Mudahnya buat M&M Cookies ni, guna sukatan cawan je tak perlu nak guna penimbang. Malah sangat sedap dan cantik berseri warna warni.
Bukan apa, setiap kali tibanyanya musim raya, kuih atau biskut raya bagaikan satu kemestian untuk dihidangkan buat tetamu. Tak kisahlah beli ke buat sendiri.
Kalau mak-mak nak cuba buat sendiri, boleh buat resipi M&M cookies mudah yang dikongsikan oleh Puan Nor Azliza Mohamed ini.Resipi mudah biskut raya yang dibuat niaga.
Pagi ni siapkan order customer lagi, Alhamdulillah dipermudahkan urusan mommy. Order raya masih on hingga akhir bulan ni.
M&M COOKIES
Bahan-Bahan:
3/4 cawan butter
1/3 cawan gula castor
2/3 cawan gula perang
1 biji telur + 1 biji kuning telur sahaja
1 1/2 sudu kecil esen vanilla
2 cawan tepung gandum }
1 1/4 sudu kecil baking powder } ayak sekali
1/3 choc chip mini / choc rice Chocholate m&msecukupnya untuk hiasan
1. Mix butter + gula hingga kembang gebu.
2. Kemudian masukkan telur + kuning telur + esen vanilla, mix lagi.
3. Masukkan bahan-bahan ayak sedikit demi sedikit hingga habis, kaup balik sebati.
4. Jika adunan agak lembik, boleh tambah 2 sudu besar tepung gandum dan masukkan ke dalam fridge 30 minit hingga 1 jam.
Ads
5. Sudukan atau gentel bulat-bulat doh, susun atas baking tray.
6. Selepas itu, letakkan choc m&m di atasnya.
7. Bakar pada suhu 170°c 15 hingga 20 minit atau mengikut oven masing-masing ya.
Mingguan Wanita:Jadi buat mak-mak yang tengah mencari resipi biskut raya mudah boleh cuba M&M COOKIES ni. Memang mudah tak perlu timbang-timbang, guna sukatan cawan je.
Resepi mudah donut 1 cawan, comel gebu boleh dapat 8 biji! Ada masa tekak memang teringin nak makan kuih donut. Nak keluar beli malas, nak buat sendiri takut tak habis sebab kebiasaannya untuk adunan banyak.
Ikut resipi yang dikongsikan ini memang mudah, buat donut guna secawan tepung je. Boleh dapat 8 hingga 10 biji donut. Bolehlah buat makan untuk minum petang. Tak risau kalau tak habis sebab banyak sangat.
Boleh cuba resipi Donat 1 cawan seperti yang dikongsikan oleh Puan Khairunnisa Mohammad ini sebagai panduan.
Resepi Donat 1 Cawan
Nak beli? Malas keluar. Nak buat? Takut banyak sangat, takda orang makan. Begitu syulitttt. Takpa. Hari ni kita buat satu cawan tepung je.
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung gandum (saya pakai cawan metrik)
1 biji telur
1 sudu kecil yis (sudu KFC)
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula
1/4 cawan air suam
Cara Membuat:
1. Campur semua bahan, gaul dan uli sekejap.
2. Lepastu masukkan 1/2 sudu besar marjerin. Kalau doh melekit, tambah dalam 2 sudu besar tepung. Sambung uli sampai doh licin. Perap 1 jam.
3. Lepas perap, bahagikan kepada 8/10 bahagian kecil. 4. Bulatkan. Penyekkan. Lubangkan di tengah.
5. Perap lagi 30 minit.Lepastu goreng.
6. Dah siap, boleh salut dengan gula atau susu.
8 biji rasa macam banyak jugak? Jangan risau. Kecik je donatnya ni. Makan suami isteri sambil duduk depan TV, tak sedar tiber dah habis.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Kacang goreng ini sejenis kudap-kudap yang laku keras kalau makan depan TV. Kalau beli dapat tak banyak sangat, jadi kalau buat guna resepi yang dikongsikan Puan Hajar Mael ini, in shaa Allah puas hati.
Lagi berbaloi buat sendiri sebab dapat minyak kacang tu sekali! Nah, jemput godek bahan-bahan yang diperlukan…
Kacang Goreng
Kawan-kawan sibuk dengan berbagai biskut, saya pula duk sibuk mengoreng kacang. Ramai tak peminat kacang putih goreng ni. Salah satu menu wajib bila nak raya di rumah saya, nak buat pun senang.
Ini saya kongsikan macam mana nak buat. Apa yang best, kacang goreng dapat dan dapat minyak bawang putih pun dapat.
Bawang putih, garam, kacang putih kopek (beli yang dah siap dikopek) dan air panas didih.
Cara Nak Buat:
1. Basuh kacang dan masukkan dalam besen.
2. Bawang putih ditumbuk bagi pecah-pecah.
3. Letak garam secukup rasa (tak masin pun tak apa sebab nak goreng nanti kita letak lagi).
4. Letakkan air panas yang mendidih sampai tenggelam kacangnya.
5. Rendam sampai kacang kembang lebih kurang sejam lebih.
6. Toskan kacang dan asingkan bawang putih tadi (jangan buang sayang, kita simpan buat minyak bawang putih)
7. Masukkan kacang + air garam yang dah di campurkan dengan kiub ayam ke dalam minyak panas.
8. Pakai api kecik ya masa menggoreng.
9. Jangan api besar risau kacang tak masak kat dalam.
10. Toskan minyak.
11. Bawang putih yang diasingkan tadi jangan dibuang.
12. Guna kuali lain letak minyak masak dan goreng bawang putih tadi sampai kekuningan.
13. Kita buat minyak bawang putih sedap kalau dimasukan dalam sup atau buat nasi goreng. Wangi je baunya.
14. Saya ketuk bawang putih selabu lagi dan campur dengan yang tadi.
15. Tunggu masa untuk ngapppp!
Ok mak-mak, yang mana gemar sangat makan segala jenis kacang boleh lah cuba buat kacang ini ya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memang ada benarnya, Ikan Rebus sebaiknya kita buat sendiri di rumah, buat banyak-banyak simpan dalam freezer boleh tahan berminggu-minggu.Bila nak makan tinggal goreng je. Bukan apa, ikan rebus yang dibeli boleh diragui tahap kebersihan dan halalnya. Buat sendiri lebih puas hati.
Ada pelbagai cara untuk buat ikan rebus. Namun cara yang dikongsikan oleh Puan Nor Azua Amlan ini tak letak asam pun, hanya gaul dengan garam.Malah walaupun nama ikan rebus, hakikatnya ia perlu dikukus.
Berikut perkongsian tersebut;
HOMEMADE IKAN REBUS. Bila pegi pasar, akak pasti akan beli ikan kembong untuk buat ikan rebus. Masa akak beli ikan kembong ni tadi, sempat akak berbual dengan orang yang jual ikan tu.
Orang Melayu kita. Orang tu kata… Kalau boleh elakkan dan JANGAN beli yang ada jual dalam RAGA ROTAN kat pasar-pasar tu. Sebab dia sendiri dah tengok cara orang-orang kat situ buat.Tempat dia kotor dan menjijikkan. Dengan perut dan najis ikan yang tak dibuang, cara basuh, main siram jer dengan air.
Kalau sesiapa pegi tengak kat tempat orang tu buat, pasti tak akan beli dah sampai bila-bila. Lagi elok buat sendiri. Buat banyak-banyak, lepas tu simpan dalam frezer.Tahan berminggu-minggu. Nak makan/goreng ambil jer.
Yang ni akak buat sendiri Homemade habis akak buang segala isi perut dan insang ikan kembong ni. Dalam perut dia bersih dah.Ikan rebus ni sedap dimakan masa lepas goreng. Dan makan panas-panas. Akak kadang-kadang ikan rebus ni akak goreng dulu, lepas tu akak buat sambal.
Nama menu yang dalam gambar ni IKAN REBUS. Orang Perak panggil IKAN REBUS. Lain negeri, lain gelaran dia. Ikan ni sebenarnya DI KUKUS. Tak tahu dari mana boleh dapat nama IKAN REBUS. Yang akak buat ni memang tak letak asam. Ikan ni hanya gaul dengan garam semata.
Cara Membuat:
Akak buat ni ikan dia dalam 18 ekor, garam dalam 3 sudu. Gaul-gaul, susun dalam loyang rapat-rapat, perap selama 45 minit dan kukus selama 1 jam (1 jam ni sebab akak buat banyak. Kalau buat sikit, janganlah kukus sampai 1 jam… Agak-agak jerlah masa dia untuk berapa ekor yang kita nak kukus).
Org Perak memang panggil IKAN REBUS. Walaupun cara pembuatan dia dikukus. Macam suami akak asal orang Gombak, dia orang tak biasa makan.Mula-mula suami rasa pelik dengan menu ni dan sekarang, suami akak pulak yang suka makan.
Setiap kali gi pasar dia suruh beli ikan kembong atau 2kg. Buat banyak-banyak dan simpan dalam frezer. Nak goreng, keluarkan awal-awal mana yang perlu sahaja, biarkan pada suhu bilik, JANGAN direndam, bila dah lembut, terus goreng. JANGAN DI BASUH pulak. Sebab sebelum kita kukus ikan ni, kita dah bersihkan siap-siap. Lagipun kalau kita basuh sebelum goreng, takut ikan ni akan meletup-letup.
Info Ekstra!
Ikan DI KUKUS ye. BUKAN DI REBUS, Letak air dalam periuklah, letak asam kepinglah, letak gula nisanlah.BUKAN…BUKAN…BUKAN ye
Ni cara akak, cara orang lain akak tak tahu.Nama dia je IKAN REBUS. Dan ikan ni DIKUKUS. Jangan salah faham.Yang tak biasa mungkin akan kata PELIK.Tapi nilah hakikatnya, akak belajar dengan arwah ayah akak, seorang Peniaga Ikan dari rumah ke rumah. Alah…orang kata akak ni anak Taukeh Ikan secara kecil-kecilan.
IKAN REBUS ni biasa kalau kat pasar, orang jual dalam bakul rotan.
IKAN REBUS ni biasa orang Cina yang buat.
IKAN REBUS biasa dijual sekali dengan isi perut dan najis. Eeeeee… kotorrr.
Nak lebih bersih, buat je sendiri banyak-banyak, simpan dalam frezer, nak makan, keluarkan banyak mana yang perlu. GORENG.
Kalau buat banyak-banyak, asingkan siap-siap Ikan Rebus ni dalam plastik.
Keluarkan Ikan Rebus mana yang perlu sahaja. Selebihnya simpan semula dalam frezer.
Sebelum nak goreng, kalau Ikan Rebus tu masih keras beku, lembutkan pada suhu bilik (kalau ada yang tak tahu apa tu SUHU BILIK.
Contoh :- Nak goreng pukul 12 tengahhari, keluarkan ikan dalam pukul 10 pagi. Letak ikan dalam bekas yang sesuai. Biar ais ikan tu cair sendiri.JANGAN direndam Ikan Rebus dengan air.
Bila Ikan Rebus dah lembut, buang kepala dan ekor dan terus goreng. JANGAN gaul dengan serbuk kunyit pulak tau.
Cara-Cara nak simpan Ikan Rebus:
Dalam bekas, akak alas dengan plastik.Susun ikan rebus.
2. Alas lagi dengan plastik.Susun lagi ikan rebus. Buat sampai habis, layer by layer.
3. Simpan ikan rebus ni dalam freezer, kalau nak goreng, angkat je lapisan plastik tu.
Lembutkan ikan pada suhu bilik, lepas tu baru goreng.
Mingguan Wanita: Menarik juga buat ikan rebus ni. Mudah dan sedap. Malah terjamin bersih dan halal bila kita buat sendiri. Buat banyak-banyak boleh simpan dalam freezer, bila nak makan tinggal goreng je. Senang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.