1. Untuk membuat kulit tart; Satukan tepung serba guna, kelapa, gula, garam dan mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.
2.Masukkan telur kuning dan uli hingga menjadi doh.
3.Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
4.Keluarkan dan bahagikan doh kepada bahagian kecil dengan berat antara 12-15 gram.
Ads
5.Tekan pada acuan tart atau muffin. Bentukkan kulit tart. Bakar pada suhu 170˚C selama lebih kurang 15-20 minit hingga perang keemasan. Keluarkan dan biarkan sejuk seketika
6. Untuk membuat inti mangga, Pukul krim hingga kembang. Masukkan mango curd dan kaup balik hingga sebati. Picitkan krim mangga ke dalam kulit tart.
7. Hias dengan potongan mangga. Sedia untuk dihidangkan.
VANILLA MANGO CUP CAKE
BAHAN-BAHAN:
154gm tepung kek
11/4gm serbuk penaik
½ sudu teh garam
Ads
2 biji telur
143gm gula kastor
11/2 sudu teh esen vanila
85gm minyak jagung
85gm susu segar
Acuan kek cawan secukupnya
BAHAN MANGO CURD:
400gm isi mangga
100gm gula kastor
3 sudu makan jus lemon
1/8 sudu teh garam
Ads
4 biji kuning telur
30gm mentega
CARA MEMASAK:
1.Mula,-mula, sediakan mango curd dahulu. Isi mangga dikisar hingga halus.
2.Masukkan jus lemon, gula, garam dan kuning telur gaul sebati.
3.Gunakan kaedah ‘double boiler’ untuk memasak adunan.
4.Masak lebih kurang 15-20 minit hingga adunan memekat.
5.Alihkan dari api dan masukkan mentega. Gaul sebati. Simpan di dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman. Keluarkan bila hendak digunakan.
6. Untuk menyediakan kek cawan, Panaskan oven 180 ˚ C.
7. Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
8. Dalam bekas berasingan, pukul telur sedikit dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang.
9. Masukkan esen vanila dan minyak jagung ke dalam adunan dan pukul sebati.
10. Masukkan campuran tepung tadi dan selang-selikan dengan susu segar.
11. Gaul sebati dan masukkan ke dalam bekas acuan kek cawan 2/3 penuh.
12. Bakar lebih kurang 15-20 minit hingga perang keemasan.
13. Sejukkan seketika. Buat lubang pada bahagian tengah kek cawan. Picitkan mango curd yang telah disediakan lebih awal Sedia untuk dihidangkan. Boleh hias dengan krim putar dan hirisan mangga di atasnya untuk lebih menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kecur air liur, Sotong Masam Manis Ala Thai Makan mak-mak wajib cuba masak. Sambil dengar lagu raya terkenang suasana di kampung, memang sayu. Hari ini sudah 19 hari kita berpuasa, mak-mak mesti dah terkenang kampung halaman.
Apapun menu berbuka petang ni wajib dihidangkan di meja tau! Apa kata jom kita masak Sotong Masam Manis Ala Thai Makan Sekali Nak Lagi!
Kecur Air Liur
Mudah saja kiranya kalau tutup mata pun boleh buat sebab mak-mak kan dah pro di dapur. Resipi mudah ni 5 minit dah boleh siap yang penting kena ada sotong. Jom cuba resipi ni untuk berbuka petang ini.
Bahan-Bahan:
10 ekor sotong disiang dan dibuang kulit
Bahan sos:
6 ulang bawang putih (dihiris halus)
10 biji cili padi (dihiris)
3 biji cili merah (dihiris)
3 tangai (akar ketumbar)
2 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
1 sudu kecil gula
Garam dan serbuk perasa.
1 biji air perahan limau
Daun ketumbar dipotong halus
Cara Memasak :
1.Masukkan sotong ke dalam kuali kemudian masak kan sotong tersebut.(ketepikan sotong yang telah dimasak)
Untuk sos masukkan bawang putih, cili padi, cili merah, akar ketumbar ke dalam mangkuk kemudian gaul.
3.Masukkan pula sos tiram, sos ikan, gula, garam, serbuk perasa dan air perahan limau atau lemon serta daun ketumbar.
4.Kacau dan akhir sekali masukkan sotong dan gaul sebati. Siap! Sudah boleh dihidang bersama menu lain sewaktu berbuka puasa nanti.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon, pengacara dan penyampai radio Sharifah Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera berasa terkejut apabila mendengar letupan seakan bunyi bom di kawasan perumahannya yang terletak di Taman Melawati, Ampang.
Sharifah Shahirah, Sedang Bersiap
Sebelum membuat ulasan produk pakaian yang digayakan menerusi sebuah video yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, Shiera sempat berkongsi apa yang didengari sewaktu kejadian.
“Semasa sedang bersiap di dalam rumah, saya dengar bunyi gedegang kuat.
“Rupa-rupanya ada helikopter jatuh area rumah kitorang. Tak tahulah helikopter dari mana, kesiannya lahai.” katanya.
Seperti yang difahami Shiera yang pada awalnya menyangka terdapat kejadian tanah runtuh. Namun tidak disangka, terdapat helikopter terhempas berdekatan kediamannya.
“Bunyi jatuh tu macam bom. Saya ingatkan tanah runtuh yang berlaku maklumlah perumahan di sini berada di kawasan berbukit.
“Lepastu ada yang update cakap helikopter terhempas. Dalam 1 kilometer ja dari rumah saya. Memang itu laluan saya,” katanya seperti mana dipetik menerusi portal Astro Gempak.
Doakan Untuk Mereka Yang Terlibat
Isteri kepada pelakon, Ijoi Azhari ini juga sempat pergi ke lokasi kejadian namun mengambil keputusan untuk berpatah balik selepas ramai orang mula datang.
“Saya pergi tengok tadi tapi bila dah ramai orang saya balik. Lagipun banyak lagi kerja nak buat. Doakan untuk mereka yang terlibat,” ujarnya.
Semalam negara dikejutkan dengan nahas dua helikopter bertembung di udara di Taman Melawati dekat Ampang.
Memerik dari laporan Sinar Harian pula, nahas helikopter jenis G2CA (9M-HCA & 9MHCB) itu berlaku ketika kedua-duanya sedang melakukan latihan penerbangan setelah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang dengan setiap pesawat membawa dua kru.
Seorang bekas tentera laut antara dua mangsa yang maut akibat nahas helikopter dalam kejadian di Taman Melawati. Selain bekas tentera laut itu, Leftenan Kolonel (B) Mohd Sabri Baharon, 56, seorang lagi mangsa yang maut ialah Mohd Irfan Mohamed Rawi, 41 manakala mangsa yang cedera ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan Tan Chai Eian, 56.
Sumber: Astro Gempak & Sinar Harian Sumber Foto: Instagram Sharifah Shahirah & Sinar Harian Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Entah apa yang merasuk ibu kepada bayi comel ini hingga sanggup membuang bayi yang cukup sifatnya. Namun sudah pasti ada masalah tertentu yang ibu ini tidak dapat nyatakan hingga sanggup membuang darah daging sendiri.
Telah dihurung semut ketika orang ramai menemui bayi lelaki baru lahir ini yang ditinggalkan dalam semak. Mujur nyawa bayi masih panjang, dia telah diselamatkan.
Ditemui Telah Dihurung Semut
Seorang bayi lelaki dipercayai baru lahir ditemui dalam keadaan dihurung semut di dalam semak di Jalan Sidang Hassan 1, Bukit Katil, Melaka semalam.
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri (Risikan/ Operasi), Superintendan Yusharifuddin Mohd Yusop, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 3.05 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi.
Beliau berkata, bayi itu ditemui masih mempunyai kesan darah di tubuhnya oleh seorang lelaki yang terdengar tangisan sebelum mencari arah bunyi berkenaan.
“Ketika itu saksi dikatakan sedang berehat di rumahnya sebelum terdengar tangisan bayi.
“Dia ke arah semak terletak tidak jauh dari rumahnya dan menemui bayi terbabit dihurung semut serta terdapat kesan darah,” katanya. Beliau berkata, tiada sebarang dokumen ditemui bersama bayi berkenaan dan seterusnya dibawa ke Hospital Melaka dan ditempatkan di wad kanak- kanak.
Bayi Baru Lahir Stabil
Menurutnya, bayi itu kini berada dalam keadaan stabil dan diberi bantuan pernafasan kerana mengalami masalah jangkitan serta pernafasan laju.
“Menurut laporan doktor, bayi lelaki itu adalah baru lahir dengan berat badannya kira-kira 2.2 kilogram dan dipercayai lahir cukup bulan.
“Sehubungan itu, usaha mengesan ibu kepada bayi itu giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.
MW: Dalam keadaan terdesak manusia sanggup lakukan apa saja. Namun janganlah dibuang anak itu seolah-olah tiada nilai kerana masih ramai wanita yang belum dikurniakan zuriat biar pun telah berusaha bermacam-macam cara.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...