Resipi Kek Sarang Semut, Adunan Berbuih Tanda Sarangnya CANTIK & Menjadi, Kek ‘Favorite’ Ramai

Share

Kalau sarangnya cantik, tanda kek sarang semut menjadi. Lubang-lubang pada keknya buatkan kita seronok dan puas hati bila membuatnya. Tapi ada sesetengah petua yang katanya naka kena perap dulu.

Sekarang semuanya mudah, tak perlu nak bazirkan masa yang lama untuk dapatkan sarangnya cantik pada kek sarang semut. Hanya perhatikan adunan semasa membuatnya saja.

Perkongsian daripada Asmida Nor tentang cara nak buat kek sarang semut dengan sarangnya cantik dan berlubang.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Kek Sarang Semut Lagi SEDAP Kukus, Adunan Tak Perlu Peram, Cantik Sarangnya!

Resipi Kek Marble Jelita SEDAP Lemak Berkrim & Mudah, Rahsianya Masukkan Serbuk Horlick

Sarangnya Cantik Berlubang, Tak Perlu Perap

“Sudah banyak resipi dah cuba tapi yang ini paling sedap dan menjadi sarangnya. Tk perlu perap pun. Sebab tu kena buat adunan kek dulu baru buat gula hangus. Dalam tempoh buat gula hangus itulah dah perap dah,” 

Tip:
Soda bikarbonat & baking powder jugak penting, pastikan ia aktif. Nak tahu dia aktif, bila kita biar lama, adunan kek akan jadi buih-buih halus.

Cara-caranya:

Buat adunan kek dulu.

4 biji telur gred B
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

Kacau sebati


.

1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
(ayakkan dulu)

Kacau sebati dan biarkan dulu. Buat gula hangus pula.


.1 cawan gula pasir. Guna api sederhana


Pastikan gula tadi semua cair, jangan ada ketul-ketul.


1 cawan air panas
Masukkan dengan hati-hati sebab ia meletup. Biar sampai hilang meletup-letup, lepas itu kacau ketulan gula sehingga larut.


Bila semua gula larut, masukkan 1/2 cawan marjerin. Sentiasa kacau dan jangan sampai ia mendidih. Bila dah larut semua tutup api.


Tuang ke dalam adunan kek tadi. Tak perlu tunggu suam atau sejuk. Nampak adunan berbuih-buih, tandanya soda bikabonat aktif dan akan menghasilkan sarang dan lubang yang cantik.


Kacau sebati.


Tapis dan tuang ke dalam loyang size 7.


Kukus selama 1 jam. Tutup penutup kukusan dengan kain supaya wap air tak jatuh di atas kek. Boleh juga bakar pada suhu 180 darjah selsius dengan api atas bawah selama 50 minit.


Hasilnya selepas siap dikukus.


Kejadian di dalam. Bagi mendapatkan lubang seperti ini, pastikan potong secara melintang.

Mingguan Wanita : Kek tradisi yang menjadi kegemaran semua orang. Cara nak buat pun senang sangat. Selamat mencuba.

Sumber: Asmida Nor

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

IKLAN