
Sedapnya makan pau panas-panas yang lembut lagi gebu. Namun nak buat pau sebegini ada caranya tersendiri. Mak-mak yang suka makan pau atau nak buat untuk anak-anak boleh cuba resipi Pau Gebu yang dikongsikan oleh Puan DyAn HaLim ini.Cukup mudah, senang nak buat, sedap dan yang paling penting puas hati makan bila buat sendiri.
Berikut perkongsian resipi pau gebu tersebut;
“Siap jugak pau gebuss mama. Ini baru la puas makan sendiri inti nak buh lebih-lebih pun tak apa kan. Seminggu cari pau panas-panas tak jumpa, last jumpa kedai bakery, buat sendiri je la.”

Bahan-Bahan:
1 pack mauripan*
2 sudu gula*
3/4 cawan air suam*
*Gaul sebati, tunggu naik kembang yis dalam 20minit
1/2 kg tepung pau**
2 sudu kecil shortening(lemak sayur)**
2 sudu besar susu pekat**
2 sudu kecil baking powder**
** gaul sebati
Cara Membuat:
1. Campurkan yis yang telah naik kembang dan campuran tepung tersebut.
2. Uli sampai tak lekat tepung kat tangan.Dian tak uli lama, lepas tu malas uli, pakai mixer. Rasa lekat kat tangan tu bubuh la tepung sikit kat tangan.
3.Dah Siap doh, rehatkan 20 minit. Doh akan kembang 2x ganda.
4.Tumbuk-tumbuk bagi kempis, uli balik.

5.Bulat-bulat kan ikut pau yang nak buat.
6.Lepas tu bubuh inti. Rehat kan pau, dah kembang seganda pau baru kukus dalam 10 minit je.

Info Ekstra!
- Inti kaya boleh dibeli yang dah siap pack kat bakery.


Ok siap, Selamat Mencuba!
MW: Sedapnya makan pau gebu panas-panas. Boleh letak inti banyak mana yang kita nak. Paling penting sedap dan puas hati bila buat sendiri.
Sumber: DyAn HaLim
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Idea Resipi Minuman Yang Boleh Mak-Mak Buat Hari Raya Nanti

Setiap tahun mesti mak-mak fikir apa minuman yang nak sedikan untuk keluarga mahupun tetamu yang datang. Jom, kongsi minuman yang mudah untuk mak-mak sediakan pada hari raya nanti. Sebelum raya bolehlah cuba untuk berbuka puasa nanti.
Resepi Air Sirap Cincau Istimewa
Bahan-bahan
• 500ml sirap
• 500g cincau
• 3 liter air
• ais
Hidangan untuk 10 orang
Kaedah
1. Hiris nipis atau potong cincau dengan potongan dadu kecil.
2. Dalam jag besar, gabungkan sirap dan air dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan cincau.
4. Masukkan ais ke dalam jag atau gelas bila minuman dihidang kepada tetamu.
5. Kacau minuman ini sebelum dihidang supaya cebis-cebisan cincau akan tertuang ke dalam gelas bila dicurah.
Tip
1. Jenama sirap berbeza mungkin mempunyai nisbah sirap kepada air yang berbeza. Kami cadang anda mengikut nisbah yang dicatit di atas label botol sirap anda.
2. Jangan risau jika sirap cincau anda rasa agak manis kerana rakyat Malaysia memang gemar minuman-minuman yang manis! Lagipun, anda boleh tambahkan air kosong ke dalam gelas tetamu yang tidak mahu sirap cincau mereka terlalu manis.
Resepi Air Sirap Bandung Soda
Bahan-bahan
• 500ml sirap
• 720g susu sejat
• 1.65 liter ais krim soda
• 500ml air
• ais
Hidangan untuk 10 orang
Kaedah
1. Campur sirap dan susu sejat dalam jag besar. Kacau sehingga sebati.
2. Masukkan air. Kacau.
3. Masukkan ais. Kacau.
4. Akhir sekali, masukkan ais krim soda dan kacau.
Tip
1. Jangan tambah air pada minuman ini untuk mengurangkan kemanisannya. Ais yang dimasukkan tadi akan cair dan mengurangkan rasa manis minuman ini.
Resepi Air Soya Cincau
Minuman ini rasa lemak berkhasiat dengan tambahan cincau yang memberinya tekstur kenyal yang segar.
Bahan-bahan
• 4 liter air soya sejuk tanpa gula
• 1kg cincau
• 250g gula Melaka
• 250g air panas
Hidangan untuk 10 orang
Kaedah
1. Parut gula Melaka.
2. Dalam periuk kecil, campur air mendidih dan gula Melaka parut dan kacau sehingga cair.
3. Hiris nipis atau potong cincau dengan potongan dadu kecil.
4. Tuang air soya ke dalam jag yang besar.
5. Tambah cecair gula Melaka dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan cincau.
7. Jangan lupa mengaut keluar cincau dan masukkan ke dalam gelas bila dihidang.
Tip
1. Elakkan menambah ais kepada minuman ini kerana air soya yang berair tidak sedap sangat.
2. Jangan guna susu soya berkotak. Pergi ke pasar atau trak makanan air soya berdekatan anda untuk mendapatkan bekalan segar air soya tanpa gula.
Resepi Air Punch Buah-Buahan
Terdapat pelbagai jenis resepi untuk air punch buah-buahan, tetapi ini adalah salah satu yang kami amat gemari kerana setiap hirupan rasa seperti zaman kanak-kanak!
Bahan-bahan
• 200ml kordial oren Sunquick
• 200ml sirap
• 3 liter Sprite atau 7-up
• 3 liter ais krim soda
• 2 lemon besar
• 2 oren besar
• ais
Hidangan untuk 10 orang
Kaedah
1. Potong nipis oren dan lemon.
2. Dalam jag atau dispenser minuman besar, campur Sunquick dan sirap. Kacau sehingga sebati.
3. Tambah Sprite atau 7-up dan ais krim soda. Kacau dengan baik.
4. Masukkan oren, lemon dan ais.
Tip
1. Anda tidak perlu masukkan buah-buahan dihiris ke dalam gelas semasa menghidang, tetapi ia akan buat gambar anda nampak lebih cantik!
2. Anda ada mangkuk punch? Gunalah!
Resepi Air Mata Kucing
Air mata kucing mempunyai rasa sedikit herba, kuat, berkaramel dan warna yang gelap dan sedap. Resepi ini ada kelainannya sedikit dengan tambahan daun pandan.
Bahan-bahan
• 775g longan kering
• 375ml + 375ml air panas
• 300g gula Melaka
• 10 sudu besar molases
• 2 ½ sudu besar gula putih
• 8 daun pandan, diikat
• 1.125 liter air
• ais
Hidangan untuk 10 orang
Kaedah
1. Dalam mangkuk, rendam longan kering dengan 375ml air panas. Biar tutup.
2. Dalam kuali atau periuk, campur 375ml air panas dengan gula Melaka, molases, gula putih dan daun pandan. Letakkan suhu api pada sederhana rendah dan kacau sehingga gula telah cair. Keluarkan daun pandan.
3. Bila longan kering sudah dihidratkan semula, buang air yang berlebihan dan gabungkan longan dengan campuran gula dalam jag yang besar.
4. Masukkan air dan kacau hingga sebati.
5. Tambah ais.
6. Jangan lupa mengaut beberapa biji longan ke dalam gelas bila menghidang minuman ini kepada tetamu anda.
Tip
1. Minuman ini bagus dibuat lebih awal kerana campuran gula dan longan boleh disimpan peti sejuk dalam bekas kedap udara untuk satu atau dua minggu. Tambah air hanya bila anda ingin menghidang minuman ini.
Resepi Air Rosmary Limau
Gabungan perisa timur menemui barat, termasuk bau dan rasa savuri rosemary yang segar, menambah dimensi yang tidak keterlaluan kepada minuman yang mudah dibuat ini. Minuman ini sangat sedap dan menyegarkan ada kemungkinan besar anda akan perlu membuat hidangan tambahan!
Bahan-bahan
• 325g gula putih
• 325g air
• 10g rosemary segar (lebih kurang 10 tangkai)
• 350g jus limau kasturi (kira-kira 100 limau)
• 350g jus lemon (kira-kira 8 lemon)
• 3 liter air soda
• ais
Hidangan untuk 20 orang
Kaedah
1. Gabung gula putih dan air di dalam periuk dan kacau atas api sederhana tinggi untuk membuat air gula. Gula perlu dicairkan semuanya untuk menghasilkan cecair yang jernih dan sedikit pekat. Tutup api dan alihkan bila cecair mula reneh ditepi-tepi. Biar sejuk.
2. Pukul tangkai rosemary dengan alu. Anda hanya mahu meremuknya. Jangan pukul hingga terlalu hancur.
3. Masukkan rosemary, termasuk cebisan tercabut, ke dalam jag besar.
4. Tambah jus limau kasturi dan lemon. Kacau.
5. Seterusnya, masukkan 1 hingga 1.5 liter air soda dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan air gula yang sudah disejukkan.
7. Tambah baki air soda dan kacau.
Tip
1. Jika menuang dari jag, anda boleh masukkan ais ke dalam jag atau biarkannya di dalam bekas ais untuk dimasukkan terus ke dalam gelas individu bila dihidang supaya ais tidak akan cairkan soda dengan terlalu cepat.
2. Minuman ini cukup cantik untuk dihidangi dalam gelas individu dan bukan dalam satu jag besar.
3. Jangan lupa masukkan setangkai rosemary ke dalam setiap gelas supaya ia kelihatan cantik!
4. Bagi rasa gas yang lebih, guna air soda dalam tin dan bukan air gas dalam botol.
Tip tambahan
1. Anda boleh menggunakan air sejuk atau air suhu bilik bila diperlukan untuk resepi minuman mudah di atas. Ais akan membuat minuman-minuman anda sejuk.
2. Jangan lupa simpan air kosong berlebihan kerana mungkin ada beberapa tetamu yang tidak mahu minuman manis.
3. Ais! Beli lebih ais dan jangan lupa simpankan di dalam peti ais.
Resipi Asal: butterkicap.com
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apam Balik Lenggang Resepi Dari Seberang, Tak Rugi Cuba Memang Sedap!

Sesekali menarik juga mencuba resipi yang berasal dari seberang ini iaitu Martabak Lenggang atau di Malaysia lebih dikenali dengan nama Apam Balik Lenggang. Menariknya fillingnya menggunakan inti berasaskan kekacang seperti nuttela, peanut butter dan kacang tumbuh. Bahan-bahan pun tak banyak dan cukup mudah dibuat di rumah untuk minum petang.
Boleh cuba resipi Martabak Lenggang @ Apam Balik Lenggang yang dikongsikan oleh Puan Aznie Khasri ini sebagai rujukan.
“Pagi tadi bila buka telefon tengok kat group semua cerita tentang bonus kekacang. Dalam kepala dah ligat dah nak buat macam-macam sebab memang stok berasaskan kekacang ada banyak dirumah.Tapi bila fikir punya fikir Aznie buat Martabak Lenggang je.. @ Apam Balik Lenggang nama kat Malaysia.”
“Resepi dari seberang yang dah lama Aznie nak buat, Alhamdulillah.. memang suka sangat dengan hasilnya. Tak rugi mencuba memang sedap. Anak-anak laju je makan. Aznie bubuh filling 3 jenis berasaskan kekacang iaitu Nutella, Peanut Butter juga Kacang tumbuk tambah gula. Dan semestinya Nutella yang habis dulu.. Qaseh cakap esok buat lagi.. Adik nak nutella je.. yang lain bagi kakak dengan abab (abang) makan.”

Bahan-Bahan:
250g tepung gandum
1/2 sudu teh yis mauripan
1 biji telur
2 sudu besar gula pasir
500ml air
secubit garam
pewarna hijau, kuning, pink
Filling
1/2 cawan Nutella
1/2 cawan Peanut butter
kacang tumbuk + sedikit gula
Cara Membuat:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna, perap selama 1 jam.

2. Bahagikan kepada 3 bahagian dan bubuh warna.
3. Panaskan non stick pan tanpa disapu minyak masukkan 1 senduk kecil adunan kedalam kuali tanpa perlu digoyang.
4. Masak sampai bahagian atas tidak ada lagi tepung mentah. Masak dengan api kecil.
5. Angkat dan bubuh filling yang kita suka.
6. Kemudian lipat dan picit dibahagian tepi supaya kuih lekat dengan kemas.. siap!
Baca lagi Di Sini: Resipi Apam Cornetto Warna Warni Guna Air Askrim Soda, Letak Coklat Sebagai Toping
Selamat Mencuba!
MW: Senang buat martabak Lenggang ni, tak rugi mencuba resipi ni dan sangat sesuai buat minum petang untuk anak-anak. Cantik berwarna warni, letak filling pun boleh pilih ikut yang mana kita suka.
Sumber: Aznie Khasri
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Lebihan Sambal Bilis Nasi Lemak Boleh Buat Pau Goreng, Gerenti Sedap & Boleh Disejukbeku

Bila fikir nak masak menu apa untuk keesokan pagi, ibu-ibu mesti jadi pening. Sebenarnya senang saja janji kita kreatif dan pandai berjimat.
Lebihan Sambal Bilis Nasi Lemak yang dibuat sehari sebelum boleh disimpan di dalam peti dan kemudian dijadikan menu yang mudah dan sedap iaitu Pau Goreng Inti Sambal Bilis.

Pau Goreng Inti Sambal Bilis Boleh Disejukbeku
Selain mudah, memang gerenti sedap. Jangan risau jika kuih yang dibuat banyak berlebihan sebabnya pau ini juga boleh disejukbeku. Jadi goreng saja mana yang hendak dibuat selebihnya simpanlah dalam peti sejuk ya.
Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Guna Sukatan Cawan Dapat 45 Biji
‘Tepung Bunga’ Kuih Orang Ganu Paling Simple, Hanya Guna 4 Bahan!
Apatah lagi hari ini ramai ibu-ibu yang sudah keluar bekerja, jadi bolehlah kuih ini disejukbeku bila-bila rasa nak makan, keluarkan dari peti sejuk dan goreng. Mudah kan!

Bantu Jana Pendapatan
Selain itu, jika ibu-ibu dirumah yang nak menolong suami menjana pendapatan boleh juga jadikan kuih ini sebagai bisnes. Kuih Frozen Pau Goreng Inti Sambal Bilis Ini tidak memerlukan modal yang besar. Semua barang masakan mesti ada di dapur anda!
“Tak Dapat Nasi Lemak Tak Apa, Asalkan Dapat Pau Goreng Inti Sambal Bilis”
Resipi Pau Goreng Inti Sambal Bilis yang dikongsi oleh Mama Shida kali ini cukup istimewa.. Mama Shida menerangkan sememangnya kuih ini menjadi kesukaan turun terumun sejak dia kecil lagi.
“Bila ada sikit kelapangan teringin pulak nak kongsi Pau Goreng Inti Sambal Bilis. Pau ni zaman sis sekolah, ia memang kuih paling laris dan popular di kantin. Lambat beratur kempunanlah jawabnya. Nasib sis dah kawtim dengan akak kantin, simpankan tiga biji setiap hari. Tak dapat nasi lemak pun takpa asal dapat pau goreng ni.
“Bila dah ada anak-anak sis cubalah buat pau macam akak kantin tu punya, sekali dua tak berapa menjadi tapi bila dah kerap buat, ubah sana sini, akhirnya menjadi dan anak-anak suka. Biasanya, alang-alang buat tu sis akan buat lebih dan diforzenkan, bila teringin terus goreng je.
“Kalau korang nak tau, rasanya lebih kurang je dengan Burger Malaysia, bezanya bau ini inti di dalam dan lebih mudah dimakan berbanding Burger Malaysia tu dibelah tengah, dimasukkan sambal dan hirisan timun.
“Rasanya kalau korang nak buat kuih frozen atau jual, sis yakin ia mesti laku. Nak cuba ini resipinya, sis share:

PAU GORENG INTI SAMBAL BILIS
BAHAN-BAHAN:
1 paket yis kering
1 sudu pekat susu pekat manis
1 sudu makan gula
1 cawan air suam
BAHAN KERING:
4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1/2 cawan minyak atau marjerin
BAHAN INTI SAMBAL BILIS:
1 cawan ikan bilis yang siap kopek | cuci bersih dan kisar kasar
1 biji bawang holland | potong dadu
2 ulas bawang putih | cincang halus
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam jawa
1 kiub pati ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng pau.
CARA MEMASAK:
- Campurkan yis, susu pekat manis, gula dan air suam dalam mangkuk adunan.
- Kacau dan biarkan yis kembang lebih kurang 15 minit.
- Sementara itu, semua bahan kering kekcuali minyak disatukan diayak dalam belas.
- Masukkan minyak atau marjerin adun hingga menjadi seperti serbuk roti.
- Setelah campuran yis kembang, masukkan ke dalam adunan bahan kering.
- Uli sebati lebih kurang 7-10 minit atau hingga doh tidak melekat di tangan lagi.
- Tutup dan biarkan mengembang lebih kurang 45 minit.
- Sementara itu bolehlah buat inti sambal bilis.
- Panaskan minyak, tumis bawang holland hingga layu, kemudian masukkan bawang putih.
- Apabila wangi, masukkan pes cili, kacau rata hingga timbul minyak.
- Masukkan ikan bilis dan air asam jawa. Tambah sedikit, dan biarkan ia mereneh.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tumis hingga sambal bilis garing dan timbul minyak.
- Angkat dan tapis minyaknya, Ketepikan dan sejukkan.
- Doh pau yang sudah siap dibulat-bulatkan sebesar bola pingpong,
- Leperkan kemudian masukkan inti dan bulatkan hingga menjadi kuih bom. Buat sampai habis.
- Rehatkan lebih kurang 10 minit dan goreng atas api kecil hingga pau berwarna keperangan.
- Pau sedia dihidangkan.
PETUA MAMA SHIDA:
Sambal boleh buat awal, selain sambal bilis, korang boleh juga guna sambal sardin, kentang atau rendang, terpulang pada cita rasa.
Sumber/Foto: Facebook @Shida Yasin dan Blog Dapur Shida
Bagi mendapatkan pautan yang lebih menarik boleh layari: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!








