Resipi KEK COKLAT Paling Senang Adun Guna Blender, Kukus 45 Minit,Siap!

Share

Senangnya buat Kek Coklat sendiri guna resipi ni.Hanya perlu adun semua bahan-bahan dalam blender, kacau sebati dengan tepung dan kukus selama 45 minit. Siap! Tak perlu pakai mixer dan kalau tiada oven pun tak jadi masalah.

Bukan apa, bila buat sendiri memang puas hati, jimat banyak dan boleh makan banyak kali. Bila hari jadi anak-anak bolehlah buat kek coklat ni.

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Elisya Maisarah ini, memang cukup mudah.

Kek coklat kukus, Kalau nak beli tak larat nak beli, buat sendiri je la boleh makan banyak kali. Resepi dekat bawah.

Bahan-Bahan:

3 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko

*Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar selama 5 minit.

Bahan-Bahan (Ayak):

1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

*Masukkan sekali dengan adunan yang dikisar tadi.Kacau sebati.

Kukus selama 45 minit.

Boleh hias ikut cita rasa masing masing.

Done kek coklat kukus!

Baca Lagi Di Sini:

Best Resepi Kek Pisang Ni Berulang Kali Buat, Tambah Perahan Lemon Dalam Adunan!

Hampir 50 Tahun Mak Wanita Ini Buat Kek Kukus Buah Legend & Ini Resipi Yang Diperturunkan!

MW:Senangnya ikut resipi ni. Tak perlu pakai mixer, tak payah bakar dalam oven. Kacau adunan guna blender dan kukus je. Siap! Boleh cuba nanti.

Sumber: Elisya Maisarah

IKLAN