Kuah kacang salah satu menu kegemaran ramai dan sedap dimakan dengan nasi impit atau ketupat. Malah seeloknya kuah kacang ini dibuat lebih awal berbanding menu raya yang lain. Bukan apa makin lama, bila dipanaskan ia makin sedap.
Namun nak buat kuah kacang yang sedap ada cara dan resipinya yang tersendiri.Nak cuba cara yang mudah boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Abdul Razak Abdul Rahim ini.
Kuah kacang nasi impit.Resipi kuah kacang simple.
Bahan-Bahan Diperlukan:
3 batang serai
2 inci halia
2 biji bawang merah (besar)
Segenggam cili kering
* Dikisar halus
2 sudu kecil asam jawa adabi tanpa biji
Kacang Tanah secukupnya
Cara Membuat:
1.Tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
2.Masukkan pes Asam Jawa. Masukkan sikit-sikit, takut masam sangat nanti.
3.Masukkan kacang goreng blend kering 2 cawan. Kalau tak pekat, tambah lagi.
4.Masukkan gula melaka @ gula biasa dan garam ikut suka hati. Kuah kacang sedap kalau manis.
5.Tunggu pecah minyak sekali lagi.
Ads
Siap!
Nasi impit rebus sebelum tido lagi senang.
Kuah kacang buat awal tak apa. Makin lama, panaskan makin sedap.
MW: Mak-mak bolehlah cuba buat resipi kuah kacang ni. Senang sangat nk buat. Memang Sedap di makan dengan nasi impit, sate dan ketupat.
Ads
Sumber: Abdul Razak Abdul Rahim
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Ads
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.
Sedia dihidangkan.
Mingguan Wanita : Sesetengah orang ada yang letak air sejuk sedikit dan cuka. Ikut cara masing-masing. Pengakhirannya, bila dah siap, sedap dan sama macam kedai siam, kan…
Kari digemari ramai orang tak kira Melayu, India atau pun Cina. Itulah keunikan rakyat Malaysia. Ha…Masak apa tengah hari nanti? Ada kari ala Melayu dan ada kari India. Tiap satu ada keunikan rasa tersendiri. Sejak musim perayaan tiba, bermacam juadah disediakan untuk seisi keluarga walau pun hanya beraya sekeluarga saja. Tapi, kalau tiap hari nak makan rendang, masak lodeh, memang ‘mati selera’ juga dibuatnya.
Masak lauk pauk kampung memang menimbulkan nostalgia. Jom cuba masak resipi Kari Keli Timun Tua dan Ayam Masak Asam Tempoyak. Gerenti suami pun makan bertambah tu!
AYAM MASAK ASAM TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam | dibersih dan ditoskan
1 senduk tempoyak
15 biji cili api merah | ditumbuk halus
½ inci kunyit hidup | ditumbuk halus
1 batang timun tua | dibersihkan dan dipotong serong
1 ikat daun kesum
Garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK
1.Masukkan tempoyak, cili api, kunyit, daun kesum dan air secukupnya ke dalam periuk. Kacau sebati.
2.Masak dengan api sederhana sehingga kuah mengelegak.
3.Masukkan ayam dan kacau sekali sekala sehingga ayam empuk dan masukkan timun dan garam secukup rasa.
4.Masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat dan timun sudah empuk.
5.Sekiranya rasa sudah seimbang, matikan api dan hidangan sedia untuk dihidangkan.
KARI IKAN KELI BERSAMA TIMUN TUA
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan keli | kerat tiga, dibersih dan ditoskan (basuh ikan dengan asam jawa supaya hilang bau hanyir
1 batang timun tua | dibersihkan dan potong serong
1paket serbuk kari ikan | dijadikan pes
2 cawan santan pekat
1 mangkuk kecil air asam jawa
Garam secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
BAHAN TUMIS:
5 biji bawang merah | dihiris halus
4 ulas bawang putih | dihiris halus
2 sudu teh halba campur
3 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumis sehingga kuning dan harum.
2.Masukkan pes rempah kari dengan sedikit air dan goreng sehingga terbit minyak.
3.Masukkan ikan keli, air asam jawa, santan dan air secukupnya.
4.Masak sehingga mengelegak dan masukkan timun tua.
5.Masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat dan timun lembut.
6.Perasakan dengan garam secukupnya. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bagi yang pertama kali mendengar resipi Roti Kerca, ia dikatakan hidangan yang cukup popular dikalangan kerabat diraja dan bangsawan, terutamanya di utara satu ketika dahulu.Ia seperti lemping yang dimakan dengan kuah kari daging hancur beserta bawang goreng dan daun bawang.
Sempena Perintah Kawalan Pergerakan, baru-baru ini Dato Sri Siti Nurhaliza berkesempatan meluangkan masa memasak hidangan istimewa dan kesukaan dalam keluarganya iaitu Roti Kerca.Istimewanya, resipi tersebut dipelajari daripada Mak Engku, yang merupakan ibu kepada Datin Seri Tengku Zawiyah yang berasal dari Kedah.
Berikut resipi yang dikongsikan didalam Instagram dan youtube penyanyi nombor satu negara ini.
“Resipi Roti Kerca, sempatlah saya memasak di rumah siang tadi sempena Perintah Kawalan Pergerakan.”
“Roti Kerca ini saya belajar resipi berasal daripada keluarga Mak Engku, ibu kepada Datin Seri Tengku Zawiyah. Memandangkan saya suka, ibu mertua pun suka, ramai yang suka. Jadi saya belajar buat resipi ni”
“Ini merupakan antara menu kesukaan dalam family kitorang”
Roti Kerca Stail Siti Nurhaliza
Bahan-Bahan (Roti Kerca):
*1/2 Kilo Tepung Gandum
*3 Biji Telur
*Air
*Garam
Minyak Sapi
* Kacau sebati dan kisar halus dalam blender. Pastikan bancuhannya betul-betul cair seperti ini.
Cara Membuat:
1. Sapu/ lenserkan sedikit minyak sapi pada kuali non stick.
2. Letak 1 senduk bancuhan tepung dan ratakan pada kuali.Biar sehingga masak dan angkat ketepikan.
3. Gulung kecil roti tersebut dan gunting serong.
Bahan-bahan (Kuah):
Minyak
Kulit Kayu Manis
Bunga Lawang
Buah Pelaga
Daun Kari
4 biji Bawang Putih (Kisar)
10 biji Bawang Merah (Kisar)
4 inci Halia (Kisar)
Daging Cincang
3 sudu besar Rempah Kari daging
Air
Santan
4 sudu besar Tomato Puri (pilihan)
Garam
Kiub Ayam
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis sampai naik bau dan pecah minyak.
3. Masukkan pula rempah kari daging yang dah dibancuh, masukkan sesikit air.Tumis sampai rempah betul-betul masak sehingga kering.
4.Masukkan pula daging cincang, kacau sebati dan masukkkan pula kiub ayam.
5. Masukkan santan perahan pertama dan lihat kepekatannnya. Bergantung pada banyak mana yang kita nak masak.
6.Masukkan tomato puri rata dan masukkan garam.
7.Biarkan mendidih.
Siap! Selamat Mencuba.
Info Ekstra!
Tumis sekali daging dengan rempah.Kalau masukkan daging selepas masukkan santan, ia akan hancur.
Jika kuahnya terlampau pekat boleh tambahkan santan perahan kedua.
Letak roti kerca dipotong serong. Lebih sedap makan bersama bawang merah goreng dan tabur daun bawang diatasnya.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang tengah cari idea dan nak rasa macam mana roti kerca ni, boleh cuba resipi yang dikongsikan ni.
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.