Resipi Daging Masak Hitam Ala Kenduri, Kena Perap 1 Jam, Barulah Sedap, ‘Kick’

Share

Daging masak hitam, seakan sama dengan daging masak kicap. Menariknya, ia menjadi pilihan hidangan semasa majlis kenduri kahwin. Tak perlu lauk lain pun sudah cukup penambah selera.

Tambahan pula, kalau pergi kenduri kahwin, daging masak hitam inilah menu yang wajib ada selain, ayam masak merah. Malah, bila tiba hari raya aidiladha, mesti ada hidangan ini selain digoreng, dibuat sup dan sebagainya.

Kalau sudah tidak tahu nak masak apa dan bosan dengan hidangan yang biasa, bioleh cuba daging masak hitam ala kenduri ini. Paling penting, nak bagi rempah ratusnya serap ke dalam daging, kenalah perap selama satu jam sebelum memasaknya. Memang sedapnya tak boleh bawa bincang.

Ikuti perkongsian resipi daging masak hitam oleh ibucantik, Ameera ini. Selamat mencuba.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Ayam Goreng Serai Thai SEDAP, Tabur Hirisan Daun Limau Purut!

Kongsi Resipi Dendeng Daging Mentua, Hidangan Turun Temurun Keluarga

Info Lebih Menarik Lagi DI SINI

Resipi Daging Masak Hitam Style Kenduri

1. Gunakan 1 kg daging. Ibu guna bahagian betis. Nak guna bahagian patang pinang pun sedap juga.

2. Ambil 20 tangkai cili kering. Rebus dan blender.

3. Masukkan semuanya ke dalam mangkuk. Salutkan bersama daging.

4. Tuang kicap manis, tak kisah jenama apa. Tuang sehingga ia bertukar warna menjadi gelap.

5. Tambahkan juga kicap pekat. Bagi cantik lagi warna gelap tu.

6. Masukkan 1 senduk makan cuka. Masukkan ke dalam daging tadi dan gaul rata. Perap selama 1 jam. Biarkan.

7. Ini bahan utama. Guna buah keras dan kisar semuanya.

8. Panaskan minyak dan masukkan rempah 3 serangkai.

9. Masukkan bahan blend tadi. Masak sehingga pecah minyak.

10. Bila sudah pecah minyak, masukkan daging yang diperap 1 jam tadi.

11. Masak sehingga empuk. Jangan ditambah air ye. Air blenderkan bawang segala tadi dah cukup. Gunakan api sederhana supaya daging masak dengan baik. Lembut dan boleh dimakan begitu saja.

12. Apabila nampak kering sedikit, masukkan 1 sudu sos tiram. Gaul sebati sehingga betul-betul kering. Gunakan api perlahan.

13. Jangan lupa masukkan 1 sudu makan gula. Nak bagi ‘kick’ dan gaul rata.

14. Sudah siap.

15. Minyak ini untuk penambah selera. Boleh hidang untuk keluarga.

16. Ini bekalkan untuk mak abah. Rezeki dapat menjaga kedua orang tua ibu. Rumah berdekatan saja.

#ibucantik

Mingguan Wanita : Kalau dah tak tahu nak masak apa, boleh cuba resipi ini. Tak perlu lauk lain pun tak apa, lauk ini saja dah jadi penambah selera.

Sumber: Ameera

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

IKLAN