Resepi AYAM PENYET Simple, Boleh Tahan SEDAP Untuk Buat Makan Di Rumah

Share

Sesekali tukar selera masak Ayam Penyet seronok juga. Boleh tahan sedapnya untuk buat makan dengan keluarga di rumah. Lebih jimat dan puas hati bila masak sendiri. Nak tambah berkali-kali pun tak jadi hal. Malah boleh ‘adjust’ sendiri kepedasan sambal penyet ikut citarasa kita.

Resipinya pun simple je, boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Nurul Fairuz ini sebagai rujukan;

Hari ni sis try masak Ayam Penyet untuk family. Dok cedok resepi FB dengan youtube, pastu combined. Boleh tahan sedap la. Sendiri masak sendiri puji. Resepi disertakan, kot-kot ade yang nak try.

Bahan-Bahan (Ayam Penyet):

*Halia
*Lengkuas
*Kunyit hidup
*3 batang Serai, kalau besar 2 batang je
*Bawang putih
*Bawang merah
Blender bahan diatas

1 sudu kecil Jintan kasar
1 sudu kecil Jintan halus
1 sudu kecil Biji ketumbar
Tumbuk kasar bahan diatas

Bay leaf

Cara Membuat:

1. Masukkn ayam, bahan blender, bahan tumbuk, bay leaf, garam, kiub ayam dalam periuk.

2.Kemudian rebus semua bahan.Sekejap je.

3.Angkat ayam tu, pastu rebus pulak tofu dan tempe. Pastu angkat.

4.Air rebusan tadi biar sejuk dulu. Pastu baru masukkan tepung beras dalam secawan gitu. Cair je tau. Untuk celupan tofu, tempe dan ayam.

5.Lepas tu semua ayam, tofu dan tempe tu celup dalam bancuhan tepung tadi, gorengkan. Kalau ayam jangan goreng lama, sebab dah masak, sekadar bagi garing je.

Sementara tunggu yang goreng-goreng tadi, kita buat sambal pulak. Semua bahan sambal kita goreng dulu. Lepas tu blend kasar je.

Bahan-Bahan (Sambal Ayam Penyet):

4 biji Tomato
Cili padi segenggam
4 biji Cili merah
Bawang besar
Bawang putih
Belacan
Ikan bilis kalau ada

Cara Membuat:

Goreng semua bahan diatas, lepas tu blender kasar. Lepas tu tumis semula macam sambal tumis tu. Taruk garam dan gula secukup rasa.

Update:
Terima kasih pada yang sudi share post ni. Tak sangka la pulak, sebab ni resepi ayam penyet simple je..sekadar untuk buat makan di rumah.

Dah siap.. Hat ni kita bagi jiran sebelah eh..

Selamat Mencuba, Semoga bermanfaat!

Baca Lagi Di Sini:
SAMBAL Ayam Geprek Derhaka, Simpan Dalam Peti Sejuk Boleh Tahan Berbulan-Bulan!
Resipi Peria Goreng, Campurkan 3 Jenis Bancuhan Tepung, Barulah Rangup!

MW: Menarik dan boleh tahan sedap resipi ayam penyet yang dikongsikan ni. Boleh cuba dan nak buat pun mudah, simple je bolehlah buat makan-makan di rumah nanti.

Sumber: Nurul Fairuz

IKLAN