
Selain daging lembu, resepi ayam bakar juga akan jadi pilihan mak-mak. untuk dijadikan sajian Yelah, pagi raya pertama bukan boleh makan daging lembu terus, kena tunggu sembelih dan bersihkan daging sebelum dimasak. Jadi anda patut sediakan plan B dengan menjamu pagi raya dengan lauk ayam. Tambah pula kalau bahan perap ayam yang dibuat itu superb, memang licin! Jemput godek resepi yang dikongsikan oleh Puan Rusmida Rusdi…
Raya Haji ni boleh buat. Fuhhh kecur air liur. Berebut tu pasti!
Bahan yang diperlukan:
Ayam (kepak atau paha) – 2 kg
Sos tomato – 8 sudu besar
Sos cili – 8 sudu besar
Gula – 3 sudu besar
Garam -2 sudu besar
Serbuk lada hitam -2 sudu besar
Serbuk paprika – 4 sudu mkn (Mida letak lebih )
Bawang putih – 4 ulas ( tumbuk lumat )
Majerin – 3 sudu besar
Tambahan:
Roti marjerin bakar
Langkah demi langkah:
1) Ambik periuk dalam. Masukkan majerin dan bawang putih.
2) Terus masukkan sos cili dan sos tomato. Serbuk black paper.
3) Paprika, garam, dan gula letak terus.
Guna api berlahan.
4) Kacau sehingga mendidih.
5) Gaul bersama ayam yang Mida sedia kan tadi. Gaul lebih kurang 10 minit biar rata. Tutup api.
6) Angkat dan tutup dengan plastik wrapping simpan dalam peti ais 1 malam.
7) Kemudian bakar dalam oven atau dapur sehingga masak.
NOTA:
Mida letak sos perapan tu waktu nak terbalikkan. Sedappp weii!
#Share la Raya haji boleh cuba buat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Makanan Kaum Ibu Patut Elak Sewaktu Menyusukan Bayi, Sila Baca Kalau Betul Tak Nak Anak Meragam & Alergi!

Biasanya mak-mak bila sudah habis dunia berpantang, makanan pun main ‘bedal’. Tetapi kaum ibu yang menyusu, anda patut baca nota daripada Puan Nur Afiqah ini, in shaa Allah anda mampu selamatkan bayi comel anda daripada sebarang penyakit yang tak dijangka, jom semak…
1. Kopi
Apabila anda minum kopi atau teh, sebahagian kafein akan masuk ke dalam susu anda. Oleh kerana bayi tidak dapat mengeluarkan kafein daripada badannya secara efisen seperti seorang dewasa, kafein yang terkumpul banyak akan menyebabkan ia tidak selesa badan, meragam dan susah tidur. Cara penyelesaiannya adalah mengurangkan minuman yang berkafein (atau elakkan terus kalau boleh), jika anda minum 2-3 cawan kopi sehari, kurangkan kepada satu cawan sehari.
2. Coklat
Ramai orang menggemari coklat. Seperti kopi dan teh, coklat juga mengandungi kafein. Tetapi kandungan kafeinnya adalah lebih rendah daripada kopi. Jika anda mengesyaki coklat membuat bayi anda meragam, hentikan memakannya untuk beberapa hari. Jika anda nampak perubahan yang positif pada bayi anda, teruskan elak daripada memakannya atau kurangkan kuantitinya.
3. Buah-buahan sitrus
Di dalam buah-buahan sitrus seperti orange dan lemon, terdapat bahan yang mungkin boleh memedihkan usus bayi. Ini akan menyebabkan bayi meragam, muak banyak dan juga terjadi ruam lampin. Jika anda rasa mengurangkan atau mengelakkan buah-buahan sitrus satu langkah yang baik demi kesejahteraan bayi anda, gantikan dengan makanan lain yang kaya dengan vitamin C dalam pemakanan anda seperti betik dan mangga.
4. Alkohol
Sebagai seorang Islam, kita tak minum alkohol. Tetapi ada baiknya kita mengetahui mengapa alkohol patut dielakkan oleh ibu yang menyusu sebagai ilmu tambahan. Jika seorang ibu minum alkohol dengan banyak, terdapat beberapa kesan sampingan yang mungkin muncul: mengantuk, lemah dan kenaikan berat badan yang tidak normal kepada bayi anda. Manakala kesannya kepada ibu pula adalah sukar untuk mencapai “let down reflex” di mana ia sangat penting dalam penyusuan. Orang yang minum alcohol untuk merasa relaks. Tetapi ada cara lain yang mungkin lebih baik daripada alcohol seperti minum teh kamomil atau mengurut.
5. Makanan pedas dan berempah
Setengah ibu boleh makan makanan pedas dan berempah dan tidak mendatangkan masalah kepada bayinya. Jika anda mendapati bayi anda kerap meragam dan tidak selesa perut, mungkin ada baiknya anda elakkan terus daripada memakannya.
6. Kacang
Adakah anda atau ahli keluarga lain mempunyai alahan kepada makanan? Anda perlu berjaga-jaga sebelum memasukkan kacang ke dalam pemakanan anda. Jika anda memakan kacang dan bayi juga sensitif atau alah, anda mungkin perasan simtom seperti berikut: kemerahan, eczema dan hidung tersumbat.
7. Makanan bergandum
Jika anda makan sandwich atau pasta sebelum menyusu bayi anda dan mengakibatkan bayi anda mendapat simtom berikut: menangis tidak berhenti, atau najis berdarah, ini mungkin menunjukkan bayi anda sensitif kepada makanan yang mengandungi gandum. Untuk memastikan itu adalah alahan, hindari makanan yang mengandungi gandum selama 2-3 minggu. Jika simtom yang terdapat pada bayi anda mula menunjukkan tanda positif, anda mungkin perlu terus elakkan makanan bergandum.
8. Produk tenusu
Simtom alahan kepada produk tenusu (susu, yoghurt, ais krim) adalah seperti berikut: colic, muntah-muntah, susah tidur dan eczema. Jika produk tenusu menyebabkan anak anda mendapat simtom tersebut, elakkan produk tenusu selama 2-3 minggu untuk memastikan alahan terjadi disebabkan oleh produk tenusu.
9. Makanan laut / kerang
Pakar-pakar telah mendapati bahawa lebih kukuh sejarah keluarga terhadap alahan makanan tertentu, lebih besar risiko dan lebih awal bayi itu mungkin menunjukkan tanda-tanda. Dalam erti kata lain, jika bapa anak anda mempunyai alahan kerang, tetapi anda tidak mempunyai masalah dengan udang dan udang, anda mungkin ingin mengelakkan kerang ketika penyusuan badan.
10. Telur
Alahan telur (biasanya kepada putih telur) adalah perkara biasa dalam kanak-kanak. Tetapi oleh kerana telur bersembunyi dalam pelbagai jenis makanan, dari roti dan makanan ringan, makanan untuk ais krim, ia mungkin sukar untuk menentukan sumbernya. Satu lagi taktik AdPintar300x250untuk penyusuan ibu-ibu yang mengesyaki anak mereka mempunyai alahan makanan adalah untuk mengelakkan semua makanan yang paling kerap memberi alahan sekaligus (bahan-bahan tenusu, soya, telur, gandum, kacang, dan kerang). Selepas dua minggu, setiap makanan alahan ditambah kembali satu demi satu, membenarkan sehingga empat hari di antara makanan berlainan untuk menilai kanak-kanak bagi ruam dan gejala-gejala lain.
11. Makanan berasaskan kacang soya
Ramai kanak-kanak yang alah terhadap produk tenusu (dairy intolerance) juga menunjukkan tanda-tanda alahan soya. Jika anda mengesyaki soya dalam diet anda menyebabkan masalah kepada bayi anda, periksa jenis soya yang anda makan. “Soy protein isolate“, soya yang diproses ditemui dalam protein shake dan banyak makanan lain, mungkin lebih cenderung untuk mencetuskan alahan kepada anak anda. Sebaliknya makanan seperti sup miso dan tempeh, boleh diterima oleh bayi anda tanpa banyak masalah.
12. Peppermint (Pudina)
Anda suka teh pudina? Malangnya, sebatian tertentu dalam herba ini boleh mengurangkan bekalan susu anda, terutamanya jika anda minum beberapa cawan sehari, menurut pakar herba (“peppermint tea” sering digunakan sebagai ubat holistik bagi membantu memberhentikan pengeluaran susu badan jika anak anda sudah bercerai susu secara muktamad).
Jadi apa yang anda boleh minum? Cuba secawan teh “chamomile”. Sebatian dalam “chamomile” yang masuk ke dalam susu anda mungkin mempunyai kesan yang menenangkan bayi anda dan juga anda! Gula-gula pudina dan ubat batuk menthol juga hendaklah digunakan secara sederhana kerana kedua-duanya mengandungi minyak peppermint yang pekat.
Moga entri saya dapat dijadikan sebagai panduan untuk ibu-ibu semua dalam penjagaan makanan masing-masing demi kebaikan anak-anak kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Peneraju Radio Sedondon Sarung Tudung Merdeka, Gara-gara Cikgu Sekolah

31 Ogos ini rakyat Malaysia akan raikan sambutan Hari Kemerdekaan tanahair yang ke-62. Sama seperti orang lain enam Peneraju Bernama Radio ini pun tak ketinggalan meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Negara. Sedondon memakai tudung merdeka.
Kata Peneraju Kanan, Nazira Noran, “Kami teruja melihat ramai cikgu sekolah bergambar pakai tudung corak bendera Malaysia. Kami pun terjebak dan seronok melihat cikgu sekolah dan anak murid bersemangat memakai pakaian ala kemerdekaan.”
“Apa salahnya, jika kami semua bertudung sedondon. Memandangkan semua peneraju di Bernama Radio sekarang bertudung. Kecuali Amar Yusoff, tak dapatlah dia pakai tudung.”

Pilihan memakai tudung sedondon di konti juga berentetan dengan melihat di kebanyakan laman sosial malah instagram kebanyakan peniaga tudung yang menawarkan pelbagai jenis tudung. Antaranya kain bawal, shawl, kain satin, kain crepe dan sebagainya.
“Baju mungkin lebih sesuai untuk lelaki. Jadi, kami memilih untuk sedondon bertudung corak bendera.”
Beli Tudung Merdeka Bawah RM10 Di Jalan TAR
Bukan peneraju saja teruja, malah pendengar radio juga teruja sama. Bertanyakan di mana, mereka membeli tudung corak bendera ini.
“Ramai tanya kami beli tudung kat mana. Termasuklah pendengar setia kami. Kami pergi cari tudung ni cuma di Jalan TAR. Harganya pun bawah RM10 sahaja.”
Dalam laporan Sinar Harian, turut menyebut trend tudung bercorak bendera Malaysia dan bunga raya antara tarikan terbaru di pasaran sempena Hari Kebangsaan nanti.
Yang mana, warna asas Jalur Gemilang iaitu merah, kuning, biru dan putih menjadi warna asas rekaan tudung yang dihasilkan dalam bentuk selendang mahupun bawal.
Sumber/Foto : Nazira Noran
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
1 Dalam 10 Juta Kelahiran, Wanita Bersalin 2 Pasang Kembar Seiras Serentak!

Siapa sangka 1 dalam 10 juta kelahiran bayi di dunia, wanita ini cukup bertuah apabila berpeluang untuk bersalin 2 pasang kembar seiras serentak.
Lahirkan 4 Bayi Kembar
Seorang ibu berjaya melahirkan empat bayi kembar iaitu dua perempuan dan dua lelaki menerusi pembedahan cesarean di Hospital Umum Massachusetts di Boston, Amerika Syarikat, 28 Julai lalu.
Ashley Ness, 35, berkata, dia berasa sangat teruja dapat melahirkan semua bayi tersebut.
“Bayi-bayi itu memutuskan untuk masuk ke dunia lebih awal daripada jangkaan,” ujarnya.

Bersalin Awal 12 Minggu
Difahamkan, keadaan pendandan rambut itu semakin pulih dengan baik selepas melahirkan anak-anaknya.
Keempat-empat bayi yang lahir pada minggu ke 28 iaitu awal 12 minggu daripada jangkaan. Mereka diletakkan selama lapan minggu di unit rawatan rapi bagi memudahkan doktor memantau perkembangan mereka.

Ashley mendapat tahu bahawa dia hamil semasa bertemu dengan Pakar Sakit Puan pada Februari lalu untuk memperbaharui preskripsi perancangan kehamilan. Namun demikian, mengetahui bahawa dia disahkan mengandung dua pasang kembar seiras dua minggu kemudian.
Ness mempunyai seroang anak perempuan berusia lapan tahun dan dua anak tiri.
Namun, sejak mengalami keguguran sebanyak 4 kali, Ashley tidak menyangka akan mampu mempunyai anak lagi.

Peluang Sekali Dalam 10 Juta Kelahiran
Fenomena seorang wanita dapat melahirkan dua pasang kembar seiras serentak hanya berlaku sekali dalam 10 juta peluang di dunia.
Situasi itu boleh berlaku apabila dua telur disenyawakan oleh dua sperma berbeza, kemudian kedua-dua telur berpecah dan menghasilkan pasangan kembar dalam rahim ibu.

Pengarah Pusat Terapi Fetal dan Profesor di Jabatan Perubatan Ginekologi dan Obstetrik Johns Hopkins, Prof. Dr. Ahmet Baschat berkata, sepanjang 30 tahun bekerja ini adalah pengalaman pertama beliau berhadapan dengan kelahiran seperti ini.
Ashley yang sebelum ini bergelut dengan masalah kesuburan, “akan menjadi sangat kaya” jika dia bermain loteri, kata Dr Ahmet Baschat
Jelasnya lagi, kehamilan tersebut adalah ‘berisiko tinggi’ sehingga mengejutkan Juruteknik Ultra Bunyi semasa melakukan pemeriksaan.
Mesti Baca:Bukan Bersalin KEMBAR, Wanita Hamil Anak Kedua Ketika Masih Mengandungkan Anak Pertama!
Baca Lagi Di Sini:REZEKI Kakak Kembar Dapat Adik Lelaki Kembar Selepas 20 Tahun!
Artikel Menarik:Bayi KEMBAR 9 Pecah Rekod Dunia Semakin Sihat, Siap Sedia Pulang Ke Rumah!
Mingguan Wanita:Rezeki betul, siapa sangka 1 dalam 10 juta kelahiran bayi di dunia, wanita ini cukup bertuah apabila berpeluang untuk bersalin 2 pasang kembar seiras serentak.
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!















