Resepi Air Kurus Viral Versi Mak-mak Menyusu Anak, Nyahkan Lelemak Forever And Ever

Ada sesetengah mak-mak menyusu anak, akan alami pertambahan berat badan. Yang tak naik berat pun ada. Ini untuk kes-kes mak yang naik berat badan. Mungkin selepas menyusu anak, mula rasa lapar dan makan.

Kadang geram je tengok pelbagai resepi air kurus yang dikongsikan. Tapi tak semua mak menyusu boleh minum sebab bimbang ‘panas’ pula pada bayi.

Bila Puan Akmal Hamid kongsikan resepi air kurus viral versi mak-mak menyusu anak ini, dapatlah sedikit sebanyak membantu mak-mak menyusu yang nak mencuba. Yang pasti ramuan ini dapat membantu memperbanyakkan susu ibu sebab ada campuran halba di dalamnya.

Kata Puan Akmal, “Penangan air kurus viral tapi nak minum fikir yang mak menyusu anak. So kita buatlah resepi air kurus viral versi mak-mak menyusu.

Gigih merebus pagi-pagi sebab rasa lelemak tak nak terpisah dari badan lagi. Dia nak melekat je forever. Mana bolehkan, takkan orang lain je pakai baju cantik kita tak boleh.”

Syarat Minum

Minum air kurus tapi makan kena jaga juga. Janganlah pergi melantak nasi 3 pinggan pula. Forever everlah lelemak tu ada kat badan tu.

IKLAN

Resepi Air Kurus Viral Versi Mak-mak Menyusu

Bahan-bahan

7 sudu makan halba campur
1/2 sudu makan kunyit
1 sudu makan cengkih
3 helai bay leaf
5 kuntum bunga lawang
1 batang Kayu Manis Ceylon / 2 sudu teh Kayu Manis Ceylon jenis serbuk
Lemon
Madu

Cara Membuat

1. Campurkan semua kecuali lemon dan madu dalam periuk.

2. Tambah 2 liter air.

IKLAN

3. Rebus dalam 10 minit atau sampai menggelegak

4. Tunggu suam, tuang dalam cawan.

5. Perah lemon tambah 1 sudu madu.

IKLAN

6. Kacau rata arah lawan jam.

7. Baca selawat, niat untuk sihat dan kurus.

8. Minum pagi dan malam sebelum makan.

9. Lebihan air masuk dalam peti sejuk. Time nak minum, panaskan saja.

Sumber/Foto : Akmal Hamid

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI