Jika ada mangga muda, kedondong atau apa juga buah yang masam-masam memang sedap dicicah dengan kuah colek. Makan beramai-ramai dengan anak-anak, adik beradik atau kawan-kawan memang seronok, tak perasan sekejap je dah habis. Nak cari resipi kuah colek yang sedap secukup rasa ada caranya. Caranya mudah dan hanya guna 5 bahan sahaja.
Boleh cuba resipi kuah colek yang dikongsikan oleh Puan Hanisah Baharuddin ini.
“Petang-petang nie sedap mencolek pelam epal.Kita colek dalam lesung batu (yang nie testing-testing lepastu jangan lupa bubuh dalam mangkuk yeee).Nah, kita selitkan resepi kuah colek sekali”
Ads
Bahan-Bahan:
Cili Api
Gula Melaka
Belacan
Asam Jawa
Kacang Goreng (kisar)
Cara Membuat:
1.Tumbuk gula melaka, belacan dan cili api. 2.Dah lumat tambah kicap manis dan gaul sebati. 3.Tambah asam jawa gaul sebati. 4.Masukkan kacang banyak mana kita nak.
Ads
Siap, Selamat Mencuba.
Ads
Tip Ekstra!
Jika tiada gula melaka, nak ganti dengan gula merah kabung atau gula perang pun boleh.
MW: Sedapnya kuah colek ni. Kecur rasanya jika dicicah dengan mangga muda, kedondong, epal hijau dan sebagainya. Nak buat pun senang sangat, mak-mak memang kena cuba!
Cucur udang memang sesuai dibuat untuk minum petang. Sedap dicicah dengan kuah kacang atau sos cili. Rupanya nak cucur udang gebu jadi bulat macam di beli di gerai, kena celup dulu senduk besi dalam minyak panas barulah diletakkan adunan. Malah rahsia untuk dapatkan cucur udang yang rangup kulit luarnya dan lembut gebu tepungnya kena letak sedikit soda bikarbonat.
Mak-mak yang nak buat cucur udang sendiri di rumah, boleh cuba resipi yang dikongsikan Norfarhana Ariffin ini;
“Cucur udang gebu gebas resepi mak..cicah kuah kacang boleh, cicah sos pun boleh..Ada yang suka tak?”
Bahan-Bahan:
1/2kg Tepung gandum
Sebiji telur
1 biji bawang besar (kisar)
Pewarna kuning (Jangan letak serbuk kunyit nanti jadi warna merah adunan tu sebab kita guna soda)
2 biji bawang holland hiris
Kucai
Tauge
Udang
Garam
Gula
Sedikit soda bikarbonat
Air
Cara Membuat:
1.Blend bawang besar sebiji.
2.Masukkan tepung gandum dalam bekas.
3.Masukkan bawang yang diblend tadi, telur sebiji, air, garam, gula, soda bikarbonat..kacau adunan. Agak-agak letak air jangan pekat sangat, jangan cair sangat.
4.Masukkan kucai, tauge, bawang holland hiris dan cili besar hiris.
5.Cara goreng nak bagi bentuk bulat.Celup senduk besi ke dalam minyak panas.Letak adunan tadi, letak udang atas dia.Masukkan dalam minyak panas.Biar kejap sampai bawah dia masak,nanti dia akan tertanggal sendiri.
Segengam cili kering
2biji bawang besar
7ulas bawang putih
Halia
Serai
Lengkuas
Belacan
(Semua bahan di atas dikisar halus)
Kacang tanah yang disangai dan diblend kering.
Asam jawa
Gula/ gula melaka
Cara Membuat:
1. Tumis bahan yang di blend tadi.
2. Dah garing masukkan kacang tanah yang disangai dan diblend halus.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Masukkan sedikit air, gula dan garam. Nak letak gula melaka pun boleh.
5. Biar naik minyak.Kalau nak lagi pekat letak bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Siap! Selamat Mencuba.
MW: Mudah je nak buat cucur udang yang gebu gebas dan bentuk bulat macam yang kita beli di gerai. Mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Buat sendiri lebih berbaloi dan puas hati!
Setiap malam, mak-mak mesti akan fikir, bekal apa yang anak nak bawa ke sekolah nanti. Tak kurang juga tentang sarapan yang mesti disediakan. Naik bosan pula asyik menu yang sama sahaja.
Jadi, mak-mak yang masih ada nasi lebih yang tak habis malam tu, boleh lah buatkan nuget nasi, lain daripada yang lain. Atau mak-mak boleh masak nasi yang baru dan sediakan. Malah, kalau nak bagi anak kecil makan pun boleh. Cukup mudah. Ikuti perkongsian daripada Ku Nor Ashkin ini.
“Nuget homemade ini saya guna nasi panas-panas. Bukan untuk bekal anak ke sekolah tapi untuk anak kecil saya baru berusia 10 bulan. Tapi untuk dia, saya tidak letakkan garam dan perisa. Masih lagi sedap.
“Senang sangat dan boleh jadi bekal bento untuk anak ke sekolah. Paling penting, nuget ini dibuat daripada nasi panas-panas dan tak guna tepung pun. Sedap dan kalah nuget yang ada kat kedai.
Bahan-bahan:
4 ketul dada /bahagian isi ayam
2 ulas bawang putih
1 biji telur
Batang daun sup
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu minyak masak
2 senduk nasi panas-panas
1 sudu air @ ikut mana sesuai – tujuannye supaya senang semasa kisar nanti.
Lobak merah diparut (letak last sekali selepas blender)
Cincang daun sup sedikit
Bahan salut:
Telur dan serbuk roti secukupnya.Cara Membuat:
1. Kisar semua bahan diatas hingga halus.
2. Masukkan ke dalam bekas bersesuaian dan kukus hingga masak.
3. Apabila masak, potong ikut bentuk disukai, celup dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti. Goreng.
4. Simpan bahagian freezer.
.
MW: Lepas nie bolehlah buat banyak-banyak dan simpan buat stok bila nak makan nanti. Moga membantu mak-mak dalam membei idea untuk sarapan atau minum petang anak.
Biasa kita hanya makan dan tidak tahu cara buat tempe. Terfikir-fikir macam mana proses untuk membuatnya. Susah atau senang? Memikirkan tak tahu caranya, senang cerita beli saja, sebab harganya tidaklah mahal untuk sepaket.
Tidak semua pandai makan tempe, apatah lagi cara buat tempe. Mungkin orang keturunan Jawa atau Indonesia begitu sinonim dengan tempe ini.
Walau bagaimanapun, sekarang ini bukan hanya orang jawa saja yang ‘pandai’ makan tapi boleh dikatakan semua orang suka, lebih-lebih lagi bila dibuat sambal tempe. Tak perlu lauk lain, cukup dengan campuran ikan bilis dah bertambah-tambah nasinya.
Dikatakan bukan saja banyak khasiat, tapi cara buat tempe juga tidaklah susah seperti yang disangka itu. Hanya menggunakan kacang soya dan disimpan di tempat gelap sahaja. Nak tahu lebih lanjut cara nak buat, Norlaila Dlaila ada berkongsi tentang caranya.
2. Lepas itu rebus kacang selama 25 minit. Tutup api dan biar kan kacang soya itu terendam semalam dalam air rebusan itu.
3. Buang air rebusan itu, basuh kacang soya sambil ramaskan untuk buang kulitnya. Pastikan dibilas beberapa kali supaya kulitnya habis semua tercabut.
4. Rebus lagi kacang soya itu selama 25 minit.
5. Toskan air nya. Selepas itu, kacang soya dikeringkan sehingga betul-betul kering.
6. Apabila sudah kering, gaulkan kacang soya dengan ragi.
7. Selepas itu, masukkan dalam plastik dan ‘seal’ kan. Pastikan plastik yang mengisi kacang soya tadi dicucuk dengan menggunakan lidi untuk memberi ruang udara dan pemprosesannya.
8. Simpan tempe di tempat gelap semalaman.
9. Elakkan daripada tindan plastik kacang soya itu. Boleh tutup dengan suratkhabar atau kain.
10. Dah jadi, nanti bolehlah buat sambal tempe meletop.
MW: Inilah cara mudah nak buat tempe. Boleh buat sendiri kat rumah.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Kucing dipukul & disumbat dalam longkang tanpa sebab, wanita kongsi "manis" jadi mangsa jiran benci kucing. Tular di media sosial, seekor kucing bernama "Manis"...