Menarik idea yang dikongsikan daripada lebihan nasi putih kenduri boleh dijadikan bubur ayam malah disedekahkan pula kepada jemaah masjid. Hasilnya tak membazir, kreatif dan sedap pula. Sukatan resipi yang dikongsikan ini untuk 1 termos besar nasi.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Nurul Afidah Omarini sebagai panduan;
Semalam kenduri rumah mak sedara. Nasi banyak lebih.. sayangnya lahai. Tiba-tiba datang idea untuk jadikan bubur boleh sedekah kat orang masjid. Harini mesti ramai kat masjid sebab solat Jumaat. Alhamdulillah dapat siapkan. Bubur Ayam Mekdah.
Saya kongsikan resipi bubur ni ya.
Bahan-Bahan:
1 termos besar (Lebihan nasi kenduri)
Air secukupnya – pastikan nasi tenggelam dan lebihan air agak-ahak sejengkal, akan ditambah ikut keadaan
10 batang Lobak merah – potong kecil-kecil, nak senang parut je 10 kiub Kiub ayam
Garam – agak-agak secukup rasa
Daun sup
Cili besar merah
Bawang goreng
Lebihan ayam goreng kenduri – siat-siatkan
10 labu Bawang putih, 7 biji bawang merah dan halia besar ibu jari dihiris halus
Cara Membuat:
1. Rebus nasi dan air sampai kembang.
2. Masukkan kiub ayam, garam, ayam yang dh dicarik, bawang dan halia
3. Selepas 2 jam tutup api dan biarkan dalam periuk yang bertutup beberapa ketika.
4. Dah agak suam-suam buka balik api dan sambung rebus.
5. Masukkan batang daun sup yang dihiris halus dan lobak merah
6. Selepas sejam dah boleh tutup api.
7. Senduk dalam bekas, tabur daun sup, cili besar dan bawang goreng. Siap untuk dimakan.
Ads
8. Sepanjang memasak tu sentiasa rasa, tak cukup masin tambah garam atau kiub ayam. Ejas ikut selera masing-masing ye.
*Masa merebus pastikan periuk ditutup ye.
Ads
Jika ada yang tak faham boleh tanya.. insya-Allah sama-sama kita kongsi ilmu.
Biasanya mak-mak buat cendol sendiri atau beli yang dah siap di kedai? Kali ini kalau ada yang nak merasa buat sendiri, boleh godek resepi yang dikongsi Puan Syuhaila Ahmad.
Apa yang menarik, dia cuma menggunakan acuan maruku, bukan acuan cendol. Tengoklah hasilnya, sangat ‘helok’.
Bahan-bahan:
1 cawan tepungg beras
1 sb tepung jagung atau tepung ubi
4 helai daun pandan
3 cawan air (blend dengan daun pandan)
secubit garam
1 sk air kapur
Boleh guna sedikit pewarna jika nak warna lebih terang
Cara Buat Cendol
Satukan semua bahan – tapis
Masak dgn api kecil sampai pekat dan berkilat (kental).
Masukkan dalam acuan maruku atau acuan roti jala (macam dalam gambar – tapi dah dipotong sedikit muncungnya supaya mudah keluar) atau piping beg.
Picitkan kedalam bekas yang diisi air.
Haa.. nampak tak betapa mudahnya kerja mak-mak. Jadi sekarang mak-mak boleh buat sendiri cendol walaupun tak ada acuan cendol macam orang dulu-dulu guna.
Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Salah satu menu masakan yang sedap dari Padang, Indonesia mesti dicuba adalah Rendang Daging Minangnya. Sedap di makan dengan nasi putih, ketupat, lemang, pulut kuning dan sebagainya.
Rupanya nak buat rendang Minang ini mudah je, tak renyah dan bahan-bahan pun tak banyak. Menurut perkongsian Puan Ayu Susanti, nak buat Rendang Minang ni tak perlukan minyak, tak payah tumis dan tak gunakan kerisik. Resipi yang dikongsikan ini daripada ibunya yang memang berasal dari Padang, Indonesia.
Berikut perkongsian wanita ini;
“Rendang Daging Minang ori from Padang Indonesia. Mama pure minang tapi dah lama menetap kat Malaysia. Setiap kali Mama buat rendang memang kitorang adik beradik tak sabar-sabar nak makan. Kalau time raya belum tengahari rendang Mama akan habis licin dek anak beranak dengan menantu-menantu.”
“Walaupon anak-anak semua lahir Malaysia, semua membesar makan makanan minang. Dekat bawah saya sediakan resepi asli dari Mama saya. Doakan Mama saya sentiasa sihat walafiat.. Aamiin.”
Bahan-Bahan:
A
Bawang merah *
Bawang putih *
Cili kering pedas *
Halia *
Lengkuas*
(*blender)
B
Daun kunyit
Serai
Daun limau purut
Daun salam
(campak dalam kuali)
Santan
Daging
Cara Membuat:
1.Panaskan kuali masukkan daging serta semua bahan-bahan A dan B.
2.Tak perlu minyak dan tak perlu menumis.
3.Bila mengelegak, baru masukkan santan, garam & ajinamoto.
Info Ekstra!
Untuk 1kg daging perlu 1kg santan. Kami orang minang masak rendang tak pernah gunakan kerisik.
Kemeriahan raya semakin terasa, ramai mak-mak dah mula cari resipi yang mudah-mudah untuk buat biskut atau kuih raya. Apa yang penting mak-mak perlu kreatif dalam buat kuih raya ni.Guna bahan yang paling minimum, paling jimat masa dan bajet.
Jika ada lebihan roti, yang tak habis dekat rumah tu, jangan lah dibuang bolehlah manfaatkan dengan mencuba resipi Biskut Roti Coklat Nestum yang dikongsikan oleh Lia Marsom ini. Hanya guna 3 bahan je, cuma perlu potong, bakar dan celup-celup je dah boleh dapat sejenis biskut raya yang sedap!
Berikut perkongsiannya;
“Biskut roti coklat nestum paling meletop, setakat sebalang 10 minit dah licin, tak sempat hidang pada tetamu”.
Bahan-Bahan:
2 buku roti gardenia
1 kilo coklat Beryl’s
1 kilo instant cereal nestum
Cara Membuat:
1.Potong roti kepada 3 bahagian kemudian belah 2 bahagian.(1 keping roti boleh dapat 6 keping).
2.Bakar roti yang dah dipotong sehingga rangup selama 15-20 minit suhu 190 ikut oven masing-masing boleh rasa dulu kalau belum ranggup bakar lagi.
3.Cairkan coklat ikut kaedah double boiler tambah 2 sudu butter supaya senang nak celup roti.
4.Gaul roti dalam coklat, angkat dengan penyepit satu-satu salutkan dalam nestum.
5.Gaulkan dan salut roti dengan nestum sampai tertutup semua, angkat dan susun dalam tray.
6.Masukkan dalam peti ais dalam 15 minit,coklat dah keras terus masuk balang.
Tip Ekstra!
Kalau nak lagi cepat, potong-potong roti tu biarkan dekat luar tutup dengan tudung saji.Dah agak-agak keras tu boleh bakar dalam 15 minit dah ranggup.
Roti yang dah dibakar simpan dalam Tupperware kedap udara, nak buat tinggal celup-celup je.
Untuk nestum elok beli yang dekat bakery sebab kasar-kasar sikit.
Siap! Selamat Mencuba!
Mudah kan, daripada biarkan roti terbuang, bolehlah mak-mak cuba buat resipi ini. Potong, bakar dan celup-celup je, boleh dapat sejenis biskut raya yang senang dan sedap!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...