.
Bahan-bahan:
Cili kering
Bawang besar
Bawang putih
Garam
Minyak
Cara Buat Paste Cili Kering:
Potong cili buang biji.
Cuci dan rebus cili.
Sejukkan cili , blend cili dgn air n campurkan sedikit minyak nk bg hancur biji cili yg “terlepas” (ada) masa cuci.
Masa blend cili masukkan bawang besar dan putih.
Kemudian masakkan cili tanpa tumis dengan minyak (nak tumis pun boleh, ikut selera masing-masing) bagi cili agak-agak kering.
Masukkan garam. (kak guna garam kasar)
Sejukkan cili dan masukkan dalam bekas-bekas dan simpan di tempat sejuk beku. Tahan berbulan-bulan.
Nak guna keluar kan. Mudah ke payah?
Nota: Kena masukkan bawang putih dalam cili kisar ebab ini boleh bertindak sebagai anti kulat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.