Resipi Kek Marble Jelita SEDAP Lemak Berkrim & Mudah, Rahsianya Masukkan Serbuk Horlick

Share

Kek marble jelita, cukup popular di kalangan mak-mak yang memang suka membuat kek. Bukan itu sahaja, cara nak membuat pun sangat senang. Sehinggakan ada kelas-kelas memasak yang menawarkan cara membuat kek ini dan turut menerima tempahan untuk jualan.

Bukan sekadar nampak cantik, kek marble ini sudah semestinya sedap. Paling best, bahan yang diperlukan untuk membuatnya senang dan mudah. Pastinya anak-anak pun suka dengan keenakkan kek ini.

Bagi penggemar kek marble jelita ini, biasa sebelum ini hanya membeli atau menempah daripada penjual. Apa kata kali ini, buat sendiri di rumah. Malah, yang paling menarik, rahsia nak pastikan kek ini sedap, letakkan sedikit serbuk horlick yang kita minum itu. Bukan sahaja sedap tapi lemak berkrim lagi.

Perkongsian daripada Cek yah ini cukup menarik. Dia turut menunjukkan satu persatu cara untuk membuatnya. Selamat mencuba.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi ‘Hot & Sour Soup’, Rasa Masam, Hangat, Pedas Buat Kecur Air Liur

Resipi Bahulu Guna 3 Bahan, Mudah Tapi Kena Tahu Caranya Baru Jadi!

Info Lebih Menarik DI SINI

Resipi Kek Marble Jelita

Ramai betul rupanya penggemar kek marble jelita versi mak Azlina Ina ni…

Jadi, Cek Yah kongsikan step by step macam mana nak hasilkan kek yang cantik dan paling penting sedap dan mudah nak buat.

Bahan-bahan untuk pukul sampai kembang :

6 biji telur

220 gm tepung gandum

1 sudu kecil serbuk penaik

170 gm gula kastor

50 ml susu segar

3 sudu besar susu pekat

3 sudu besar horlick

1 sudu besar ovalette

1 sudu kecil esen vanilla

 

Bahan yang dimasukkan last sekali :

150 gm butter (cairkan)

Ok selamat mencuba!

  1. Lapik dengan baking paper

  1. 150gm butter dicairkan guna suhu sederhana, lepas dah cair semua terus tutup api dan biar sejuk seketika.

Inilah rahsia kek sedap lemak berkrim disukai ramai.

Bab mewarna ini ikut kreativiti masing-masing. Cek Yah guna 3 warna sahaja.

Nak letak dalam piping beg boleh, nak pakai sudu saja pun boleh.

Untuk lorekan Cek Yah guna lidi macam ini.

Yang ni ikut pada suhu oven masing-masing ok, kalau rasa kek macam tak masak lagi boleh tambah masa…kadang ada yang perlu tinggikan lagi atau rendahkan lagi suhu.

Lepas masak terbalikkan atas redai dan buang baking paper. Maaf, Cek Yah punya redai old school so kena pandai2 cari idea, kena terbalikkan 2 kali utk dapatkan 2 line bentuk kotak2 tu ok

Nak bagi cantik potong setiap sisi untuk hasil yang kemas dan menarik. Tapi kalau nak makan sendiri di rumah tak payah buang pun tak apa

 

MW: Lepas ni, penggemar-penggemar kek mak corak yang jeita mah pun cantik bergantung pada kreativiti sendiri. Selamat mencuba.

 

Sumber: Cek Yah

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

IKLAN