Resipi Kuih Seri Muka Pandan TANPA Telur Sukatan Cawan Paling Mudah!

Share

Kuih Seri Muka antara kuih Tradisional Melayu yang sering menjadi pilihan dan kegemaran ramai orang. Rasanya pulutnya yang lemak bersantan dengan lapisan hijau aroma daun pandan, menjadikan kuih ini amat sesuai dinikmati pada bila-bila masa, baik ketika sarapan mahupun minum petang. Namun bagi yang tak boleh makan telur sebab rasa hanyir atau faktor kesihatan seperti alergik, tetap boleh menikmati kuih ini.

Mak-mak boleh cuba buat kuih seri muka yang sedap, lembut, cantik warnanya ikut resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Hasnah

ini. Menurutnya resipi ini menggunakan pati daun pandan dan tak menggunakan telur seperti kebiasaannya.Malah cukup mudah dibuat sebab guna sukatan cawan dan tak perlu nak guna alat timbangan.

Resipinya seperti berikut;

Bahan-Bahan:

(Pulut)

2 cawan beras pulut direndam dahulu.
Santan (sebiji kelapa) ½ bahagian untuk pulut, ½ bahagian untuk kepala

(Sukatan hijau-kepala seri muka)

3 sudu makan tepung gandum *boleh tambah tepung kalau suka keras
7 sudu gula
1 cawan air pandan pekat
1 cawan santan pekat
½ cawan air

Cara Membuat:

1.Masukkan beras pulut yang telah direndam ke dalam loyang size 8.

2.Masukkan setengah sudu kecik garam ke dalam santan dan kacau.

3.Tuang santan tadi ke dalam loyang.

4.Kukus pulut separuh masak.

5.Ratakan pulut sehingga tiada ruang/rongga.

6.Untuk kepala seri muka, mula-mula blend daun pandan. Air sikit je tak sampai ½ cawan. Agak-agak jangan sikit sangat takut tak hancur nanti.

7.Tapis air daun pandan.

8.Satukan tepung gandum dan gula. Kacau sebati.

9.Kemudian tuang air pandan sikit demi sedikit dan kacau.

10.Masukkan juga santan sedikit demi sedikit.

11.Tapiskan adunan yang telah dibancuh.

12.Tuang adunan pandan atas pulut tadi dan kukus dalam setengah jam.

13. Kukus sampai masak.

Siap! Selamat Mencuba.

Baca Lagi Di Sini:
“Jemu Makan Buahnya, Kita Olah Menjadi Kuih”, Wanita Ini Kongsi Resipi #SeriMukaDurian Sedap!

Wanita Ini Kongsi Resipi Lengkap Kuih Seri Muka Daun Pandan Yang Sering Mendapat Tempahan

MW:Boleh cuba resipi kuih Seri Muka tanpa gunakan telur ni. Mudah sebab gunakan sukatan cawan, kuih elok cantik. Paling penting kalau alergik tak boleh makan telur pun boleh makan kuih ni.

IKLAN