Resipi Biskut Cocolate Crunchys Almond, Rasa Mewah & Sedap, Buat Sendiri Puas Hati!

Share

Resipi biskut cocolate chrunchys almond, ala-ala famous de amos, bukan saja jadi kesukaan anak-anak tapi juga buat mak-mak. Maklumlah, biskut yang penuh dengan kacang dan rasa coklat.

Rupanya, nak buat resipi biskut cocolate crunchys almond ini tak adalah susah pun, cuma mak-mak kena ada rasa ‘rajin’ untuk membuatnya. Bahan yang digunakan pun senang didapati.

Kali ini Azlina Ina Fans berkongsi resipi biskut cococlate chunchys almond yang ranggup dan mewah rasanya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Biskut Coklat Badam Crunchy Paling Mudah, Anak Pun Boleh Tolong Buatkan!

Resipi Biskut Famous Amos SEDAP, Makan Sekali Hadap Terus Habis!

Resipi Biskut Cocolate Crunchys Almond, Rasa Sedap & Mewah

Bila gigit rasanya sangat mewah, bila kunyah pun tak nak berhenti. Kalau nak beli, harganya pun boleh tahan sebab bahan yang digunakan premium dan mahal. Jadi, lebih baik buat sendiri, step by step pun mudah.

Bahan-bahan:

Badam nipis di bakar dalam suhu 180’ selsius selama 20 minit.

500gm butter lurpark (kalau salted tak perlu tambah garam, kalau guna unsalt tambah garam sikit)

2 ketul butter (500g)

2 cawan gula perang
2 penutup @ 2 sudu emolco coklat
2 biji telur
1 sudu besar emplek
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

1 cawan susu tepung
1 cawan minyak masak
6 sudu besar serbuk koko
3 cawan tepung jagung

2 cawan tepung gandum

4 cawan badan

1 1/2 cawan coklat chip

 

Cara Membuat:

1. Dalam bekas, masukkan 2 ketul butter, gula perang, emolco coklat, telur, emplek, baking powder, soda bikarbonat. Kacau sebati guna senduk.


.


.

2. Selepas itu, masukkan susu tepung. Kacau. Diikuti minyak masak
serbuk koko dan tepung jagung. Gaul sebati.


.

3. Kemudian, masukkan tepung gandum, badam 4 cawan dan coklat chip. Kacau dan tambah lagi tepung gandum. Gaul sebati.


.

4. Hasil doh yang dah siap.


.

5. Masukkan dalam piping beg dan gunting depan untuk membentuk lubang.


.

6. Paip kan dan penyek kan sedikit dengan guna jari. Bakar dalam suhu 160-170’ selcius selama 20-25 minit.


.

7. Siap masak. Jangan tekan sebab memang ia lembut. Sudah sejuk barulah ia keras.


.

8. Petua biskut dah masak bila belakang biskut itu licin dan tangan tak ada habuk biskut. Cookir rasa ringan bila diangkat.


.


.

Mingguan Wanita : Tengok pun dah menyelerakan. Kalau buat mahunya sekejap saja dah habis. Selamat mencuba.

Sumber: Azlina Ina Fans

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

IKLAN