Resepi Sedap Sambal Bunga Kantan, Tumis Dengan Ikan Bilis Bagi Kering

Share

Bunga kantan ini penyedap dalam masakan. Menambah aroma dan rasa sedap pada lauk pauk yang dihasilkan. Bunga kantan yang dah kembang, banyak kelopak.. sedap ditumis kering jadikan sambal bunga kantan.

Lagi nikmat, bila dimakan dengan nasi panas. Puan Azlin Aziz, berkongsi cara hasilkan sambal dengan kelopak bunga kantan.

Resepi Sambal Bunga Kantan, Guna Kelopaknya

Ambil bunga kantan yang dah kembang tu.

Buang bahagian hitam, rosak atau mana-mana bahagian yang tak elok.

Kopek satu persatu kelopak bunga kantan tu.

Akan jadi macam ini.

Rendam dalam air. Basuh dan toskan.

Bahan-bahan ini akan di kisar halus.

Tumis bahan-bahan kisar sampai garing dan naik bau.

Masukkan bunga kantan.

Perasakan dengan garam dan gula.

Masak sehingga sambal jadi hampir kering.

Siap!

Makan dengan nasi panas-panas.. lagi enak!

Manfaat Pokok Bunga Kantan

Kredit foto : impiana.my

Pokok bunga kantan

ini dikatakan boleh menghilangkan bau badan terutama untuk wanita yang baru bersalin.

Caranya; ambil beberapa bahagian batang pokok kantar segar. Potong pendek-pendek, tumbuk sampai lumat. Rebus bahan tadi sampai mendidih. Bila dah sejuk, rendam dalam air mandian.

Biji Pokok Kantan

Hilangkan rasa kurang bermaya.

Caranya; tumbuk biji pokok kantan sampai lumat. Toskan untuk dapatkan airnya saja. Campurkan dalam segelas air suam. Minum waktu pagi. Amalkan untuk keberkesanan.

Bunga Kantan

Berkesan untuk awet muda pada wajah.

Caranya; bunga kantan jadikan ulam-ulaman. Boleh makan begitu saja (selepas dibersihkan) atau direbus.

Cara lain masak bunga kantan :

Rupanya bunga kantan boleh dibuat sambal, sedap garing pedas.

Bunga kantan tumis belacan, makan dengan nasi panas, mak mentua lalu pun tak nampak.

MW : Haa.. bagus itu boleh jadi makanan awet muda.

Sumber/Foto : Azlin Aziz, murai.my

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

IKLAN