Resipi Kam Heong Lala Ini Buat Shell Out Pun Sedap!

Share

Resipi Kam Heong Lala ini memang sedap sungguh. Makan pula dengan nasi putih panas-panas. Memang berpeluh dek kerana kesedapannya itu. Tak percaya? Mesti cuba baru tau.

Ramai orang Melayu yang sukakan masakan Kam Heong ini. Tapi kalau nak menikmati masakan Kam Heong ini memang kena berkunjung ke restoran Cina Muslim. Kedai biasa memang tak ada ye.

Boleh cari di sini resipi Chinese Muslim

Masak Sendiri Resipi Ini Lebih jimat

Resipi yang dikongsikan oleh Nana Sabrina dari Singapura ini memang super yummy. Selain lala, boleh guna seafood lain atau juga ayam atau daging pun sedap. Terpulang pada anda nak guna bahan apa.

Resipi ini juga sedap untuk dijadikan shell out bersama keluarga. Rasanya yang tak terlalu pedas dan ada rasam manisnya, membuatkan anak-anak pasti menggemarinya. Bolehlah cuba masak sendiri di rumah untuk hidangan makan tengah hari atau makan malam hujung minggu nanti. Tak perlu dah keluar makan di restoran. Jimat bajet. Di zaman sekarang ni memang kena pandai bajet. Yang boleh masak sendiri, elok masak sendiri di rumah. Puas makan dengan bajet terhad!

Selamat mencuba resipi Kam Heong Lala ni ye!

Boleh tengok di sini untuk banyak resipi Chinese food:

Chef Ini Ajar Buat Sup Shark Fin, Masakan Cina Halal Yang Susah Nak Jumpa

Sedapnya Ayam Bijan, Cendawan Shimeji Telur Masin Dan Ayam Kiub Halia Madu

Boleh baca di sini juga https://www.instagram.com/mingguanwanita/

RESIPI KAM HEONG LALA

Bahan-bahan:

1 kg Lala dibersihkan (tak perlu rebus)

4 tangkai daun kari

2 sudu makan serbuk kari

1 batang serai – diketuk

3 sudu makan sos tiram

4 sudu makan kicap

2 sudu makan kicap manis

*Garam dan gula ikut selera masing-masing

5 batang cili padi – dhiris

1 biji bawang merah – potong dadu

1/2 cawan air jika perlu

3/4 cawan Minyak

Bahan Kisar:

1 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1/2 inci halia

15-20 tangkai cili kering

1 genggam udang kering

Cara Membuat:

Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan serbuk kari. Kacau sebati, gunakan api kena perlahan.

Masukkan bahan perasa, Garam dan gula. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap, kacau sebati.

Masukkan pula hirisan serai, bawang, cili padi dan daun kari, kacau lagi.

Setelah itu, bolehlah masukkan lala, kemudian kacau sebati. Tunggu sehingga air kering dan sedikit pekat barulah tutup api.

Kam Heong Lala siap!! Sedapnya!!

Sumber: Nana Sabrina

IKLAN