Resipi Mudah Coffee Honeycomb Sugar, Buat Sendiri SEDAP Betul!

Share

Bagi peminat kopi tegar, macam-macam perisa kopi boleh dicuba bagi menikmati kesedapan rasa kopi itu sendiri. Untuk kelainan, sesekali boleh cuba kopi segera yang dicampur dengan kepingan gula karamel bagi menambah keenakkan rasa dan aromanya.

Boleh cuba buat sendiri resepi mudah Coffee Honeycomb Sugar yang dikongsikan oleh Erma Azizie ini;

Khas untuk peminat COFFEE TEGAR cam aku ni. Haritu ada minum kat cafe mahal tu, minum coffee pastu ada gula caramel atasnya. Serius tak boleh nak move on.

So google dan dapat resepi gula caramel ni. Dekat Korea panggil Dalgona sugar. Tempat lain panggil honeycomb sugar. Nescafe + Dalgona sugar or honeycomb sugar. Jom buat.

Resepi dalgona/ honeycomb sugar

Bahan-Bahan:

1 cawan gula
3/4 sudu teh soda bikarbonat (kurang sikit dari 1 sudu teh)

Cara Membuat:

1. Cairkan gula sampai gula warna keperangan, sentiasa gaul ye. Jangan sampai hangus ye tuan-tuan dan puan-puan. Guna api yang sederhana. Jangan buka api yang besar, nanti hangus.

2. Bila dah warna perang, matikan api terus masukkan soda bikarbonat, gaul rata.

3. Letak atas tutup periuk steel. Guna loyang pun boleh.

4. Tunggu sejuk dan keras. Pastu ketuk guna anak batu lesung yang dibungkus plastik.(Kalau tak bungkus plastik, takut rasa cili plak).

5. Keadaan dalgona / honeycomb candy yang dah siap.

6. Selepas itu bancuh la air nescafe + susu pekat 1 sudu pastu tambah dalgona candy/ honeycomb candy ni 1 sudu.

Siap! Sedap wei! sedap betul..kalau ketagih jangan salahkan aku.

Info Ekstra!

  • Fungsi Soda supaya ada bubble dekat gula tu. Jadi bila dah sejuk, tak la keras sangat nak gigit.

Baca Lagi Di Sini:

Dalgona Latte Kopi Korea VIRAL, Senang! Whisk Pakai Garfu Pun Boleh

Ada Sebab Orang Perempuan Tak Boleh Minum Kopi Lebih 2 Cawan Sehari

MW: Jadi buat peminat kopi dan sukakan kelainan dan citarasa baru, boleh cuba resipi mudah yang dikongsikan ini. Senang sangat nak buat dan rasai kesedapannya.

Sumber: Erma Azizie

IKLAN