Resipi Koktail 7 Keturunan, Nak ‘Kick’ Tambah Whipping Cream, Isteri Siap Puji Lagi!

Share

Lain orang lain caranya nak buat air koktail. Masing-masing ada rahsia nak bagi sedap. Mahunya tak cukup satu gelas, ditambah pula dengan aneka campuran buah-buahan yang pelbagai.

Kali ini Mohamad Hafidz Idris berkongsi resipi koktail yang menjadi rahsia 7 keturunan, katanya. Nak tahu apa rahsia nak bagi sedap, boleh ikut resipi yang diberinya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Air Jamu Asam Kunyit, Banyak Khasiat Senang Nak Buat!

Resipi Sambal Hitam Air Tangan Ayah, Makan Dengan Nasi Impit, Pengganti Kuah Kacang

Info Lebih Menarik DI SINI

Koktail Tersedap

“Resipi rahsia ini dah hampir 7 keturunan kami simpan.”

Bahan dan Cara Membuatnya:

1. Ini bahan-bahannya. Nanti jangan lupa masukkan ais.

2. Tapis dan buang semua air buah dalam tin tu. Air dia tak sedap. Nanti jadi masam. Betul atau tidak, tak pasti.

3. 7 keturunan saya memang guna susu cap Carnation ini. Masukkan semua susu cair ini. Kalau nak banyak kuah, masukkan 2 tin susu.

4. Gunakan whipping cream kotak kecik saja. Masukkan satu kotak. Ini penting supaya rasa lemak berkrim. Kalau tak ada ini, kurang kick.

5. Masukkan ½ tin susu pekat. Ikut juga selera kemanisan masing-masing.

6. Nata de coco. Airnya jangan dibuang dan boleh digunakan. Masukkan semua.

7. Ada laici, jangan lupa masukkan semua buah laici. Airnya boleh guna, sedikit saja. Kacau dan masukkan ais.

8. Isteri saya cakap “abang sedapnya. Pandai abang buat”. Saya tersipu sipu malu. Merah muka.

Nota kaki:
Sebenarnya, ini resipi kawan saya!. Jangan marah.

MW: Memang satu gelas pun tak cukup ni. Nanti bolehlah buat untuk keluarga.

Sumber: Mohamad Hafidz Idris

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

IKLAN